Wednesday, 18 December 2013

Part 2 Kemelut First Lady' Datuk Seri Paduka Rosmah Mansor


Bagi saya gelaran First Lady tidak menimbulkan sebarang masalah. Misalnya dalam penganjuran Sidang Kemuncak Wanita Pertama, peserta yang dijemput adalah isteri-isteri kepada Presiden, Perdana Menteri atau apa saja gelaran yang diberi kepada pemimpin tertinggi (yang menguruskan pentadbiran negara).
Mereka adalah First Lady atau Wanita Pertama dalam konteks suami yang diberi tanggungjawab serta dipilih rakyat untuk mentadbir Negara. Saya tidak fikir ia sesuatu yang perlu dipertikaikan.

Kita di Malaysia ada institusi Diraja sebagai ketua negara iaitu yang di-Pertuan Agong manakala ketua kerajaan ialah Perdana Menteri. Mirip British yang mana Queen adalah ketua negara manakala Perdana Menteri adalah ketua kerajaan yang dipilih melalui pilihan raya.

Bagi sesetengah negara seperti Amerika dan Perancis, ketua kerajaan dan negara adalah Presiden, maka isteri Presiden adalah Wanita Pertama.

Sekiranya kita menggelar Permaisuri Agong sebagai First Lady atau Wanita Pertama bererti kita telah 'downgrade' status baginda. Kedudukan baginda permaisuri adalah yang kedua selepas Yang Dipertuan Agong. Ini satu kedudukan khas yang diiktiraf dalam perlembagaan kita.

Saya rasa dalam soal ini ramai yang faham. Cuma mungkin ada sesetengah yang sengaja mempertikaikan dan cuba menjadikan ia sebagai isu.

2 comments:

  1. rezeki masing-masing kenapa perlu ada rasa iri n menabur fitnah...tp kena juga terima hakikat menjadi femes n penting ini sentiasa dipersoalkan serbaserbi tntg peribadi personaliti tersebut...

    ReplyDelete
  2. Mohon utk memberi pendapat yg berlainan. Didalam negara yg beraja berpelembagaan, tidak wujud istilah 'first lady' sebab permaisuri (queen) dianggap sebagai 'first lady' dan beliau tidak diturunkan 'status' dengan gelaran ini. Beliau tetap digelar Ratu(queen). Hanya negara yg diperintah melalui berPresiden sahaja, isterinya digelar 'first lady'. Isteri PM Britain, Thailand atau Jepun tidak bergelar 'first lady' sebab 1st Lady telah pun wujud melalui perlembagaan negara.

    ReplyDelete

Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.