Tuesday, 12 November 2013

Namanya Sisters In Islam Malaysia Tetapi Bersubahat Tuntut Hak LGBT Gugur Status Negara Islam

Bagaimana rakyat Malaysia boleh menerima sebuah NGO Malaysia iaitu Sisters In Islam yang menuntut hak-hak LGBT dan menggugurkan Status Negara Islam iaitu bersama-sama membawa agenda ini dengan NGO COMANGO.

Menurut sejarah Sisters in Islam (ditubuhkan pada tahun 1988) atau dikenali SIS merupakan sebuah organisasi bukan kerajaan yang dianggotai sekumpulan wanita profesional beragama Islam yang memperjuangkan hak-hak wanita dalam kerangka Islam. SIS kononnya amat menekankan pentingnya untuk mentafsir semula Al'Quran dan hadith mengikut konteks sejarah dan budaya.

Ditubuhkan pada tahun 1988 oleh sekumpulan peguam, aktivis, ahli akademik dan wartawan wanita termasuk Zainah Anwar dan Marina Mahathir- anak sulung mantan perdana menteri Malaysia, bersama-sama menubuhkan satu pergerakan untuk menyelesaikan masalah wanita Islam di mahkamah syariah. 

Pada tahun 1993, gerakan ini secara rasmi didaftarkan sebagai pertubuhan bukan kerajaan di bawah nama SIS Forum (Malaysia) Berhad dan sehingga kini dikenali sebagai Sisters in Islam atau ringkasnya SIS. 

Tumpuannya adalah untuk mencabar undang-undang dan dasar atas nama Islam yang mendiskriminasikan wanita. Tumpuan SIS kemudiannya diperluaskan kepada isu lebih besar seperti demokrasi, hak asasi manusia dan perlembagaan.

Pada asal tiada masalah akan penubuhan mereka tetapi dikebelakangan ini corak mereka mentafsifkan Al'Quran dan hadith mengikut konteks sejarah dan budaya. Hingga menghalalkan perkara-perkara yang bertentangan dengan keistimewaan islam dan juga akidah. Atau lebih tepat SIS lebih mesra memenuhi kehendak penganut mubalig kristian yang penuh dengan agenda untuk memurtadkan umat.

Kelakuan mereka adalah melampau dan perjuangan islam mereka bersifat liberal ini boleh memusnahkan Malaysia hingga berlaku seperti Indonesia yang mana petkahwinan campuran yidak perlu bertukar agama.

Ucapan tahniah dan syabas kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan kerajaan kerana memberi jaminan dan amaran yang tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas mana-mana anasir yang cuba menjejaskan keharmonian dan mencabar Perlembagaan Persekutuan termasuk Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (Comango) termasuk Sisters In Islam (SIS). Bersekongkol menuntut kebebasan murtad; orientasi seks; lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) serta kesamarataan antara agama.

Ini jelas kerjasama SIS dengan NGO Comango terbukti sengaja mencabuli Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang Islam. 

Persoalannya sampai bila kita hanya didengarkan nada amaran dan amaran dari kerajaan Malaysia. Bila hendak bertindak? Adakah sehingga terlewat baru hendak bergerak?


No comments:

Post a Comment

Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.