Ahli Parlimen DAP Puchong Gobind Singh Deo mula gelisah tidak sedap duduk bila mengenang apa nasib N Surendran yang terlajak cakap dan terpaksa sertai OpsCantas kerana sahut cabaran PDRM. Kebimbangan ini agak berasas kerana baju kalis peluru hanya tutup badan sahaja jadi bila-bila boleh mati katak.
Apatah N Surendran mungkin akan bertindak dengan sistem SOP baru iaitu beri salam kepada penjenayah bersenjata dan pujuk serah diri untuk masuk lokap. Satu kaedah yang menarik yang bakal diperkenalkan N Surendran. Inilah yang membimbangkan Gobind. Mana tidaknya kelak ada yang mati katak pulak.
Sebab itu Gobind memberi amaran kepada Kerajaan malaysia mesti bertanggungjawab jika berlaku sebarang perkara yang tidak wajar ke atas Surendran.
Tetapi yang peliknya tahu pula mereka lahir kebimbangan ancaman nyawa N Surendran. Walhal selama ini anggota polis bersabung nyawa untuk jaga keselamatan awam sering menjadi bahan pertaruhan politik kotor mereka.
No comments:
Post a Comment
Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.