Saturday, 2 March 2013

Flipina Mendedahkan Dalang Pembankang Malaysia Membawa Masuk Pengganas

Pada Jumaat lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersungguh-sungguh menuduh UMNO yang mereka-reka cerita kononnya pencerobohan 100 lelaki bersenjata di Lahad Datu, Sabah adalah atas jemputan pihak pembangkang. Sekarang isu ini telah menyebabkan kan berlakunya pemtempuran antara Polis Diraja Malaysia dengan Pengganas Mindanao. Akibatnya dua anggota kita telah terkorban. bukankah Anwar suka sangat adengan sebergini rupa?

Another Philippine military officer said the men were followers of the heirs of the Sultan of Sulu - an island group off the southern Philippines - who had been invited to Sabah by a Malaysian opposition politician to discuss land issues. Reuters

Tetapi apa kata Anwar Ibrahim "Itu Umno punya kenyataan bukan Reuters, siapa yang beritahu? Itu Umno punya," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Institut Rakyat oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Subang Jaya.


Persoalan 1... Kenapa Tian Chua dan Anwar Ibrahim menjadi semakin biadap dan gelabah menuduh semua ini rekaan UMNO BN? Malahan lebih menarik lagi ialah apabila mereka cuba mengenepikan Anwar Ibrahim yang didedahkan oleh Perisikan Manila dan media Filipina sebagai dalangnya dengan menuduh orang dalam UMNO yang menjemput lanun-lanun Sulu tersebut ke Sabah.


Kita jangan lupa Manila sendiri telah mengesahkan bahawa daripada tiga pihak yang mendalangi pencerobohan lanun-lanun Sulu itu, Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat memang terlibat secara langsung.

Jadi kenapa sekarang Tian Chua menjadi gelabah apabila tercetusnya tembak-menembak dengan cuba manipulasi isu dikalihkan kepada UMNO BN dari melindungi Anwar Ibrahim. Sedangkan  Anwar Ibrahim telah bertemu dengan Nur Misuari iaitu seorang pemimpin Mindanao yang telah terpinggir kerana sikapnya dan modus operandinya yang lebih menyerupai lanun apabila mencari sumber kewangan dengan cara menculik, melanun dan menjarah.

Perjanjian damai antara Mindanao dengan Manila telah mengenepikan Nur Misuari sebaliknya menaikkan Haji Murat, menyebabkan Nur Misuari terdesak untuk kembali menjadi Gabenor Mindanao.  ikuti kisah lanjut sini. Bukankah tindakan Anwar ini cuba mencari jalan menaikan imej dan krediblitinya sebagai pemimpin tersohor? 


Apatah dunia sekarang lebih mengenali Najib Razak sebagai pemimpin tersohor dipentas dunia kerana berjaya menagani dua sejarah besar iaitu 

–Selatan Filipina 
–Semenanjung Gaza 
–Rohingya di Burma 
–Kini di Thailand, PULO.

Anwar menjadi bertambah kecewa dengan peribadi Najib Razak diangkat sebagai Hero Dunia Islam/Kesederhanaan/Wasatiyyah. Bersambung......


Ayuh Sumbangkan Terima Kasih Kita Kepada 2 Wira Yang Terkorban Di Lahad Datu

Al Fatihah dan ucapan takziah buat kedua keluarga Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabarudin Daud kerana mereka berkorban demi agama bangsa dan negara.
Published with Blogger-droid v2.0.10

Bukti Abby Abadi Semakin Melampau

Tahap meroyan yang melampau Abby Abadi semakin menjadi-jadi dan seolah-olah sudah cekap/bijak mencampuri urusan pentas politik dunia.

Khabarnya sekadar lulusan SPM je? Emm layaklaa sangat untuk tunjuk bijak bermain politik atau hehe... sekadar jadi bahan bendul mengikut telunjuk kerana upah?

Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday, 1 March 2013

Manifesto Bukan Janji Anwar Kantoi Takrif Elektrik Makan Diri


Haha PecahPalakMikir bila manifesto main tangkap muat akhirnya terjerat makan diri.


Published with Blogger-droid v2.0.10

Video Tembak-menembak Insiden Lahad Datu

Gempar insiden tembak menembak di Lahad Datu




Sejauh mana kebernaran PPM tidak pasti tetapi boleh rujuk sumber idan detail dari sini

Pakatan Berlumba-lumba Monopoli Sebelum Hapuskan Monopoli

Hah inilah realiti Pakatan Rakyat yang berlumba-lumba manopoli jawatan untuk dinasti anak-beranak sebelum mereka berkeras menghapuskan manopoli.

Ehh betulke hendak hapuskan manopoli? Sebab semasa isu sampah sarap meletup-letup di Selangor. Kroni mana yang monopoli industri sampah selepas Alam Flora ditarik kontrak mengutip sampah? Kroni mana yang kawal pasir Selangor... Adus macam bakal lebih teruk je bunyinya.

Malah semakin hebat kalau diikut logiknya. Bayangkan Anwar 3 atau tidak mustahil 4 beranak bakal pegang jawatan tinggi! Huh berapa kali boleh monopoli tu? Malah lebih berkesan dan hebat lagi apa? Kena pulak Dinasti Guan Eng, Dinasti Karpal, Dinasti Ngeh, Nik Aziz dan Anwar... Perhhh banyak faktor manopoli tu! Betul ke dan boleh harap ke monopoli dihapuskan. Silap DAP makin buncit peruk ape?
Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday, 28 February 2013

Nizar Ketuanan Melayu Dihumban Ketuanan DAP Dibawa Mati ?

Bertapa hebat Nizar Jamaludin mahu humban ketuanan Melayu. Atas niat apakah? Adakah jatuhnya ketuanan Melayu maka berpecah-belah perpaduannya. Maka mudah dikotak-katikan. Maka mudah dimasuk jarum dari manusia pengkhianat agama bangsa negara sendiri.

Kemudiannya ketuanan DAP ketawa ke? Bagus biar kita berperang sesama darah agar mudah anak bangsa kita merempat dibumi sendiri. Kerana anak bangsa kalah dari segi ekonomi yang telah lama dimanopolikan dan apalah salah amanat Nizar mengharapkan kita korbankan Ketuanan Melayu dan merempat dibumi sendiri. Ohiyeeelaaahhhh..... Mungkin Ketuanan DAP harus dibawa matikan? Pecah Palak Mikir
Published with Blogger-droid v2.0.10

14 Sebab Anwar Tidak Layak Menjadi Perdana Menteri

Anda boleh perhatikan dan fikirkan? Nilaikan 14 sebab ini... Adakah faktor-faktor ini menyebabkan anda sanggup Anwar sebagai menjadi PM?

Published with Blogger-droid v2.0.10

Pratonton Anwar In The Wonderland

Apakah yang membezakan Anwar In The Wonderland dengan Alice in Wonderland kerana menawarkan janji-janji fantasi yang tidak mungkin mampu ditunaikan

Ini merupakan janji yang telah recycle dari PRU12 dan tidak mustahil di recycle kembali di PRU14. Apa hendak dihairankan Manifesto yang lepas ada kesilapan paling besar melibatkan royalti minyak Terangganu dan Kelantan.

Ini bukti jelas tiada perangkaan yang tepat dan sepenuhnya melibatkan jangka pendek dan panjang. Sebaliknya ia hanyalah TANGKAP MUAT. Dibuat secara tergesa-gesa tampa penelitian yang pasti samada boleh dilaksanakan atau tidak.

Satu bukti lagi yang perlu diberi perhatian. Nampak sangat Nik Aziz dan Haji Hadi kecewa semasa diatas pentas kerana tiada langsung apa yang dibentang menyebelahi dasar PAS. Jadi PAS wujud dalam Pakatan Rakyat untuk apa? Untuk menyemak atau menjahanamkan Agama Bangsa dan Negara?

Anda percaya ke tidak akan wujud suara penafian yang menghalalkan Manifesto di PRU13 tidak dilaksanakan seperti mana Khalib Ibrahim mengatakan Manifesto bukan janji jadi apa guna kita taksud dengan cebisan dokumen sampah oren. Adakah manis mulut hanya membuat kita terawang-awangan dengan dunia Anwar In The Wonderland?

Fikirkanlah jikalah semua kutipan tol dimansuhkan. PTPTN dihapuskan! Subsidi minyak diberlanjakan 2 kali ganda malah semua skim Tranformasi Najib Razak ditawarkan Pakatan dengan 2 kali ganda kos. Walaupun tawaran ini dinamakan Makanan Haiwan oleh Nik Aziz..... Anda rasa hutang negara dari 53% akan menyamai 105% seperti Singapura?

Dihintungkan lagi royalti Petronas terpaksa bayar 3 kali ganda kepada Negeri Pengeluar dan pembiayaan Subsidi dikorek lagi dari tabung Petronas.... Jadi bagaimana Petronas untuk mengeluarkan modal pengalian sumber baru? yang kita tahu menyamai hampir setahun keuntungan pengeluaran dan kos ini meningkat dari masa ke masa berdasarkan harga pasaran bahan pembinaan.

Jadi bagaimana kerajaan baru beroleh hasil pendapatan? Adakah dengan mengenakan cukai sampai tahap petani dan nelayan biasa? Hendak harap Lynas dan Felda... Bukankah Pakatan berjanji mahu tutupkan?

Mengenai subsidi elektrik baru... Pakatan hendak tutup Bakun tetapi menaikan subsidi elektrik... jadi bagaimana Pakatan mendapat dana baru untuk tampung semua ini ketika arang batu semakin mahal? Hendak buang Konsesi Bebas IPP... Berapa ratus bilion Pakatan harus bayar pampasan..... Duit mana dia hendak ambil? Petronas lagikah?

Inilah dinamakan PecahPalakMikir "Anwar In The Wonderland" gila!! Nang Pecah Palak Mikir....
Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday, 27 February 2013

7 Sebab Buat Anwar Panas Hati Dengan Manifesto Pakatan Rakyat


Walaupun nampak perasmian manifesto PR berlangsung dengan baik, rupa-rupanya timbul isu bahawa Anwar tidak terlalu berpuas hati dengan pembentangan akhir yang dilakukan. Paling merisaukan Anwar adalah kekurangan penambahbaikan cadangan yang dikemukakan sebelum ini. Nampak macam tangkap muat.

Anwar maklumkan bahawa dia menerima ratusan sms yang merasakan manifesto PR kali ini kurang menarik dan belum mampu menjamin kemenangan. Banyak isu yang masih belum diperhalusi dengan teliti. Antara bab yang paling dirasakan tidak cukup tarikan adalah soal pengangkutan awam. Anwar sendiri mengakui bahawa ianya terlalu retorik dan tidak memberikan cadangan yang lebih konkrit. Dana RM2b yang dikemukakan terlalu umum dan tidak diberikan pernyataan secara spesifik.

Selain daripada itu, Anwar juga mengemukakan ketidakpuasan hati dalam beberapa perkara:-
1. Kehadiran yang tidak memuaskan hati. Tidak menampakkan solidariti PR yang sebenar.
2. Terlalu banyak penubuhan Suruhanjaya, tidak menampakkan ‘urgency’.
3. Bab khas mengenai ‘sumber’ kewangan untuk melaksanakan bajet tidak dimasukkan.
4. Tidak banyak penambahbaikan berbanding Buku Jingga.
5. Belum cukup tarikan untuk menang PRU.
6. Bab mengenai Islam terlalu retorik – Anwar minta Pas perbaiki dalam manifesto mereka di peringkat negeri.
7. Tumpuan Rafizi tidak fokus kepada manifesto – terlalu melihat peluang kemenangan di Pandan.8. DAP kelihatan tidak komited dengan manifesto kali ini.

Persoalannya, apakah Anwar tidak melihat dahulu teks akhir cadangan manifesto ini? Jika benar, apakah akan ada usaha pembetulan kepada manifesto nanti.Anwar mahu manifesto ini dikaji semula, melihat kepada cadangan yang bakal dikemukakan oleh BN nanti. Anwar sedang usahakan untuk mendapat info dan maklumat mengenai manifesto BN daripada sumber yang beliau kenali. Katanya seorang bekas Setiausaha Politik akan memberikan info menyeluruh mengenai manifesto BN dalam masa yang terdekat ini.
sumber http://gelagatanwar.wordpress.com/2013/02/25/manifesto-pr-anwar-kurang-puas-hati/
Published with Blogger-droid v2.0.10

Video Pesta Liar Tokoh Pakatan Rakyat


Heh apa nak dikata u orang tengoklah sendiri beb! Lengok! Lengok mengejar Putrajaya Pesta Liar Tokoh Pakatan Rakyat
Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, 26 February 2013

Manifesto Anwar Bakal Perangkapkan Malaysia Digenggaman IMF

Manifesto Pakatan Rakyat yang dirangka dan dinamakan Buku Jingga oleh Pakatan Rakyat. Dibuat tampa kajian terperinci termasuk tersasar dari kerangkaan jangka pendek dan panjang untuk pertumbuhan ekonomi negara.

Pakatan Rakyat terus menjadi bahan kritikan apabila manifesto mereka dibidas sebagai tidak praktikal dan bakal memufliskan negara.

Bagaimana Pakatan akan membiayai janji-janji manifesto mereka?

Manifesto Pakatan Rakyat terang-terang tidak disertai dengan rancangan menyeluruh, malah banyak perkara telah pun dilaksanakan oleh kerajaan, contoh ETP/GTP.

Harus diingat rakyat terutama dari Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah sudah serik dan menolak manifesto Pakatan, dan menuduh Pakatan tidak akan menunaikan janji-janji mereka lagi. Manifesto 2008 pun Pakatan tak terbuat. Lupakan saja Manifesto 2013 ini. Pakatan Manifesto: Tindakan populis terlampau Pakatan mahu beri percuma serta turunkan harga pelbagai jenis barangan/perkhidmatan tapi tidak beritahu bagaimana mereka hendak biayai semua itu. Jika separuh manifesto pakatan terlaksana, negara akan muflis.

Jika Pakatan Rakyat bertindak melaksana segala ini tanpa mempedulikan kemampuan negara akan memyebabkan negara akan alami difisit hingga RM233bilion dan yang pasti setelah menggugur dan menutup sumber pendapatan negara seperti Lynas, menghapuskan cukai kereta, memansuhkan PTPTN, dan banyak lagi bakal menyebabkan negara kekurangan dana dan sumber pendapatan. Akibatnya level yang wajib bayar cukai akan diturunkan keparas hingga petani nelayan kena bayar cukai hingga 80% rakyat terpaksa membayar cukai. Atau Petronas menjadi mangsa tidak dapat melebarkan cari gali baru kerana kekurangan dana dan akhirnya pendapatan semakin berkurangan.

Lepas itu apa? Adakah negara perlu melutut depan IMF memohon bantuan dan pakai dahulu dan bayar kemudian? Bayar dengan apa kalau dah miskin, hendak bayar dengan aset atau menjual aset utiliti negara seperti yang pernah berlaku di Indonisia?

Rujuk sini Kad Kredit Anwar Berapa Had Nilai Maksimumnya http://bitly.com/YU1xnI
Published with Blogger-droid v2.0.10

Anwar Tak Mahu Mengalah Bersaing Dengan Kehebatan Najib Razak

Inilah Anwar Ibrahim sanggup merangka apa sahaja, walaupun melangkaui dari kemampuan diri sendiri. Bagaimana Anwar hendak buktikan jika sebelum ini Pakatan gagal merialisasikan di Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor. Mari kita fikir dalam bahasa paling mudah!

Mengikut rekod Najib Razak telah berjaya merangka menyedia dan membawa masuk pelabura baru untuk jangka panjang terutama menuju destinasi wawasan 2020 iaitu sambungan dari usaha Tun Dr Mahathir. sebagai contoh pada bulan september 2012, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan tujuh lagi projek di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) dengan pelaburan RM5.6 bilion yang akan mewujudkan 18,522 pekerjaan. Pelaburan itu dijangka menjana pendapatan negara kasar (PNK) bernilai RM2.36 bilion.

Keseluruhannya 28 projek sudah diumumkan di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) tahun ini membabitkan pelaburan RM26.07 bilion yang akan menjana PNK bernilai RM6.96 bilion serta mewujudkan 51,130 pekerjaan menjelang 2020. 

Ini baru salah satu dari pelbagai usaha lain. Tetapi amat berbeza buat Anwar mewakili Pakatan Rakyat yang sekadar pandai menabur janji tetapi tiada perangkaan kursus bagi jangka pendek dan panjang.

Jika Anwar seorang yang konsisten dengan apa yang rangkanya. Kenapa Anwar gagal membantu atau merialisasikan sesuatu berkenaan peluang menjana pekerjaan di Kelantan yang kritikal ketiadaan peluang pekerjaan baru sehingga 500'000 rakyat terpaksa merantau ke Negeri lain..

Bergitu juga dengan Selangor yang menghadapi masalah untuk membolehkan kemasukan pelaburan baru angkara pertelingkahan isu air di Selangor.

Manakala Pulau Pinang Guan Eng tidak punyai kemampuan untuk menjana kemasukan pelaburan baru dan apa yang berlaku di Pulau Pinang pelaburan masuk hasil usaha Mukhriz yang sering keluar negara untuk menarik pelabur dan Guan Eng menempek tumpang nama.

Kedah yang hanya pandai mencerah dan menceroboh hutan untuk pembalakan. Apa sudah jadi dengan PAS mengwar-war melobi pelabur dari China datang melabur di Kelantan pada 2011-2012 dan dimana hasilnya?

Dari sudut lain Pakatan Rakyat sering mensabotaj usaha kerajaan yang menggerak usaha penjanaan sektor ekonomi baru seperti Lynas yang dijangka mampu membawa jumlah besar dari pelbagai model industri kecil dan besar masuk setelah Lynas dapat membekalkan bahan keperluan asas untuk industri.

Itu isu penipuan sumber pekerjaan baru dan sudah pasti ia merangkumi faktor lain termasuk usaha Anwar mahukan tangga gaji asas pada kadar Rm1100 hingga Rm2225? Anda rasa kalau setiap berkelulusan SPM kebawah, boleh dapat tangga gaji asas RM2000 akan menjadi daya penarik yang kuat buat pelabur datang ke Malaysia, sedangkan China dan Indonisia memberi tawaran gaji lebih rendah.

Bagaimana pula dengan inflasi dan kenaikan harga barang setelah Pakatan tergila-gila buat kerja sabrono? Di Malaysia biasanya berkelulusan SPM ke bawah harus bekerja bersungguh-sungguh menimba ilmu dan pengalaman (walaupun tidak menerus lanjutan pengajian) untuk menikmati tangga gaji lebih bagus hingga ada mencecah RM5000 kerana mereka rajin dan berpengalaman. Tetapi apa yang Pakatan Rakyat mahu samaratakan semua walaupun tidak berpengalaman. Inikah dinamakan petancangan terbaik PR? Bersambung edisi seterus nanti.. Adakah kita bakal jadi mangsa IMF PecahPalakMikir
Published with Blogger-droid v2.0.10

Kad Kredit Anwar Berapa Had Nilai Maksimumnya


Anwar Ibrahim sememangnya hebat mengatur bajet dan mencari dana untuk PRU13. Sehingga sekarang sukar untuk diletakkan berapa nilai had kemampuan PKR mengluarkan dana untuk PRU13. Mungkin poster dibawah boleh memberi sedikit penjelasan bertapa hebatnya Anwar Ibrahim bermain dan mendapat sokongan politik.

Tetapi pemberian sebergini boleh menimbulkan persoalan adakah terdabat dana susulan diketika PRU13 tinggal dalam 2 minggu lagi untuk diumumkan. Kita sepatutnya berasa gusar jika berlaku pakai dahulu dan bayar kemudian...



Anda boleh rujuk disini untuk mengetahui lebih banyak info siapa Anwar Ibrahim sebenarnya http://www.anwaraidc.com/?p=1728
Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, 25 February 2013

Rakyat Sarawak Dijemput Ke Himpunan Barisan 1Malaysia


HIMPUNAN BARISAN 1Malaysia adalah seminar terbuka untuk mengumpul semua facebooker mendukong Gagasan 1Malaysia. Anda adalah dijemput dan masuk adalah percuma termasuk makan dan minum disediakan termasuk risalah maklumat Gagasan 1Malaysia.

Sekiranya ada kemusykilan sila emailkan seperti alamat diposter

anjuran SEKRETARIAT HIMPUNAN BARISAN 1MALAYSIA

Tempat
DEWAN MAJLIS ISLAM, JALAN HAJI TAHA

pada
27 FEBRUARI 3013 (RABU)

8.30 pagi
- Ketibaan Para Peserta / Pendaftaran

9.00 pagi
- Lagu Negaraku
- Bacaan Doa

9.15 pagi
- Ceramah 1: Dato Dr
Idris Haji Buang
Penceramah Bebas
Tajuk: Senario Politik Semasa

11.00 pagi - Ceramah 2: Dato
Ahmad Haji Maslan
Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

12.30 tgh - Majlis Penutupan
-Ucapan
- Penyampaian Cenderahati
- Sesi Bergambar beramai-ramai

1.00 petang
- Makan Tengahari
-Bersurai
Published with Blogger-droid v2.0.10

Strategi Pembohongan Manifesto Pakatan Rakyat Terbongkar


Strategi Pakatan Rakyat untuk menarik pengundi semakin menjadi faktor terdesak demi mengatasi kemampuan Tranformasi Kerajaan di bawah kendalian secara langsung oleh Perdana Menteri Najib Razak.

Berdasar situasi tersebut, Pakatan Rakyat terpaksa mengguna pakai semula segala janji PRU12 dan dilakukan berberapa perubahan untuk PRU13. Wahal janji-janji yang lampau gagal ditunaikan.

Pakatan gagal tunaikan janji-janji PRU12. Banyak contoh di Selangor, sampai kena saman. Belum kira negeri lain lagi. Sudah 22 tahun PAS perintah Kelantan, ada 22 janji yang tak ditepati.

Jadi bagaimana anda dapat terima prinsip Manifesto bukan janji untuk anda menerima manifesto terbaru PRU13? Kalaulah manifesto bukan janji... abis kita hendak gelar apa?

Ikuti siri kedua kad kredit keluaran Pakatan Rakyat di PecahPalakMikir.Blogspot.Com
Published with Blogger-droid v2.0.10

Najib Razak Luahkan Erti I'm4U Rakyat

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sebagai Perdana Menteri beliau tidak akan menjual maruah kerajaan, menjanjikan sesuatu yang tidak mungkin ditunaikan. Katanya beliau tidak akan korbankan masa depan rakyat dan negara kerana hendakkan undi dalam pilihan raya.

"Kita mesti ada prinsip dalam perjuangan, dalam hidup kita mesti ada prinsip sebab itulah pilihan raya umum bukanlah tentang siapa akan menang tapi destini negara kita...masa depan penentuannya akan kita tentukan tak lama lagi."Oleh itu, marilah kita kuatkan semangat, rapatkan barisan, tanam dalam hati bahawa kalau parti menang, masa depan dan hari esok masih ada," katanya pada majlis perjumpaan kepimpinan akar umbi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan di sini, hari ini.Najib yang dalam rangka lawatan kerja sehari ke negeri ini sebelum itu mendengar taklimat BN negeri.

Turut hadir Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan; Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang; Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Shaziman Abu Mansor dan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Hasan Malek.

Perdana Menteri berkata BN perlu berpakat dan mencari formula terbaik sebab kekuatan dalaman adalah amat penting kerana sekiranya BN kalah ini menunjukkan BN tidak bersatu dalam erti kata sebenarnya.

"Oleh itu, kenal lah diri sendiri, kekuatan kita, kelemahan kita, kelemahan musuh dan kekuatan musuh...segala kelemahan kita perbaiki, saya yakin dan percaya bumi Negeri Sembilan ini BN akan bertambah lagi kuat.

"Perdana Menteri berkata sokongan rakyat kepada BN pada hari ini semakin baik sebab rakyat sudah yakin."Hak sebelah sana (pembangkang) cakap, janji tapi yang buat kita (BN)...yang laksana BN lah. Senanglah nak janji, sesiapa boleh janji...janji mansuh PTPTN, tol, kurangkan minyak, free ini itu...senang...tidak payah ada kelulusan, siapa pun boleh cakap. Tapi pilihan raya memilih kerajaan yang bertanggungjawab, yang boleh bawa kita ke masa depan yang jauh lebih baik, yang menaikkan martabat, maruah bangsa dan negara.

"Inilah kerajaan kita, kerajaan BN. Kita tak tipu rakyat, kita tak menjual dasar populis, kita adalah kerajaan yang bertanggungjawab untuk masa depan negara," katanya.Beliau berkata rakyat kini semakin yakin dengan kerajaan BN kerana kerajaan memastikan setiap janji termasuk yang diumumkan dalam Belanjawan ditepati dan ditunaikan."Mereka (rakyat) terima BR1M 1(Bantuan Rakyat 1Malaysia) RM500 tapi saya diberitahu BR1M 2.0 lebih lagi penerimaannya...ada yang salam sampai kucup tangan, ada yang salam kata kali ini saya undi BN. Sebab tu kalau ada pemimpin yang sudah pun cakap celupar, yang telah sasau....saya tak hairan kerana rakyat akan mengadili pemimpin sebegini."Saya dah pergi banyak tempat...bila saya salam dengan orang, saya rasa salam macam dia nak sokong saya...tak taulah kalau kena tipu, tapi bila dia salam itu rasa macam betul-betul nak sokong kita."Rakyat biasa semua salam, tengok lain macam tapi kalau saya terlepas pandang dia panggil supaya saya salam dia. Ada yang kata I love you dan yang tak pandai bahasa Inggeris pun, orang, wanita kampung ini boleh cakap IM4U," katanya.

Perdana Menteri berkata sejarah telah membuktikan kalau perubahan itu berlaku berdasarkan dari atas ke bawah dan mendasari kehendak rakyat, perubahan itu memberi manfaat kepada rakyat dan negara."Kita boleh menyingkap sejarah peradaban Jepun misalnya dari atas ke bawah. Kita boleh bagi contoh lain dan yang terkini Arab Spring, belum lagi menampakkan apa yang diharapkan iaitu dividen keberhasilan daripada kejutan tersebut menghampa dan mengecewakan rakyat negara tersebut.

"Sebab itulah transformasi lebih baik daripada reformasi. Reformasi mengajar rakyat berdemonstrasi, akhirnya baling kerusi, tapi transformasi membawa kita kepada kejayaan dan manfaat kepada negara. Mereka (pembangkang) mengajar rakyat untuk tunjuk perasaan buat demonstrasi jalanan, kita (BN) membina sikap rakyat.Kalau tak setuju pun buatlah perjumpaan secara aman...patuhi undang-undang. Dia (pembangkang) suruh rakyat langgar undang-undang, kita (BN) didik rakyat supaya hormat undang-undang."Dia (pembangkang) janji macam-macam, bila kita buat janji, ditepati dan mereka gelisah,..sebab apa, sebab BN janji ditepati...pembangkang janji kosong," katanya. - Bernama
Published with Blogger-droid v2.0.10

Sunday, 24 February 2013

Video Kezaliman Kerajaan PAS Anayai Pemandu Teksi Kelantan

INIKAH YANG DINAMAKAN PIMPINAN ULAMA PAS? Jika benar mereka mengagungkan akan membasmi penindasan dan rampasan hak rakyat kenapa video ini menggambarkan sebaliknya? Watch "Rampas Hak Rakyat" on YouTube
Published with Blogger-droid v2.0.10