Menurut sumber, Diam tak diam tibalah Tan Sri Musa Hassan mengeluarkan kenyataan menyokong Chin Peng, ini berikutan dari timbul pelbagai bantahan atau sokongan samada Abu Mendiang Chin Peng di benarkan masuk ke Malaysia.
Kezaliman dan keganasan yang dilakukan mendiang bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua terhadap negara masih lagi dirasai oleh rakyat Malaysia walaupun ada sesetengah pihak sudah melupakan dan bersedia “memaafkan” inidividu terbabit.
Bekas ketua Polis Negara, Tan Sri musa Hassan menjelaskan, Chin Peng tidak memberi sebarang makna dalam proses kemerdekaan negara walaupun sesetengah pengkaji sejarah berpendapat Chin Peng wajar ditempatkan dalam sejarah kerana mengetuai pasukan komunis menentang pencerobohan Jepun dan penjajah British.
Musa berkata, matlamat penubuhan PKM sebenar adalah melancarkan serangan untuk mengambil alih kuasa dengan membentuk satu negara komunis dan bukan memperjuangkan kemerdekaan tanah air.
“Bagi saya oleh kerana dia sudah lama tidak ada di sini (Malaysia), dan menetap di negara dia sendiri hendak duduk, jadi biarlah dia bermaustatin di tempat itu,” katanya.
Menjawab pertanyaan MySuara mengapa kerajaan boleh melupakan detik hitam sewaktu dijajah oleh penjajah British dan Jepun , kenapa tidak memberi maaf serta kelonggaran untuk abu mayat Chin Peng dibawa pulang ditanah kelahiranya, Musa berkata, Chin Peng adalah seorang pengganas.
“British menjajah kita, dalam pada yang sama membanggunkan negara kita bukan merosakkan negara ini dan apabila kita menuntut kemerdekaan, mereka (British) memberi kemerdekaan kepada kita dan tidak mengubah sistem, tetapi komunis mengubah sistem ,” katanya.
Beliau sebelum itu melancarkan Pertubuhan Keperihatinan Jenayah Komuniti Malaysia MCCC di Hotel Crsytal Crown, tengah hari tadi. sumber
##ohh rupa-rupa Tan Sri Musa menyokong akan Abu Chin Peng dilarang masuk ke Malaysia...
No comments:
Post a Comment
Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.