Sunday, 29 September 2013

#OpsCantas Khairy Jamaluddin Terbabit Operasi Menghapuskan Gengsterisme


Siapa kata KJ duduk diam? Tapi rakyat juga hendak tengok sejauhmana KJ mampu buktikan? Dalam Ops Cantas Khairy Jamaluddin terbaik secara langsung khususnya berperanan kebih kepada jangkapanjang dalam menghapuskan segala gejala Gengsterisme secara total. Asal jangan jadi DAP sudah parti Bela Gengster.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata pihaknya mahu mengenalpasti "kawasan panas" dan belia yang berisiko tinggi terlibat dalam aktiviti gengsterisme dan jenayah terancang.

Dan forum menangani jenayah berat dan gengsterisme yang dirasmikannya hari ini, akan mengenalpasti program yang sesuai untuk dijalan bagi mengatasi masalah tersebut.

"Forum ini untuk menetapkan apakah program-program yang boleh dijalankan oleh Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pembangunan Wanita dan Luar Bandar untuk campurtangan daripada peringkat yang lebih asas sebelum mereka terjebak dengan jenayah (berat) dan gengsterisme.

"Pendekatan kita (adalah) untuk menentukan kawasan hitam di satu kawasan, masuk ke kawasan itu dan jalankan program supaya kita dapat bersihkan daripada menjadi seorang penjenayah dan menjadi kawasan itu 'cerah' dengan masa depan yang lebih baik," kata Khairy dalam satu sidang akhbar selepas merasmikan forum tersebut.

Khairy berkata kementeriannya juga cuba memberi alternatif yang mencegah jenayah melalui program kemahiran, kaunseling, supaya mereka yang terlibat kembali ke dalam masyarakat.

Katanya, beliau juga akan bekerjasama dengan pihak sekolah di kawasan yang berisiko tertinggi wujud aktiviti tersebut dan bekerjasama dengan badan kebajikan supaya menjadi mentor untuk mengurangkan jenayah.

Sehubungan itu, katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju supaya sebahagian daripada 5,000 tempat di Institut Kemahiran Belia Malaysia (IKBN) diisi oleh belia yang dianggap berisiko terlibat dengan jenayah dan gengsterisme.

Dalam ucapan perasmiannya sebelum itu, Khairy berkata kementeriannya sedang dalam proses merencanakan program bersifat 'inklusif sosial' supaya belia tidak tersasar ke arah jenayah berat dan gengsterisme.

Program tersebut mengambilkira tiga elemen iaitu mengenal pasti belia berisiko diperingkat persekolahan, membantu mendirikan struktur sokongan keluarga atau sistem mentor supaya belia mendapat perlindungan dan sokongan emosi untuk menguatkan jatidiri serta sahsiah mereka.

"Seterusnya, kementerian akan mendirikan tenaga kerja yang akan berfungsi mengenalpasti minat dan potensi belia ini untuk merancang program atau ruang yang sesuai bagi mengasah bakat mereka yang sedia ada.

"Langkah ketiga ini adalah sangat penting, kerana untuk mendapatkan komitmen daripada belia-belia ini, kita harus mengambilkira minat dan citarasa mereka," katanya


No comments:

Post a Comment

Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.