Friday, 22 November 2013

Anwar Lebih Takut Kerja Pendakwa Raya Dari Hakim Yang Buat Keputusan


Kadang-kadang cara Anwar mengelak dari kes Liwat 2, cukup pelik. Apa masalah dengan siapapun Ketua Pendakwa Raya. Mereka cuma buat kerja mendakwa dengan menggunakan kepakaran sendiri tetapi inipun jadi isu.

Peguam PKR, N Surendran , berkata keputusan melantik  Muhammad Shafee akan sebagai ketua pendakwa raya menggendalikan kes Liwat 2, dianggap melanggar konsep keadilan dalam perundangan negara, pada ketika umum mengetahui hubungan rapat Muhammad Shafee dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak serta Umno.

"Keputusan tersebut bertentangan dengan setiap konsep asas kesaksamaan dan keadilan dalam sistem perundangan kita.

"Dalam membuat keputusan itu, Mahkamah Persekutuan gagal dalam tugas mereka berlaku adil kepada Anwar sebagai orang yang dituduh untuk mendapatkan keadilan daripada mahkamah," kkatanya yang juga salah seorang peguam dalam pasukan pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, keputusan itu mengejutkan kerana tidak pernah dalam sejarah perundangan Komanwel seseorang berstatus seperti Muhammad Shafee akan dilantik sebagai ketua pendakwa raya, malah ia hanya mengakibatkan keyakinan umum terhadap sistem kehakiman negara semakin parah.

"Keputusan tersebut menyebabkan standard pendakwaan di Malaysia rendah dan memalukan.

"Ia hanya akan mengakibatkan keyakinan orang ramai terhadap sistem kehakiman negara semakin parah," katanya.

Ahli Parlimen Padang Serai itu turut mendesak Najib supaya menjelaskan mengapa peguam peribadinya itu dilantik mengetuai kes pendakwaan Anwar serta mahu Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail memecat Muhammad Shafee.
Apa jua alasan  N Surendran memang patut ditolakpun dan apa jua alasannya tidak menjejaskan keadilan kehakiman negara. Hakim yang bakal putuskan keputusan dan bukan pendakwa raya. Kalau asyik tukar itu ini bila kes nak selesai?

Apa masalahnya  Muhammad Shafee akan dilantik sebagai ketua pendakwa raya atau Anwar mahu kerajaan letakan lepas graduan di bidang undang-undang jadi Ketua Pendakwa Raya. Banyak cantik muka kau?

1 comment:

  1. Anwar takut Pendawaraya ni akan minta darah atau sperma Anwar untuk di analisis semula bagi menentukan kesahihan DNA yang terdapat di dubur Saiful. Tu je.

    ReplyDelete

Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.