Malaysiakini dedahkan video “Saya pikir, cara paling baik jangan ada kompromi dengan mereka. Jangan ada lagi amaran kepada mereka, kita dapat bukti kita tembak dulu" kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang didedahkan menerusi satu rakaman suara di Melaka pada Jumaat lalu.
Beliau dipetik berkata semasa Majlis Taklimat Keselamatan Bersama Pemimpin Masyarakat yang kemudiaannya menjadi platform untuk beliau bercakap mengenai isu-isu sensitif.
1. Kalau Malaysiakini boleh dedahkan video hanya sekitar 5 minit tetapi mana baki video yang dikatakan 20 minit? Walhal Malaysia kini mengatakan ada termasuk ucapan ini:
Berdasarkan rakaman tersebut, Zahid berkata kira-kira 28,000 dari 40,000 anggota gengster terdiri dari masyarakat India dan tiada salahnya menahan mereka.
“Bagaimana keadaan mangsa-mangsa rompakan, mangsa-mangsa bunuh masa tembakan ini, kebanyakannya adalah orang Melayu kita. Kebanyakannya ialah bangsa kita.
“Saya pikir, cara paling baik jangan ada kompromi dengan mereka. Jangan ada lagi amaran kepada mereka, kita dapat bukti kita tembak dulu.
2. Persoalannya kenapa Malaysiakini hingga sekarang gagal menayang video sepenuhnya? kecuali yang ini:
3. Persoalannya apakah Malaysiakini tidak dengar jangan main-main dalam soal ini? Tetapi ternyata Malaysiakini memang keras hati dan berani dedah sesuatu tanpa bukti yang jelas.
4. Apakah agenda yang sedang dipermainkan Malaysiakini?
5. Malah Portal itu melaporkan wartawan dihalau keluar dengan penuh biadap ketika Zahid hampir menamatkan ucapannya, dan diugut agar tidak membuat laporan berhubung ucapannya. Zahid didakwa mengancam untuk menutup akhbar mereka sekiranya tidak berbuat demikian. Lihat video ini kenapa Anwar tidak anggap biadap sebelum ini?
6. Sekurang-kurang Zahid Hamidi tegur dan menjawap segala soalan yang ditanya Malaysiakini. Tetapi sekarang inipun Malaysiakini telah tulis melebihi apa yang diperkatakan Zahid Hamidi. Malah tidak pula ditayangkan video yang menunjukan Zahid bicara sedemikian kalau tidak bukankah lebih sensasi?
6. Sekurang-kurang Zahid Hamidi tegur dan menjawap segala soalan yang ditanya Malaysiakini. Tetapi sekarang inipun Malaysiakini telah tulis melebihi apa yang diperkatakan Zahid Hamidi. Malah tidak pula ditayangkan video yang menunjukan Zahid bicara sedemikian kalau tidak bukankah lebih sensasi?
No comments:
Post a Comment
Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.