Friday, 18 October 2013

Perhimpunan PPB Calon Gelombang Biru Pernah Mendapat Pujian Muhyiddin Yasin

Muhyiddin Yasin pernah bersuara kepada gerakan Gelombang Biru Sarawak : Atas dasar itu kita mempunyai keyakinan bahawa kita mendapat sokongan cukup mantap dan nampaknya gelombang biru sudah meningkat serta sudah dirasa di mana-mana kawasan di negeri ini,” katanya kepada pemberita pada pasca PRU13. Sumber

Ini cukup terbukti peranan anak-anak muda yang bekerja keras bersama Gelombang Biru Sarawak mempunyai peranan besar menentukan kemenangan PRU13 di Sarawak.

Adakah kita perlu sia-siakan kekuatan mereka?

PPM ingin meluahkan satu soalan Kenapa kali ini kita tidak boleh benarkan Anak-anak muda yang telah berjuang bermati-matian di dalam Gelombang Biru Sarawak pasca PRU13. Dibawa masuk ke dalam Majlis Kerja Tertinggi Pemuda PPB ke-13.

Sedangkan mereka ini juga terdiri dari golongan profesional seperti juruaudit, peguam, usahawan dan pelbagai bidang lagi berada dalam kelompok tersebut untuk terus lebih efektif membantu PPB dan Barisaan Nasional.

Cuma mereka ini hanyalah dari golongan biasa tetapi matalamat perinsip perjuangan mereka adalah jelas demi keutuhan PPB dan Barisan Nasional, apatah negeri Sarawak bakal hadapi PRN dalam tempoh terdekat ini dan PRU14 seterusnya.

Berilah sokongan kepada genetasi baru demi meremajakan kekuatan PBB.














No comments:

Post a Comment

Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.