Friday, 30 August 2013

Perutusan Kemerdekaan 56 Bekas Calon PM Anwar Senada Persekutuan Kristian Malaysia

Wah-wah bang non tak mahu lepas berucap juga megalahkan Najib mahupun Muhyidin Yasin yang belum lagi perutusan. Apa-apapun Anwar yang mendahului dan yang peliknya senada dengan Persekutuan Kristian Malaysia (CFM). Mari kita terlitikan hujah menarik ini..

Perutusan sambutan ulangtahun Kemerdekaan ke-56 pada 31 Ogos 2013 Datuk Seri Anwar Ibrahim hampir senada dengan perutusan Persekutuan Kristian Malaysia (CFM).

Anwar menulis di laman rasminya hari ini berkata kemerdekaan sebenar adalah mendapatkan hak keadilan, kebebasan, demokrasi dan kemuliaan insan.

‘Merdeka’ memiliki makna yang lebih dalam berbanding perkataan ‘Kebebasan’. Ia bukan sekadar persoalan dibebaskan dari cengkaman penjajahan atau penindasan asing jika ianya kemudian digantikan dengan penindas di tanah air sendiri yang barangkali lebih rakus dan tamak.

“Merdeka bermaksud bebas dari sebarang bentuk kezaliman dan penindasan dalam apa jua bentuk dan negara dipacu ke arah baru menuju keadilan, kebebasan, demokrasi dan kemuliaan insan.”

Namun, kata Anwar, hak-hak yang termaktub dalam perlembagaan sepatutnya diberikan kepada rakyat telah dicabuli dengan sewenang-wenangnya.

“Di atas cabaran ini, ramai yang bersetuju bahawa kita masih jauh untuk mencapainya. Setelah lebih dari setengah abad, kita masih lagi bertanya samada prinsip-prinsip asas di dalam Perlembagaan Persekutuan masih dijunjung dan samada kebebasan dan hak-hak yang termaktub di dalamnya masih utuh dan dihormati.

“Justeru, apa kebaikan Merdeka seandainya asas perlembagaan dicabuli dengan sewenang-wenangnya?.”

Anwar turut meluahkan rasa kurang senang dengan sikap pihak-pihak tertentu yang didakwanya telah mengeksploitasi isu-isu agama dan isu-isu sensitif untuk kepentingan politik.

“Tatkala kita seharusnya meraikan perpaduan sebagai sebuah negara pelbagai kaum dan pelbagai agama yang telah menjangkau 56 tahun usia kemerdekaan, kita sebaliknya kini melihat polarisasi masyarakat yang dahsyat dan perpecahan dalam hal-hal berkaitan agama.

“Tanggungjawab dan peranan pemimpin politik sewajarnya menjernihkan keadaan ini namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Terdapat segelintir daripada mereka yang mengeruhkan lagi keadaan dengan mengeksploitasi hal-hal agama dan isu-isu sensitif untuk kepentingan mereka sendiri.

“Kini wujud perkembangan yang membimbangkan bila mana terdapat parti-parti politik yang mengupah kumpulan-kumpulan ‘hak istimewa’ dan media untuk meneruskan agenda mereka memecahbelah dan menyemai perbezaan di kalangan rakyat.

“Kesannya, setelah 56 tahun mencapai Merdeka, berlaku lebih banyak provokasi perkauman, hasutan yang menjurus kepada kebencian terhadap agama dan secara umumnya semakin banyak ucapan dan penulisan berbaur hasutan yang disiarkan oleh media cetak.

“Apa yang malang adalah ia bukan sekadar kelemahan kepimpinan dalam menjernihkan keadaan, tetapi tampak seolah-olah kerajaan sedang menggalakkan fenomena ini supaya menjadi lebih parah.”

Turut disentuh isu Filem Tanda Putera yang menjadi kemarahan DAP.

“Sebagai contoh, ketika pelbagai tuntutan dan bantahan dinyatakan dari kalangan rakyat prihatin dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan, kerajaan sebaliknya membenarkan juga penayangan di seluruh negara sebuah filem yang hanya akan menyajikan mesej berbaur perkauman walaupun nilai keseniannya masih boleh dipersoalkan.

“Di sebalik kebanggaan tentang negara, terdapat sensitiviti yang lebih besar yakni perkauman dan perasaan khalayak. Suara-suara melampau berbaur kebencian dan yang bersifat tidak toleran sedang menenggelamkan suara-suara kesederhanaan dan keterbukaan.”

Pada 26 Ogos lalu, The Malaysian Insider turut menyiarkan perutusan kemerdekaan daripada Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) yang menyeru agar rakyat diberi peluang untuk membentuk sistem perundangan yang lebih adil kepada semua.

Sudah difahami sistem perundangan adil yang dimaksudkan itu adalah memberikan hak kebebasan kepada mereka untuk menggunakan ‘kalimah Allah’ menggantikan perkataan ‘God’.

CFM turut menyeru agar rakyat menolak gejala yang menerapkan kebencian terhadap bangsa dan agama yang dimainkan sesetengah pihak.

“Kami mengesa semua rakyat Malaysia untuk membentuk satu sistem undang-undang yang akan memberikan kesaksamaan dan perlindungan sama rata di bawah undang-undang untuk semua rakyat Malaysia.

“Kami menyeru semua rakyat Malaysia yang aman dan cintakan keamanan untuk menolak mereka yang mempunyai unsur perkauman dan cauvinis agama dalam pertuturan dan tindakan mereka.

“Kita perlu menentang dengan aktif semua yang menerap ketakutan dan kebencian terhadap orang lain atas dasar bangsa dan agama demi kepentingan dan kelebihan politik tertentu,” kata kenyaan yang diedarkan kepada media dan ditandatangani kepimpinan utama CFM, Pengerusi Rev Dr Eu Hong Seng dan tiga Naib Pengerusinya, Bishop Emeritus Antony Selvanayagam, Rev Datuk Jerry Dusing dan Bishop Philip Lok Oi Peng.

CFM yang menjadi payung mewakili 90 peratus daripada gereja-gereja di seluruh negara dilaporkanthemalaymailonline.com menyeru agar rakyat menolak fahaman rasis dan cauvinis agama.

“Kami menyeru semua yang cintakan rakyat Malaysia untuk menolak mereka yang rasis dan cauvinis agama di dalam ucapan dan tindakan mereka.

“Kami meminta semua rakyat Malaysia untuk terus menunjukkan sikap saling hormat menghormati dan menjaga hak asasi manusia dan maruah satu sama lain dan menunjukkan semua ini melalui keberanian untuk bersuara menentang ketidakadilan dan semua jenis ekstremisme.”Sumber

No comments:

Post a Comment

Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.