Kakitangan Juru Audit telah menerjah keewangan projek Hidro Bakun Sarawak untuk meneliti pembelanjaan kontrak benilai RM4.177 bilion yang diberlanjakan oleh syarikat Hidro Sdn. Bhd.
Dalam siasatan di dapati kos Projek Bakun meningkat sebanyak 45.5 peratus. Bagaimanapun seperti yang dibentangkan Laporan Ketua Audit Negara 2012 di Dewan Rakyat. Kos ini meningkat kerana tanggungan tambahan syarikat berikutan perubahan kerja, lanjutan kontrak serta pelbagai tuntutan di bawah 4 pakej kerja utama serta lanjutan kontrak bagi 3 pakej kerja berkaitan.
Menurut laporan perubahan kerja, perjanjian tambahan, penyelesaian tuntutan kontraktor, tambahan serta lanjuta masa kontrak menyebabkan peningkatan sejumlah RM2,871 bilion bagi empat 4 pakej utama serta 3 pakej berkaitan.
Dalam laporan tersebut juga menyatakan Sarawqk Hidro telah mengambil tindakan proaktif dengan merangkakan satu perjanjian tambahan yang mengikat setiap bayaran dengan syarat yang perlu dipenuhi sebelum bayaran dibuat pada setiap peringkat.
Sarawak Hidro juga telah menjana hasil jualan elektrik pada ogos 2011 dengan mencatatkan RM48.23 juta (2011), RM163.49 juta (2012) manakala unjuran kian meningkat mengikut tahun 2013 - RM411.81 juta, 2014 - RM499.34 juta, 2015 -RM677.27 juta dan 2016 - RM783.42 juta
Sekaligus ini membuktikan projek Hidro Elektrik Bakun bukan sesuatu pembaziran seperti yang digembar-gemburkan portal pembankang disini
No comments:
Post a Comment
Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.