Tuesday, 24 September 2013
Video Pendedahan Zahid Hamidi yakin Taib Mahmud serah kuasa secara baik
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yakin Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan menyerah kuasa secara baik jika perkara itu terjadi pada Mesyuarat Tergempar Majlis Tertinggi parti itu, hari ini.
Zahid berkata beliau optimis Taib akan mengambil langkah sewajarnya dan terus menyumbang kepada keutuhan parti Barisan Nasional (BN).
"Saya yakin beliau (YAB Tan Sri Taib) akan melakukan yang terbaik agar kesepaduan dan kerjasama dapat terus diperkukuhkan," ujar Zahid.
Zahid berkata jika benar peralihan kuasa berlaku dalam PBB, Taib dan BN Sarawak telah membuat persiapan bagi memastikan ianya berlaku dengan aman dan terkawal.
"Manakala siapa sahaja yang diberikan mandat, tentunya kami di Kuala Lumpur menerima baik dan berlapang dada dan berfikiran terbuka dan tentulah persiapan-persiapan pilihan raya negeri yang hanya akan berlaku kira-kira dua tahun setengah dari sekarang memerlukan kekuatan semula negeri Sarawak.
"Dan saya yakin dengan kepimpinan YAB Tan Sri Taib Mahmud dan kebijaksanaan beliau dijangka dapat menyelesaikan kaedah dan pemerintahan negeri Sarawak," katanya kepada pemberita tadi ketika ditemui di lobi Parlimen.
Zahid selain itu berharap peralihan kuasa itu diselesaikan secara dalaman oleh PBB dan tidak dicampuri oleh pihak luar.
"Pada hemat saya di negeri Sarawak, beberapa perkembangan adalah ke arah untuk memantapkan semula BN4, di mana PBB menjadi tulang belakang kepada BN4 di Sarawak.
"Walaupun Sarawak merupakan sebuah negeri menjadi simpanan tetap kepada BN, pada hemat saya sebarang peralihan jawatan dan rundingan biarlah diselesaikan secara dalaman oleh pihak parti yang menjadi tulang belakang kepada negeri berkenaan," katanya
Terdahulu Antarapos melaporkan Taib mungkin akan memberikan petunjuk mengenai kepimpinan beliau pada mesyuarat tergempar PBB.
Sumber PBB berkata kebanyakan ahli majlis tertinggi diberi tempoh notis pemberitahuan yang singkat.Untuk Video Dan Keterangan Lanjut Rujuk Sumber Berita
No comments:
Post a Comment
Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.