Monday, 30 December 2013

Najib Harus Berani Menghadapi Serangan Rakyat, Realiti Politik Dan Ekonomi Zaman Globalisasi Dunia

Tinggal sehari lagi kita bakal menjejaki 2014. Situasi di negara sekarang penuh dengan politik manipulasi situasi globalisasi dunia dengan kepentingan politik pakatan yang mahu menjatuhkan kerajaan.

Situasi ini amt getir bagi seorang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kerana beliau dihujani pelbagai serangan oleh pelbagai lapisan masyarakat dari pelbagai isu.

Kenaikan harga barang adalah situasi yang benar-benar tertekan buat rakyat walaupun jika ditanya kepada mereka barang apa yang sedang naik harga, tiada yang mampu menjawap kecuali memberi contoh minyak untuk isi kereta. Kalau pasal tambang bas mahupun LRT itu belum diputuskan dan sekadar ramalan.

Tetapi Pakatan tetap menggambil kesempatan mencanangkan isu ini walaupun ketika ini menteri besar selangor juga ambil kesempatan untuk menaikan cukai lesen perniagaan.

Semua ini dijadikan isu oleh pembangkang sebagai BN menjadi buta tuli hingga tidak mampu lagi menyelami denyut nadi rakyat atau terus dilambung mimpi apabila memenangi PRU13 dengan segelintir pemimpin Umno mendabik dada bahawa parti ini, kembali mendapat sokongan rakyat apabila jumlah kerusi meningkat dalam pilihan raya umum kali ini, berbanding yang lalu.

Hakikatnya itu semuanya permainan menggambil kesempatan diketika Najib perlu menyelaraskan kedudukan ekonomi negara demi masa depan yang jelas membantu rakyat.

Namun bergitu mungkin Najib juga perlu menghimpunkan ‘penasihat-penasihat’ baharu beliau bagi memberikan idea baharu menangani krisis yang dilaungkan rakyat. Dan tidak dinafikan situasi ini menjadi bahan serangan dari kem sendiri, kononya ‘penasihat-penasihat’ lama yang terbukti gagal memberikan keputusan imej yang baik di mata rakyat selepas pasca PRU13.

Kadang-kadang sangkaan blogger seperti kita ini mungkin nampak lebih bijak dari penasihat tetapi pernah kita bertanya kalau kita menjadi penasihat DSN. Mampukah kita mengubah situasi sekarang menjadi lebih baik sedangkan kita mampu menyelar orang sekitar Najib itu gagal?

Ini sebenarnya situasi yang serba tidak kena pada pelbagai pihak tetapi hakikatnya informasi dari atas ke bawah agak lemah sedikit untuk membolehkan jentera dari kem sendiri faham akan apa situasi sebenar yang berlaku.

Sekarang Najib mungkin terpaksa mengikuti cara semangat mendiang Nelson Mandela yang sanggup menerima kemarahan penyokongnya semata-mata menyatupadukan rakyat Afrika Selatan berbeza warna kulit perlu dijadikan panduan dan cara ini diguna pakai oleh Najib demi memperkukuhkan ekonomi.

Kalau ini pendekatan yang digunakan pakai oleh Najib memang tinggi akan resikonya tetapi sebagai seorang pemimpin yang berkaliber dugaan dan cabaran itu harus dipikul dengan cara yang terbaik demi mengelak negara ini jatuh kerana globalisasi yang semakin mencabar ini.

Sebagai rakyat Malaysia kita kena akur dan faham dunia sekarang berbanding dahulu adalah berbeza dan zaman BN sekarang tidak boleh menyelesaikan segala masalah untuk rakyat dengan bantuan subsidi yang melampau kerana zaman itu sudah berakhir.

Zaman sekarang rakyat harus mempunyai kail yang kuat untuk mencari pendapatan sendiri. Bukan saban hari memoohon bantuan dan tanpa bantuan tidak boleh bergerak. Fikir-fikirkan..

2 comments:

  1. Ko ingat rakyat malaysia ni bodoh macam korang semua? Jantan tu sebelum pilihanraya janji menggunung. Kata manifesto ialah janji.pukimak la.skang dah jadi benda lain. UMNO HANJING SEKARANG DAH TAK RELEVAN. Macam mana korang nak cuba backup pun jantan ngan betina sundal rosmah tu..majoriti rakyat dah tak percaya.so boleh pergi MAMP

    ReplyDelete
  2. nak jaga negara bukan macam nak jaga kelab bang!! cakap memang senang, macam nuar dia hanya nak popular, dia pun tau yang keadaan globalisasi dunia takkan boleh sembang harga akan trn, cuma malaysia ni beruntung sebab kerajaan sediakan subsidi besar untuk rakyatnya, kita kena belajar sabar, kalau tak, erm, apa semua tak betul... yang betul siapa?

    ReplyDelete

Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.