Thursday, 12 December 2013

Mat Sabu Lari Oversea Sebelum KDN Sahkan Hari Ini Status Syiah

Kecoh juga bila dengar Mat Sabu sempat menafikan dirinya syiah ketika dalam perjalanan menunuju KLIA meninggalkan negara.. macam tak betul je bunyinya tetapi sebetul kenyataan terakhirnya di KLIA.. Namun bergitu nak saman Zahid Hamidi macam dah tak jadi Tetapi seperti dijanjikan Azhid, KDN dah sahkan hari ini status syiah..

PUTRAJAYA 12 Dis. - Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mengesahkan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu merupakan pemimpin nombor dua parti itu yang cenderung dan terlibat dalam fahaman Syiah.

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dalam sidang akhbar khas hari ini menyenaraikan 10 maklumat yang mengesahkan penglibatan pemimpin pembangkang itu dalam fahaman Syiah.

Antaranya, Mat Sabu pernah menggesa umat Islam mencontohi kepimpinan Islam berdasarkan cara Ayatollah Khomeini melalui tulisannya bertajuk `Teladan pemerintahan Nabi Yusuf, Khomeini' dalam ruangan Fikrah akhbar Harakah keluaran 15 Julai 2008.

Pemimpin Pas itu juga menyatakan kekagumannya terhadap kepimpinan dan perjuangan Khomeini yang banyak mencorakkan pemikirannya dalam ucapannya sebagai Timbalan Presiden Pas pada 13 Jun 2011. - UTUSAN

Haii awal angkat kaki macam tahu-tahu jerr...


2 comments:

  1. Kalau dah pemimpin nombor dua adalah pengikut Syiah, pemimpin nombor satu pula semacam mengakui kebenaran tersebut dan tiada tindakan susulan. Jadi, secara amnya, PAS ni dah jadi parti ape?. PAS = Parti Ajaran Syiah lah kot. Dulu kata UMNO sesat. Sekarang parti PAS pula 100 kali sesat.

    ReplyDelete
  2. iktibarnya..jgnlah melabeil org lain dgn panggilan atau tuduhan yg x betul. natijahnya dibalikkn semula tuduhan itu ke atas kita.

    ReplyDelete

Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.