Thursday, 26 September 2013
Video Penyeludup Abu Mayat Chin Peng Ditangkap Di Pulau Pinang
Kenapa mereka memilih Pulau Pinang kerana disitulah ramainya rekrut baru dapat dimulakan apatah kebanyakan yang menghadiri upacara pembakaran mayat Chin Peng dari DAP. Jadi anda fikir...
Dua lelaki ditahan bersama barangan berkaitan Chin Peng dibebaskan
GEORGETOWN: Dua lelaki, seorang warga tempatan dipercayai bergelar Datuk Seri dan seorang rakyat Hong Kong yang ditahan di sini malam tadi kerana disyaki memiliki beberapa bahan berkaitan komunis dan bekas pemimpin komunis Chin Peng, dibebaskan awal pagi ini dengan jaminan polis.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superitendan Hatta Mohd Zain, berkata lelaki warga tempatan berusia 66 tahun dan warga Hong Kong berumur 59 tahun itu dibebaskan selepas polis merekodkan keterangan mereka.
"Selepas merekodkan keterangan mereka, kita bebaskan dengan jaminan polis. Siasatan berhubung kes itu masih dijalankan jadi saya tidak boleh mengulas lanjut," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, hari ini.
Katanya, kes itu disiasat mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (Pindaan) 2012.
Malam tadi, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata hasil pemeriksaan ke atas bagasi mereka, polis menemui 13 buku berkaitan komunis selain 11 cenderahati dan lapan DVD bertemakan Chin Peng selain gambar mendiang Chin Peng.
Kedua-dua lelaki itu tiba dengan penerbangan komersial dari Bangkok dan ditahan kira-kira 10.30 malam di balai ketibaan selepas 30 minit pesawat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang .
Chin Peng, 89, meninggal dunia di sebuah hospital di Bangkok minggu lalu akibat sakit tua.
- BERNAMA
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superitendan Hatta Mohd Zain, berkata lelaki warga tempatan berusia 66 tahun dan warga Hong Kong berumur 59 tahun itu dibebaskan selepas polis merekodkan keterangan mereka.
Katanya, kes itu disiasat mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (Pindaan) 2012.
Malam tadi, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata hasil pemeriksaan ke atas bagasi mereka, polis menemui 13 buku berkaitan komunis selain 11 cenderahati dan lapan DVD bertemakan Chin Peng selain gambar mendiang Chin Peng.
Kedua-dua lelaki itu tiba dengan penerbangan komersial dari Bangkok dan ditahan kira-kira 10.30 malam di balai ketibaan selepas 30 minit pesawat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang .
Chin Peng, 89, meninggal dunia di sebuah hospital di Bangkok minggu lalu akibat sakit tua.
- BERNAMA
No comments:
Post a Comment
Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.