Samada Nik Aziz sedar atau tidak, hujah-hujah Harun Din dibawah, mengenali apa nasib PAS selepas ini. Benar-benar membahasakan tindakan Nik Aziz selama ini. Malah lebih tepat apa sahaja perancangan Nik Aziz sebenarnya telah gagal secara total. Ikuti hujah Harun Taib ini.. jangan marah tapi demi perpaduan umat islam ini harus kita lakukan.
ALOR STAR: Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib menegaskan parti itu perlu menilai penggunaan konsep Tahaluf Siyasi untuk bekerjasama dengan PKR dan DAP di dalam Pakatan Rakyat, selepas sokongan pengundi Melayu untuk PAS merosot pada Pilihan Raya (PRU) ke-13 Mei lalu.
"Saya mengharapkan agar PAS Pusat segera menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk mengkaji dan menilai kemerosotan sokongan pengundi Melayu kepada PAS serta menilai kembali Tahaluf Siyasi terutamanya dengan PKR sejauh mana ia menguntungkan PAS.
"Manakala di pihak Majlis Syura Ulama pula, hendaklah meneliti kembali Tahaluf Siyasi bersama PKR dikaji semula setelah berlaku perkara-perkara yang boleh melemahkan PAS dan merosakkan hubungan di dalam Tahaluf Siyasi," kata beliau dalam Ucaptama Multaqa Ulama SeMalaysia di sini hari ini.
Cadangan oleh Harun, jika digunapakai oleh Majlis Syura dan Jawatankuasa Pusat PAS, bakal merombak struktur hubungan kerjasama tiga parti berkenaan di dalam Pakatan Rakyat yang ditubuhkan sejurus sebelum PRU tahun 2008.
Harun akur PAS bukan lagi parti dominan di dalam Pakatan Rakyat dan menggesa ahli parti menerima hakikat bahawa "kedudukan PAS di dalam Pakatan Rakyat adalah sangat lemah berbanding sebelum ini".
Beliau menegaskan kemerosotan sokongan Melayu untuk PAS pada PRU-13 memperlihatkan peluang "mustahil" bagi PAS untuk terus berkembang dan melaksanakan matlamat mendirikan sebuah negara berlandaskan Islam tanpa penilaian semula kerjasama dengan PKR dan DAP mengikut konsep Tahaluf Siyasi .
Harun berkata "sikap toleransi berlebihan dan tidak berhati-hati oleh PAS" dalam meraih sokongan bukan Melayu terhadap parti dan Pakatan Rakyat akhirnya mengurangkan keyakinan pengundi Melayu kepada komitmen PAS untuk memelihara kepentingan mereka.
"Keputusan PRU yang lalu menunjukkan dan membuktikan bahawa PAS gagal meyakinkan pengundi Melayu bahawa ia mampu memainkan peranan penting dan berkesan untuk memartabatkan bangsa Melayu dan memelihara kepentingan Islam termasuklah dalam urusan pelaksanaan syariat Islam di Malaysia," jelasnya.
Walaupun menjadi parti pembangkang terbesar di negara ini, PAS hanya mampu memenangi 21 kerusi Parlimen pada PRU 13, berbanding 30 yang diraih oleh PKR dan 38 oleh DAP.
Persetujuan PAS untuk tidak lantang memperjuangkan matlamat penubuhan negara Islam berlandaskan undang-undang hudud menguntungkan PKR dan DAP yang berjaya menarik sokongan lebih luas daripada pengundi.
Hasrat PAS untuk menggantikan Umno sebagai parti utama kaum Melayu bagaimanapun kecundang apabila Barisan Nasional menawan semula Kedah dan Umno memperbaiki pencapaiannya dengan memenangi 88 kerusi parlimen.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini mempertahankan hubungan parti itu dengan DAP dan PKR parti lain mengikut konsepa Tahaluf Siyasi yang di gunakan oleh Nabi Muhammad SAW untuk berurusan dengan bukan Muslim.
Bagaimanapun kerjasama itu dikritik oleh beberapa pihak kerana PAS dilihat berkompromi dengan DAP dan PKR mengenai hal-hal asas membabitkan kepentingan Islam seperti penubuhan negara Islam dan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.Sumber
No comments:
Post a Comment
Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.