Video pendedahan bekas Biarawati yang memeluk islam telah mendedahkan bagaimana liciknya Modus Operandi Gereja menjalankan pelbagai aktiviti, termasuk aktiviti seperti Tony Pua mamfaatkan peluang dalam majlis Qurban, Aidilfitri, salah guna surah Al Quran malah lebih hebat lagi mengambil peluang berceramah di mimbar surau dan sekarang Khalimah Allah.
Kita tahu siapa sebenarnya PAS yang bekerjasama dengan DAP. Mereka cukup arkab, bekerjasama dan menampil budaya saling memahami. Cukup indah dipandang hubungan mereka bagaikan satu jalinan talian hidup.
Hakikatnya yang ramai tidak nampak, satu drama kedua-dua parti termasuk PKR bekerjasama mempergunakan sentimen agama Islam demi kepentingan politik keji mereka. Namun begitu tidak semua rakyat sedar akan hakikat ini.
Maka telah menjadi “fardu kifayah” untuk kita terangkan kepada bangsa Melayu akan “kelicikkan” DAP terutamanya. Setelah sekian lama bangsa Melayu diperbodohkan oleh parti PAS maka sudah sampai masanya kita ‘berjihad” demi agama bangsa dan tanahair.
Kita tahu bahawa musuh Islam seperti DAP sentiasa mencari jalan untuk menghancurkan Islam. Mereka telah menjalankan agenda menggoyangkan iman umat Islam sekaligus menghancurkan perpaduan supaya senang untuk mereka merampas Negara.
Oleh itu pelbagai agenda memurtadkan bangsa Melayu dan salah satunya agenda menegelirukan akidah melalui Khalimah Allah. Semperna bulan Qurban ini adalah peluang terbaik buat mereka mendekati orang islam dengan harapan dapat mengaburkan muslihat sebenar mereka. Jangan lupa mereka DAP boleh mendapat laluan berceramah di mimbar masjid malah diberi hak mengpergunakan ayat-ayat suci Al'Quran untuk tujuan dakyah politik.
Mungkin ada dikalangan kita cukup teruja dengan kehadiran puak-puak DAP bersama-sama menyempurnakan ibadah Qurban. Terutama dari golongan penyokong setia PAS. Lupakah kita atas apa yang mereka lakukan selama ini hingga cukup terpukau dengan muslihat Kemuliaan Qurban dan Jihad PAS Bersama DAP?
Sampai bilakah umat islam kita sanggup menjadi dalang kepada puak-puak ingin menjatuhkan kekuatan islam? Sekarang kita berperang sesama sendiri demi mempertahankan atas apa yang masing-masing percaya atau harapkan, tetapi samada naik atau jatuhnya bangsa dan agama kita akan dirasai bersama-sama.
Beringat sebelum kita menangis tanpa air mata.
No comments:
Post a Comment
Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.