Sesuatu yang pelik dan bercelaru telah benar-benar berlaku di dalam PAS. Akar Umbi PAS sebenarnya setia tokoh kepimpinan mereka dalam PAS tetapi mengkhinati tanpa sedar dibawah naungan Anwar dan Ketuanan DAP.
Ini realiti yang menyekat pergerakan dan kemajuan PAS dari menjadi parti pilihan rakyat terutama dikalangan melayu islam.
Dan pada masa yang sama benar-benarkah PAS berjaya meraih undi bukan melayu? Jika benar kenapa mereka gagal di pasca PRU13?
Ada yang memberi alasan undi melayu lebih kuat memihak kepada UMNO. Jika itulah kebenarnya apa guna PAS mengharap undi bangsa lain sehingga sanggup bermain-main dipermukaan batas akidah?
Sesungguhnya Khalimah Allah telah diperhujahkan tentang akibatnya oleh Haron Din...
Malah ini juga mendapat kata sepakat dari Harun Taib yang kedua-duanya tokoh terbaik dalam PAS.
Harun berkata, beliau juga akan tetap dengan pendirian mengenai isu kalimah ALLAH kerana ia berkaitan dengan akidah Islam.
“Saya akan teruskan pendirian saya sama seperti sebelum ini, walaupun ada pemimpin Pas lain tidak sependapat dengan saya.
“Saya tengok diri saya bukan berdasarkan orang lain, tetapi ia berkaitan akidah,” katanya.
Tambahnya, dalam isu ‘tahaluf siasi’ dengan PKR, cadangan tersebut sebenarnya adalah untuk Dewan Ulama membuat kajian terperinci.“Saya rasa perlu ada kajian terperinci, mana-mana yang longgar perlu dikemaskan, kalau dah kemas, perkukuhkan lagi.
Bukan bermakna bercerai. “Mereka mungkin salah faham dengan maksud saya, atau itulah cara untuk serang saya.
Saya terima serangan cara begini kerana yang menilainya adalah masyarakat,” katanya.
Mereka ini adalah tokoh yang amat dihormati dalam PAS bukankah mengkhianati kepecayaan dan keyakinan mereka semata-mata menuruti fahaman Anwar yang mengjaja Khalimah Allah sebagai senjata meraih undi, itu mengkhianati kepimpinan Haron Din dan Harun Taib, sekaligus mengkhinati perjuangan PAS dan Amanah Allah?
Ayuh tinggalkan kecelaruan ini samada kita bersatu dibawah khalimah Allah atau kita berani hijrah demi ABATA.
No comments:
Post a Comment
Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.