PRK Sg Limau: Apa Barang Anwar Cerita Pasal Zakat?.. DIHADAPAN lebih kurang 150 orang jemaah Masjid Padang Lumat Batu 16, Sungai Limau sebentar tadi, Anwar yang kononnya terer taraf dewa ini memberikan tazkirah Maghrib kepada semua yang hadir.
Malangnya, tazkirah Anwar bukan seperti kebiasaan, dia tidak cakap soal-soal global dan internasional seperti mana biasa, sebaliknya Anwar bercakap tentang ZAKAT kemudian diselitkan kutukan kepada kerajaan atas beberapa isu dalam pembentangan bajet tempoh hari.
Selain puji-pujian untuk dirinya sendiri semasa jadi Timbalan Perdana Menteri dalam kerajaan BN dulu. Tak malu.
Tidak lupa, nak tunjuk ada agama sikit, dipermulaan tazkirah itu Anwar bacalah sepotong ayat Al-Quran mengenai zakat ini, itu entah berapa bulanlah dia berlatih menghafal.
Apapun penulis nak tunjuk bahawa Anwar semakin hilang taring. Kalau dah merapu pasal zakat tu apa maksudnya, dah mati akallah. Gula naik, minyak naik, tak pulak Anwar berjaya tunjuk siapa yang jatuh miskin dan papa kedana kerana kenaikan tersebut. Macam biasa saja rakyat Malaysia ini.
Rakyat di Sungai Limau ini, penulis yakin nak dengar dari mulut Anwar bagaimana dia nak bagi seluruh negara ini murah dan percuma dari segi harga barang, dan seumpama dengannya. Banyak dah orang dengar Anwar kondem kerajaan persekutuan pasal penghapusan dan pengurangan subsidi (termasuk pengenalan GST).
Tapi dalam masa yang sama, mana dia penjelasan Anwar akan langkah-langkah yang dia akan ambil untuk pastikan kalau Pakatan ini memerintah, segalanya di Malaysia akan jadi percuma dan murah?
Kita perlu ingat, banyak yang Anwar sebut tentang negara ini mempunyai hutang yang tinggi, tidak menguruskan kewangan yang baik dan sebagainya, tapi dalam masa yang sama Anwar kata kalau dia jadi Perdana Menteri, segala subsidi akan naik, segala cukai akan hapus, segala saman akan mansuh dan segala pinjaman akan dibatalkan di Malaysia ini.
Duit keluar, duit keluar, duit keluar, duit masuknya mana? Kalau negara ini buruk sangat rekod kewangannya, apakah bila Anwar ambil alih nanti segala duit yang hilang itu akan datang balik? Macam mana, ceritalah!!
Ini tidak, balik-balik yang dia sebut ialah mengurangkan ketirisan, menghapuskan rasuah dan segala macam perkara subjektif yang tidak terbukti dimana-mana Mahkamah.
Apakah berbilion penjimatan yang dibayangkan Anwar dari penghapusan rasuah dan ketirisan dalam kewangan negara itu (kalau ada), mampu menampung kenaikan subsidi dan kehilangan hasil dari pemansuhan pinjaman pendidikan yang dijanjikan pembangkang?
Ini yang Anwar perlu jelaskan kepada penduduk Sungai Limau, bukan merapu cerita pasal zakat. Nak bangga apa pasal kutipan zakat? Zakat ini adalah tentang kesedaran dan tanggungjawab, bukan macam cukai pendapatan yang diwajibkan undang-undang untuk rakyat membayar.
Kesimpulannya disini, pembangkang hanya tahu kondem sebab nak dapat milleage politik. Dalam masa yang sama, pembangkang sendiri tidak ada perancangan bagaimana nak memastikan mereka mampu berbuat lebih baik dan melaksanakan apa yang mereka sering gebang dan janji.
Agaknya sebab itulah di negeri-negeri yang pembangkang perintah, tidak ada apa yang murah dan percuma. Kalau ada pun satu dua janji 2008 yang dilaksanakan, tidak semua merasa, tidak seragam antara 3 negeri yang mereka perintah. 3 negeri pun tak boleh nak buat koordinasi, tak payah cerita pasal satu negaralah. Kak Yong
No comments:
Post a Comment
Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.