Hari ini, jurublog ini mendengar sendiri seorang Menteri dalam bersahaja mahu mengalihkan salah kehilangan Pulau Batu Puteh mengikut keputusan di International Court of Justice (ICJ) kepada Tun Dr Mahathir. Katanya, "Isu ini pun semasa zamannya."
Ini yang tidak sedap. Padahal tiada sesiapa yang tuduh Pak Lah pun. Adakah zamannya tidak membuat keputusan mengikut consensus Cabinet dan Majlis Tertinggi UMNO? Tunggul atau bodohkah yang main setuju?
Mungkin ada yang kecewa asyik berturut-turut kita dimainkan Singapura - pembatalan Jambatan Bengkok, penjualan saham Telekom, pembelian anak syarikat Singapore Telekom dengan mahal, penjualan saham-saham strategik kepada Temasik, kawasan tadah air PUB, dan lain-lain. Ditambah lagi dengan isu WPI yang rata-rata dilihat orang Johor sebagai menjual tanah untuk membolehkan Singapura membesarkan pendudok.
Jika tidak disebabkan ketidak persetujuan kepada WPI, tidaklah sampai lebih 300,000 rakyat Johor rosakan undi. Mereka tidak mahu beri undi pada UMNO tetapi tidak sanggup beri pada pembangkang.
Baiklah.
Kalau itu permainan balaci-balaci Pak Lah, maka jurublog ini pun bentangkan beberapa persoalan secara teks dan visual. Kita bahas stail Singapura, bahas berfakta. Cuba jawab pula.
Kita sedari kata-kata Pak Lah dalam laporan berjodol "PM minta rakyat terima keputusan ICJ" di Utusan Malaysia hari ini seperti berikut:
Menjawab satu soalan yang mengaitkan keputusan tersebut dengan kepimpinan beliau, Abdullah berkata, beliau pasti selepas ini ada pihak akan mempertikaikan kewibawaannya.
“Ini perkara biasa. Dengan keputusan mahkamah itu, nanti ada macam-macamlah. Orang yang tidak suka kita akan marah kita.
Kronologi Isu Pulau Batu Putih
Sekarang kita tengok dahulu kronologi isu Batu Putih dalam gambarajah dari The Star Online di bawah ini:
Merujuk kepada gambarajah yang boleh ditekan untuk dilihat dengan besar, siapa pula Perdana Menteri semasa tahun 1979 dan 1980 ketika perkara ini mula menjadi perbalahan?
Sepanjang 1989 hingga 2003 yang mana kedua-kedua Malaysia dan Singapura baru mengkaji dan bersetuju untuk mencari penyelesaian melalui ICJ arbitration, siapa pula Perdana Menteri?
Bila sudah masuk ICJ, menjadi tanggungjawab untuk menguruskan kes dalam menyediakan fakta, perbahasan, menyediakan dokumen dan bukti, dan lain-lain. Perkara iniberlaku dari tahun Mar 2004 hingga keputusan. Tidak payahlah jurublog mengulang soalan yang mana pembaca boleh agak.
Satu Batu dan Dua Batu Kelikir
Sedih melihat tanah kita yang jelas ditepi pantai kita itu jatuh kepada negara asing?
Pulau Batu Putih dan Middle Rock boleh kelihatan seperti gambar berikut dari sumber Singapura.
Dengan lebih dekat, South Ledge yang terlindung dalam gambar di atas adalah sedemikian seperti di gambar bawah:
Macam Mana Boleh Kalah Pak Lah?
Mengikut keputusan penghakiman ICJ, keputusan 12-4 memberi Pulau Batu Puteh atau Pedra Banca kepada Singapura. Manakala, keputusan 15-1 memberikan Middle Rock kepada Singapura.South Ledge masih belum ditetapkan lagi. Kenyataan akhbar ICJ sepenuhnya boleh diperolehi di sini.
Mengikut Malaysia Insider, ICJ tidak mempersoalkan kedaulatan Johor ke atas Pulau ini sebelum 1953.
ICJ melihat surat kerajaan Johor yang ditulis oleh Setiausaha Kerajaan Negeri yang memperakui tidak menuntut pulau ini. Sepanjang tahun 1962-1975, beberapa peta yang dikeluarkan kerajaan tidak meletakkan pulau ini di bawah jajahan Johor.
Siapa Menteri Besar Johor tahun 1953? Siapa Perdana Menteri sepanjang 1962-75?
Sekarang mahu ditanya, adakah pasukan pembela kita telah melakukan "lobi"? Perjalanan ICJ memerlukan taktik "lobi".
Mungkin kita tidak suka "lobi" sejak keluar tuduhan VK Lingam mengatur lobi dan Vincent Tan dan Tengku Adnan melakukan lobi. Adakah diplomat kita pun turut mengikut permainan persepsi murah yang dilakukan oleh ahli politik PKR dan fraksi Pak lah dalam UMNO? "Lobi" di sini bermaksud penerangan!
Maklumat yang saya perolehi dari seorang bekas pelajar Cambridge yang mana pernah menuntut dari salah seorang pakar-pakar yang telah digajikan dan pensyarahnya memberitahunya, kita tidak melakukan "lobi"?
Mungkin terlalu banyak pasir masuk dalam otak Menteri Luar Negara kita semasa itukah?
Dalam laporan Utusan itu, Pak lah berkata berikut:
“Tetapi saya ingin jelaskan bahawa pasukan yang membawa kes ini ke ICJ adalah pasukan yang sama semasa kita menang dalam kes Pulau Sipadan dan Ligitan dulu,” ujarnya.
Sehubungan itu, beliau merakamkan penghargaan kepada semua pakar dan pegawai Malaysia yang terlibat membuat persediaan membawa kes itu ke ICJ.
Betulkah demikian?
Betulkah tiada dokumen sepanjang tahun 1953 ke tahun 1872 yang menafikan surat yang dikatakan melepaskan tanggngjawab terhadap pulau itu?
Ini satu lagi.
Siapa yang bahalol mengunakan gambar Pulau Batu Puteh yang diambil dari blog seperti berikut sebagai bukti?
Gambar sebenar yang dibentangkan Singapura adalah berikut.
Ini betul memalukan. YB Jeff Ooi pernah menuliskan kesilapan besar yang kita lakukan pada bulan November tahun lepas disini.
Buat Menteri tersebut, saya bertanya, siapa Perdana Menteri semasa perkara ini berlaku?
Siapa pula Perdana Menteri yang merancang dan melancarkan dengan bersungoh-sunggoh WPI yang mungkin akan dituntut oleh Singapura sebagai jajahan mereka pada tahum Misi Nasional 2057?
Buah yang Rendang
Sementara itu, apa jadi kata-kata hendak memetik buah-buah yang rendang dahulu?
Kes ini masih tidak habis-habis lagi. Batu kelikir bernama South Ledge siapa punya? Malaysia Insidermelaporkan Gani Osman berkata masih ada pertindihan tuntutan lagi?
Baguslah dudok sama-sama dengan Singapura berbincang dalam Jawatankuasa Teknikal Bersama. Biasanya selesaikah? Main golf banyak-banyak, makan nasi ulam dan durian sedap-sedap.
Kalau Pak Lah, Shabery Chik dan Tingkat 4 mahu selesaikan senang saja, salahkan Dr Mahathir saja.
Tetapi kalau takut saluran 3 dan 4 marah, salahkan DAP atau PKR pula. Asal bukan silap Pak Lah, kerana yang baik darinya, yang salah dari kita dan orang lain. sumber Another Brick In Wall
Baru terkenangkan isu kehilangan pulau Batu Putih...harini kemusykilan tu dijelaskan nyata terima kasih. Betapa mudahnya harta kita dirampas tika kita lemah...
ReplyDeleteAyahnda mat kilau pernah berkata tak akan ada bangsa di dunia yg mampu menundukkan bangsa melayu selain satu bangsa yg bernama melayu yg telah hilang semangat melayunya....tak perlu di risaukan apa yg dah terjadi...ayahnda mat kilau telah laluinya dan terpaksa berkelana dibumi sendiri angkara bangsa melayu yg telah hilang semangat melayunya...apa yg terjadi kepada allyarham bakal akan dilalui oleh cucu dan cicit kita kelak semoga ia akan menjadi pengajaran kepada bangsa melayu yg telah hilang s3mangat melayunya....Allahyarham pergi tampa kelumit harta tapi meningalkan tanah tumpah DARAHNYA...
ReplyDelete