Setelah sekian lama permainan kotor Haji Hadi dan Nik Aziz dalam manipulasi perjuangan negara Islam. Tidak terhenti-henti sikap Nik Aziz dan Haji Hadi tanpa jemu menghasut akar umbinya yang islam itu hanya kepada PAS, manakala UMNO sering dikaitkan dalam bahasa kiasan yang mudah difahami sebagai sebaliknya.
Itulah permainan dari tahun ke tahun perjalanan PAS. Malah pengaruh ini menjadi Nik Aziz antara senarai nama ulama yang dikaitkan sebagai popular dalam ranking dunia.
Berada dalam ranking bermakna paling berpengaruh tetapi jika kita renungkan legasi Perdana Menteri Malaysia acap kali mendapat pujian pelbagai negara islam hingga dari Imam Masjidil Haram, perdana menteri, presiden dan ulama-ulama terhebat, ke atas usaha dan peranan Malaysia dari dalam hingga ke luar negara, mematabatkan syiar islam.
Ini bezanya popular kerana pengaruh individu dengan sanjungan kekuatan modul menjalankan syiar islam.
Hakikat selama ini UMNO bukan sahaja berperanan besar mematabatkan islam di Malaysia. Malah kaedah formula Malaysia itu dijadikan panduan kepada negara islam lain sebagai modul memperhebatkan syiar islam seluruh dunia.
Sebab itulah Nik Aziz dan Haji Hadi sering manipulasikan dengan apa jua cara untuk membutakan pengikutnya dari hakikat ini.
Malah kali ini PAS lebih berani bermain di batas akidah dengan merelakan penjajaan Khalimah Allah, Azan di masjid surau, isu akidah dan isu murtad sebagai kaedah memeliharakan hubung baik bersama DAP. Malah ini juga satu formula mencari undi bukan melayu masuk menyokong PAS.
Jika Nik Aziz benar-benar telah berundur maka wajarlah generasi baru dalam PAS mengkajikan semula kedudukan parti yang semakin jauh tersasar.
Renungan kenapa saban tahun masih hanya golongan seperti Imam Masjidil Haram dan lain-lain hanya mengangkat pimpinan UMNO yang memartabatkan islam dan bukannya PAS? Adakah PAS rasa mereka cukup layak untuk melebelkan sebagai Parti Islam Malaysia?
Takkan lah puak puak PAS akan mengatakan bahawa Nik Aziz and Hadi Awang lebih hebat daripada Imam Masjidil Haram? Tahniah kepada Kerajaan BN.
ReplyDeleteNegara yg ada ajaran Syiah seperti Iran jer sanjung PAS nie,sebab tu suke p Iran,untuk ape? takkan nak beli atau belajar buat senjata Nukler.
Delete