Saturday, 16 February 2013

Semakin Ramai Menyebelahi Suara Guru Pondok Membingungkan PAS

Semakin hari semakin ramai menyertai dan menyebelahi pendapat dan tafsiran dari Sekolah Pondok yang selama hanya berdiam diri dan sekarang mereka bangkit atas perjuangan Agama Bangsa dan Negara lalu mengeluarkan kenyataan ini...

Suara dan peranan guru-guru pondok yang ada di negara ini perlu diberi perhatian kerana mereka juga mampu memberikan pandangan berteraskan kepada ilmu agama yang mereka warisi melalui sistem sekolah pondok selama ini.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata ilmu yang dimiliki guru-guru pondok yang mereka pelajari daripada tokoh terkenal pengajian pondok perlu diiktiraf.

Beliau berkata sejarah pengajian pondok di negara ini membuktikan mereka turut menyumbang fikiran dan pandangan kepada kepimpinan negara.

Katanya mereka juga perlu disokong bagi memanfaatkan ilmu yang mereka warisi dan miliki selain memastikan mereka tidak direbut oleh pihak yang tidak sehaluan dengan kerajaan.

"Dalam isu kalimah Allah (cadangan penggunaan Kalimah Allah dalam Bible versi Bahasa Melayu), golongan guru-guru pondok turut bersuara membantah, tetapi suara mereka tidak didengar.   

"(Ini kerana) tiada ruang disediakan untuk mereka memberikan hujah secara terbuka bagi meredakan kecelaruan yang ditimbulkan beberapa pemimpin parti pembangkang dalam menyokong pandangan pemimpin parti DAP mengenai isu kalimah Allah," katanya ketika merasmikan majlis perasmian Ijtimak Guru-Guru Pondok, Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa), Guru Takmir dan Imam Daerah Baling 2013 di Masjid Kampung Tok Kaya di sini hari ini.

Katanya pendekatan semua pihak yang mahir dalam bidang ilmu agama perlu disatukan kerana ia mampu membantu menyelesaikan masalah yang timbul dan tidak membiarkan masyarakat Islam berhadapan dengan sesuatu isu yang boleh mencelarukan pemikiran mareka.

Program anjuran Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia dihadiri lebih 300 peserta. - Bernama
Published with Blogger-droid v2.0.10

Anwar Puncanya PAS Alami Krisis Dalaman Serius


Pas Kelantan dikatakan mengalami krisis dalaman yang serius sehingga menyebabkan Nik Abdul Aziz Nik Mat beralasan untuk tidak berundur meskipun pernah menyatakan hasratnya untuk berbuat sedemikian. Itu satu persoalan yang kita boleh kita nilaikan siapa Nik Aziz bila bercakap harapan ke Putrajaya.

Isu perebutan jawatan menjadi permasalahan besar dalam PAS tetapi masalah yang sebenar-benarnya di dalam PAS adalah Anwar Ibrahim yang menyebabkan hilang rasa percaya dikalangan akar umbi PAS. Kerana Anwar tidak pernah perduli sesiapapun melain dirinya.

Oleh itu tindakan akar umbi PAS melangkah keluar dari PAS sebagai bukti menolak kepimpinan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim yang dilihat mahu berkuasa demi kepentingan sendiri dan bukannya untuk membantu rakyat.

Alasan yang terbaik untuk akar umbi PAS bertindak adalah...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Anwar Dan Kuncunya Dah Tak Keruan Lagi Akalnya?

Kadang-kadang rasa macam tidak bijak sangat buat bekas presiden Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Nordin Mahmood mencabar Mahathir menentang Anwar kerana percaya ketua umum PKR itu "telah lama dizalimi" Mahathir dengan pelbagai cara dan patut dibela.

Nordin dilaporkan berkata, Mahathir kini semakin kuat menyerang Anwar walaupun telah bersara daripada politik.Pertandingan dua tokoh politik itu juga, tegas Nordin, dapat menguji kekuatan dan populariti Anwar untuk mengambil alih kepimpinan negara.

Apa dah jadi dengan puak-puak ini? Apa akal dah tidak keruan lagi ke untuk hadapi PRU13. Memandangkan Anwar dah macam orang buangan sekarang! Eyalah Anwar hendak turun padang bersama ceramah PAS pun tidak berani lagikan?

Rasanya jawapan Tun adalah mudah difahami "Saya dah bersara, saya tak ada niat nak datang balik, tapi saya sekarang ini giat untuk tolong berkempen bagi orang yang dulu tolong saya naik sampai jadi perdana menteri" Jadi buat Nordin jangan sampai jadi orang tua berakal kebudak-budakan yeee. Kalau takut jangan diduga ombak yang tinggi!
Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday, 15 February 2013

MB Kedah Azizan Perlu Jawap Kemana Perginya RM90 Juta


Umno Kedah menyifatkan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak angkuh apabila mengugut kerajaan pusat membayar RM100 juta supaya menghentikan penebangan balak di negeri itu.Pengerusi Umno negeri, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, tindakan Azizan boleh dianggap tidak mengenang budi kerajaan pusat yang memberi banyak bentuk bantuan kepada Kedah yang ditadbir pembangkang.

"Azizan boleh tergamak mengugut kerajaan pusat. Sikap seperti ini tidak patut ada pada seorang Menteri Besar," katanya mengulas kata dua Menteri Besar itu semalam yang akan terus menebang balak dalam kawasan hutan simpan jika kerajaan pusat enggan membayar pampasan RM100 juta setahun.Dalam satu kenyataan kepada media di sini hari ini, Ahmad Bashah berkata Azizan sewajarnya menyelesaikan isu itu melalui musyawarah atau perbincangan dengan kerajaan pusat dan bukan dengan membuat ugutan.

"Saya lihat cara terbaik ialah melalui perbincangan jika benar bahawa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pernah membuat perjanjian lisan pada satu ketika dulu ketika isu balak di Kedah hangat diperbualkan."Dalam soal ini Azizan mewujudkan dua isu iaitu mengugut supaya dibayar RM100 juta dan satu lagi penebangan balak. Saya lihat tindakan Azizan adalah bagi menghalalkan tindakan rakus kerajaan negeri menebang balak," katanya.

Ahmad Bashah berkata, Azizan membangkitkan soal bayaran bagi melepaskan dirinya daripada kritikan menggunung orang ramai tentang tindakan buruk kerajaan menggondol bukit di Baling dan Padang Terap bagi pengambilan balak.

"Strategi Azizan agak mudah. Apabila kerajaan pusat enggan melayan tuntutannya, Menteri Besar itu berkata akan terus menebang balak dan boleh menyalahkan kerajaan," katanya.

Mengulas kenyataan Azizan bahawa beliau tidak peduli luahan staf Kolej Universiti Insaniah (Kuin) mengenai nasib mereka dan kemelut pentadbirannya, Ahmad Bashah berkata, sikap 'tidak tahu dan tidak peduli' Menteri Besar itu sebenarnya melambangkan kelemahan kerajaan negeri pimpinan Pas.

Staf Insaniah menderita dengan pelbagai masalah seperti bayaran pinjaman kepada bank tidak dibuat, KWSP tidak dicarum dan pelbagai masalah lain.

"Bagaimana hendak selesai masalah jika semua pihak tidak mahu bertanggungjawab," katanya sambil menambah masalah Kuin tidak akan selesai tanpa campur tangan Menteri Besar.

Sementara itu, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata, Azizan cuba mengalih perhatian rakyat daripada isu sebenar iaitu pembalakan rakus oleh Pas Kedah di Tasik

"Tuntutan itu tidak boleh dilayan kerana ia hanya perjanjian lisan. Azizan sendiri tidak terlibat dalam perjanjian tersebut," katanya kepada pemberita selepas taklimat pelaburan Kedah di Hotel Holiday Vila di sini hari ini.

Mukhriz, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, berasa pelik dengan Azizan kerana sebagai Menteri Besar beliau tidak wajar mengeluarkan kenyataan seperti itu.

"Takkan dia tak tahu mengurus tadbir kerajaan negeri tidak boleh berpegang kepada perjanjian lisan. Tambahan dia sendiri tidak terlibat. Dari mana dia dapat maklumat ini sampaikan berpegang pada lisan sebagai perjanjian," katanya.Mukhriz berkata, tuntutan itu menunjukkan Azizan tidak mempunyai fokus terhadap isu dan masalah kegiatan penebangan balak bernilai tinggi dengan alasan membuka ladang buah-buahan walaupun dibantah rakyat.

Katanya, lapan orang Menteri Besar sebelum ini tidak sanggup melakukan aktiviti itu namun Azizan menggunakan taktik menyalahkan pihak lain bagi menutup kerakusan pembalakan itu.

Mukhriz berkata, bekas Menteri Besar Datuk Seri Syed Razak Syed Zain pernah mencadangkan pembalakan dalam air Tasik Pedu tanpa menjejaskan alam sekitar dan pelancongan tetapi dibantah Azizan.Beliau juga menyoal ke mana duit hasil balak akan digunakan kerana sebelum ini kerajaan pusat memberi RM150 juta untuk menyelenggara jalan negeri tetapi hanya RM60 juta yang dibelanjakan dan bakinya tidak diketahui ke mana hilangnya. - Bernama
Published with Blogger-droid v2.0.10

Jom Ke Gig For Gaza

JOM ramai-ramai ke GiG for GAZA, hari ini, Jumaat, 15 Februari, jam 3-630 ptg & 8-1130 mlm. Sama-sama menyumbang untuk Tabung Gaza sambil berhibur.

Saksikan persembahan kumpulan Mirwana, Saff One, Frens, Six Thirty, Souls; K-Langit, Radhi OAG, Aries band, Zehra Zambri dan Altimet. Yatt Hamzah, Diana Amir juga akan turun untuk bersama peminat pada sebelah petang.

Program anjuran Majlis Belia Kawasan Putrajaya ini adalah sempena menyambut konvoi Jelajah Anak Malaysia kembali ke Putrajaya dan bagi membantu pasukan RELA dalam Kempen Tabung Selamatkan GAZA.
Published with Blogger-droid v2.0.10

Penang BN chief tells of ‘death threat’ against Psy

A "death threat" was among the reasons South Korean popstar Psy (pix) was not able to join Barisan Nasional leaders for the yee sang tossing ceremony at the Penang BN Chinese New Year Open House on Monday.State BN chief Teng Chang Yeow said police had informed the organisers of the threat on Psy, whose real name is Park Jae-sang.

"The police had received information that there was an attempt on Psy's life," he said.Describing the developments as "technical hiccups" occurring during the event, Teng sought to refute rumours over reasons Psy did not turn up to toss yee sang with Najib and other BN leaders.

He said the female emcee for the event did not take the cue from the stage manager and failed to introduce the Korean megastar.Teng also said Psy was only scheduled to perform, and did not understand the significance of the yee sang ceremony.

When contacted, deputy Penang police chief Deputy Comm Datuk Abdul Rahim Hanafi confirmed there was a a threat to sabotage the event.

"We received information about it. So, we provided round-the-clock tight security for him from the time he arrived until he left on Monday night," he said.

GEORGE TOWN (Feb 14, 2013): http://m.thesundaily.my/node/188037
Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday, 14 February 2013

Bukti PAS semakin hancur dimusnah pengikut sendiri

Lokasi : Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor
Slogan : Selamatkan akidah Satukan Ummah
Tetamu Jemputan  BN : Ustaz fathul bari dan dato’ hj satim diman (calon adun sri serdang)
Tetamu PAS(dialog) : Ustaz reza (ketua pas cawangan taman equine) dan saudara Khairi HJ Awang (ketua pas   bahagian penajaan cwgn equine)

Bingkisan serba sedikit Ucapan :
Dato’ HJ Satim Diman
MB Khalid beri manifesto yg akan memperuntukan 2 juta untuk Masjid Nirwana Ampang, namun setelah 4 tahun hampir berlalu…. janji hanya tinggal janji… at last, PM yg turun ke sana dan beri sumbangan 2 juta utk masjid tersebut.
Masjid kampong aman, sebelum PRU12 kerajaan persekutuan umumkan peruntukan 7 juta utk pembinaan masjid tersebut.. walaupun peruntukan tersebut telah sedia ada tetapi apabila PR menang, kerajaan negeri tak meluluskan tapak pembinaan masjid.. kerana itu sehingga 1 penggal berlalu begitu sahaja. Masjid blum terbina.
“jika semua perkara mahu diserahkan kepada kerajaan persekutuan, dan kerajaan negeri tidak mahu berbuat apa, lebih baik kita tukar Kerajaan Negeri kepada BN, Kerajaan Persekutuan kita Pastikan BN, kerana BN janji ditepati” lebih kurang ayat HJ satim Diman.
Ustaz Fathul Bari
Beliau menghadiri  persidangan GMM (global movement moderation) di indonesia bersama NGO terbesar di Indonesia iaitu Muhammadiah  (Yang mempunyai lebih kurang 30 juta pengikut) dan Nahdatul Ulama (lebih kurang 70 juta pengikut). Kedua2 nya bersepakat dan bersetuju bahawa moderation, kesederhanaan ataupun wasatiyyah bermaksud kembali kepada asalnya iaitu al-quran dan as-sunnah. Ramai kan org islam yg menyokong cadangan PM kita?

Ustaz Reza
Sesi dialog antara dua ustaz ini berjalan dlm keadaan terkawal. Banyak persoalan yg di jawab dgn jelas oleh ustaz fathul bari. antara isu yg diketengahkan oleh ustaz reza adalah isu umno assobiyah, hudud, perlembagaan umno tak fully berlandaskan islam.
Ni ayat ustaz reza yg boleh nurul highlight:
“Saya sudah lama jd ahli pas sejak habis spm smpai skrg....memang saya anti umno. Kalau la harga tv tu sekupang dua kupang..dh lama sy sepak-sepak tv tu setiap kali berita keluar…sy pun dah lama tak  bace surat khabar sbb sume tntang umno..Sebegitu sekali mereka  berjaya semai kebencian  dlm diri sy kepada umno, tetapi biarlah segalanya menjadi kebodohan yg ada dalam diri saya dan ahli2 pas yg lain”

“Saya hari ini selaku ketus PAS cawangan taman equine mewakili sahabat2 PAS yang seangkatan dengan saya, ingin menyatakan ikrar kami bahawa kami akan menyokong kepimpinan umno (dr segi maaruf dan berlepas kiri utk perkara mungkar) untuk memenangi  PRU 13 akan datang bg merampas semula DUN ini terlepas dari PR. KITA TOLAK DAP, KITA TOLAK KIT SIANG, KITA TOLAK GUAN ENG, yg penting  KITA TOLAK ANWAR IBRAHIM!! Kepada ahli2 PAS yg lain, BERUBAHLAH SEBELUM ANDA DIUBAH..” 

(begitulah lebih kurang ayat ustaz reza, mereka jd begini sbb kecewa bila PAS bertuankan DAP, PAS sekarang tidak seperti dahulu..PAS skrg seperti rojak pesembuq)

Published with Blogger-droid v2.0.10

PSY Manager - Malysian Govt did not pay for the Penang PSY Performance

Scooter Braun Projects, the company that manages South Korean megastar Psy who shot to fame after the "Gangnam Style" song, stated today that they had never been engaged or paid by the Malaysian government for the artist's recent performance in Penang.

In a statement issued to Bernama today, the management stressed that news and articles circulating on the internet, suggesting otherwise were therefore pure conjecture and manifestly untrue. "Scooter Braun Projects wishes to categorically state that we have never been engaged or paid by the Malaysian government for the artist's recent performance in Penang, Malaysia," said the statement. The management also denied allegations on blogs claiming that the Malaysian government sponsored the artist's performance at the 1Malaysia Chinese New Year Open House, last Monday. Yesterday, Prime Minister Datuk Seri Najib Razak clarified that the performance by Psy at the 1Malaysia Chinese New Year Open House did not involve any public money. He also said the public was not charged a fee to watch the artiste who popularised the 'Gangnam Style' dance moves. Psy's show was one of the highlights of the well-attended event organised by the Penang Barisan Nasional at the Han Chiang College. - BERNAMA
Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday, 13 February 2013

[video] Wajip Undi UMNO BN - Haram Undi PAS PKR DAP

Umat islam telah diperingatkan akan haram hukumnya mengundi Pakatan Rakyat yang melibatkan PAS DAP dan PKR dengan alasan di yutube dibawah. Manakala adalah wajip mengundi UMNO dan Barisan Nasional. Selamat beramal... Watch "PC Ustaz  Mohd  Syamsul Mohd  Yusoff al Hafiz" on YouTube
Published with Blogger-droid v2.0.10

Bila 14 Suku Kaum Sabah Restui Anwar Bergelar Huguan Siau

Inilah manusia yang paling patut dipertikaikan akan tindakan memainkan polimik politik sehingga sewenang-wenangnya melanggar adat resam 14 suku etnik sabah.

Kegairahan Anwar serta kuncunya di Sabah boleh dianggap keterlaluan kerana kegairahan mereka mencari undi sehingga melampaui batas hak orang lain. Persoalan yang timbul adalah... Tindakan PKR Cabang Ranau Sabah yang mengada satu himpunan ceramah yang tidak sampai 500 orangpun. Telah mengangkat Anwar sebagai Huguan Siau. Apa itu Huguan Siau?

Huguan Siau adalah gelaran yang tertinggi dalam kehidupan Kaum Kadazan-Dusun yang merupakan nama kaum bumiputera asli yang terbesar di Sabah.

Salah satu teori mengatakan kaum ini asalnya dari suku Bunun di Taiwan. Kaum etnik Kadazan-Dusun ini menggunakan pelbagai bahasa dan dialek dengan pelbagai kebudayaan dan adat resam tradisional. Terdapat 27 suku kaum di dalamnya. Antaranya ialahDusun Liwan, Dusun Tindal, Dusun Pahu,Dusun Lotud, Bagahak, Dusun Labuk,Dusun Kimaragang, Tagahas, Tangara,Dusun, Rungus, Orang Sungai, Kuijau,Tambanuo, dan sebagainya.

Mengikut sejarah, pada mulanya Tun Fuad Stephens, Huguan Siou (Pemimpin Agung) pertama Kadazan, mencadangkan istilah Kadazan digunakan bagi menyatukan 14 suku kaum yang berkongsi kumpulan bahasa bagi memberikan mereka suara yang lebih besar. Ini dipersetujui oleh ramai, tetapi sesetengah orang Dusun mahukan atonomi lebih besar, dengan itu istilah Kadazan-Dusun dipilih sebagai tolak-ansur.

Itu sejarah soal siapakah yang layak bergelar Huguan Siau. Persoalannya sejak bila Anwar mendapat restu dari 14 suku kaum ini?

Ada 538 ribu jumlah penduduk mewakili suku kaum Kadazandusun Murut. Adakah yang datang itu mewakili semua kaum?

Malah layakkah orang luar yang tidak tahu menahu adat resam KDM. tiba-tiba dilantik bergitu sahaja sebagai Huguan Siau?

Apa jasanya sampai bergitu hebat sekali melanggar dan menghina adat resam orang lain?

Inilah wajah manusia yang tamak kuasa tampa memperdulikan akibat dan perasaan masyarakat pelbagai kaum? Itulah yang selalu dilakui oleh Anwar...

Anwar sememangnya tidak layak memangku Perdana Menteri sebab belum cukup matang membezakan batas yang tidak dan boleh dilalui. Anda boleh lihat dari setiap isu yang ditimbulnya demi mencari undi sebagai Perdana Menteri. PecahPalakMikir dengan manusia serakus ini...
Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, 12 February 2013

Siapalah Nik Aziz Ada Kuasa Tidak Ada Suara

Siapalah Nik Aziz ada kuasa tapi tidak ada suara. Apalah gunanya bila Karpal Singh telah tegaskan "Pilihan DAP adalah Anwar Ibrahim dan saya fikir pilihan ini akhirnya akan disokong Pas dan PKR kerana Anwar Ibrahim paling layak"

Hah nampak sangatlah yang PAS tidak afa calon yang layak langsung. Betulkah PAS tidak ada calon yang layak. Hendak ada macammana! kalau wajah-wajah yang punyai intragriti mewakili PAS awal-awal lagi kena pecat, kena cantas. Semua angkara Anwarinas....

Samalah cerita Anwar naik dalam UMNO dengan budaya mencantas dan sekarang PAS laaa pulak menjadi mangsanya. yang tinggal yang ini je...

Tetapi dua-dua tak boleh pakai langsung... Sekarang terserlahlah Pakatan Rakyat tidak ada calon yang sesuai sebagai PM tak caya rujuk sini http://bitly.com/Y5Z8oT
Published with Blogger-droid v2.0.10

Perang Dingin Anwar Dan Haji Hadi

Semakin hampir tarikh PRU13 semakin kecoh antara Haji Hadi dengan Anwar. Untuk menentukan siapa calon Perdana Menteri?

Pada Pecah Palak Mikir.... Biarlah PAS berperang sesama sendiri mendesak Haji Hadi sebagai PM mahupun DAP bertegang leher mempertahankan Anwar sebagai PM. Pada PecahPalakMikir... kedua-duanya tidak layak sebab Haji Hadi sering menipu akan dasar perjuangan yang ingin dibawa oleh PAS dan paling ketara Haji Hadi sendiri membuat tiga amanat dan dasar berbeza-beza dan bagaimana kalau dirinya sebagai PM? Langsung tidak ada integriti mahupun wawasan sebagai Perdana Menteri..

Manakala Anwar Ibrahim pula jenis berjanji kencing berlari... Semasa menduduki jawatan Timbalan Perdana Menteri langsung tidaj terfikir untuk menyumbang kepada negara. Kecuali idea PTPTN dan sekarang dia sendiri menyerang idea yang dibangunkan oleh Anwar sendiri.... Bergitulah tahap terdesaknya Anwar Ibrahim.

Itu kita belum ambil kira hubungan Anwar dengan kuasa luar. dengan mengaitkan UPCO dengan UMNO ketika dia menghadiri sidang NED yang pelopuri Yahudi Israel. dan jetika mulut lancang melafaz Mendukung keselamatan Israel.

Itulah Anwar Ibrahim dengan apa yang dijanji berbeza pula dengan apa yang diamal dan ditunaikan. Yang paling kerap mengkhianati bicara mulut sendiri..

Buat DAP yang beria-ia membela Anwar sebagai PM bukannya ada bibit ikhlas dan cuma menanti waktu untuk melihat siapa yang kena..
Published with Blogger-droid v2.0.10

Anwar Pura-pura Membuktikan Pemurah Ketika Lim Guan Eng Cekik Darah

Antara Perancangan dalam buku jingga yang diketuai Anwar Ibrahim dengan tindakan Lim Gua Eng membina rumah mampu milik dengan harga RM400K.

Terang-terang membuktikan tiada guna dengan tawaran gaji minima RM1100 yang dimainkan Anwar Ibrahim sebagai kaedah tagih undi. Kerana Lim Guan Eng meletakan taraf kehidupan perlu lebih tinggi dari itu.

Sesuatu yang jelas tindakan Lim Guan Eng mengwar-warkan Harga Rumah RM400,000 seperti menghalau Keluar warga miskin Pulau Pinang dengan Cara Halus DAP.

Dari sini jelas membuktikan tiada guna Anwar mendabik dada mampu membantu rakyat ketika Lim Guan Eng sedaya upaya mencari helah bagaimana memastikan Pulau Pinang miliknya tanpa memperdulikan warga kurang mampu berhak mendiami Pulau Pinang?
Published with Blogger-droid v2.0.10

Sunday, 10 February 2013

YB Selasing PAS Dipersoal Pengundi Sendiri

Emm inilah buat rakyat Pecah Palak Mikir
Published with Blogger-droid v2.0.10