Saturday, 8 June 2013

Kemelut Dikalangan Cybertrooper BN Sarawak Part 1

Semalam atas semangat memperjuangkan Agama Bangsa dan Negara PPM telah mengeluarkan isu Wajarkah Orang Yang Sama Terajui Bajet Cywar 14. Pada hari PPM ingin membuat berberapa pencerahan mengenai Kemelut Dikalangan Cybertrooper Sarawak.

PPM pernah terbaca berbagai cerita yang dimainkan oleh pelbagai sumber blog dan portal samada dari BN, PR dan Sumber Naungan Diragui. Kenapa dikatakan sumber portal diragui? Kerana dikalangan komuniti blogger Sarawak dan orang-orang politik Sarawak masih tertanya-tanya dengan pelbagai bukti, siapa sebenar penerbit Sarawak Report. Adakah betul-betul milik PR atau ada orang BN yang menjalankan demi agenda tertentu? Sampai sekarang sukar untuk dijawap. Tetapi peranan Sarawak Report cukup menghuru-harakan dunia cywar Sarawak. PPM akan bukakan nanti...

PPM mula berkecimpung sebagai blogger sejak bulan 4 2012. Tetapi ilham membuka blog terus-terang dari Tun Faisal dalam satu pertemuan UMB di KL. Bukan PPM nak bodek tetapi ini kenyataan yang sebenar. PPM sebenarnya hanyalah Facebooker yang pantang berdebat di Fanpages Pemuda UMNO Malaysia dan Admin PUM yang menggilap perjalanan PPM dari pelbagai segi termasuk undang-undang. Orang itu adalah Razman Hakimi seorang yang amat prihatin terhadap nasib cybertrooper dibawahnya tetapi sayang dia bukan pelobi mendapat dana.

PPM pernah bertemu dengan UnreportedNews. Untuk pengetahuan anda, inilah blogger pertama yang bukan dari UMB Sarawak datang untuk berjumpa dengan PPM untuk menyertai Team Anak Sarawak Blogger. Tetapi PPM menolak kerana   telah diserap masuk ke UMB Sarawak. Salfian bersikap terbuka cuma PPM masih ingat apa kata "Oklah BRO nanti kau masuk dan rasa sendiri bagaimana bernaung di bawah UMB Sarawak". Itu kalau tak silap dalam bulan 10 2012.

Sekarang selepas PRU memang betul PPM cabut lari seperti mana cerita di blog UnreportedNews. Pernah satu masa kononnya blogger ini didedahkam oleh Sarawak Report, team Bloggers Anak Sarawak telah mendapat gaji RM3000 sebulan dengan pelbagai kemudahan. Tetapi hakikatnya PPM tahu yang mamat ini sengket mak aii sampai laptop yang rosak belum lagi terganti-ganti. Tetapi biasalah semua orang fikir blogger macam kami ni senang dan kaya dengan pelbagai peruntukan tetapi hakikatnya kadang-kadang hendak beli susu anak pun tak ada. Malah kereta dan roadtax belum terbayar-bayar sehingga sekarang itu pengalaman PPM dan Salfian dua kali lima jugalah. Nasib baik kami semua ada kerja 9 hingga 5 tetapi fikirkan mana masa bekerja dan berjuang. Bagaimana kami atur masa dari kerja cari makan, mengkaji isu, buat posting blog, melukis poster, blast, twit dan jaga fanpages? Tuhan saja yang tahu... Yang pasti hari-hari lebih ramai yang memaki dari memuji.

Kemudianya PPM juga rapat dengan Audie61. Sesungguh mamat ini memang selalu buat hal tetapi kalau anda dekatinya anda akan kenal siapa Audie sebenarnya. Dengan sebuah kereta ipsum buruk belum terganti-ganti tentulah PPM tidak faham bagaimana Unspinner boleh kaitkan Audie dengan dana 3 juta yang dikatakan diperuntukan kepada UMB Sarawak pada PRN Sarawak lepas. Anda baca link bawah ini


Untuk pengetahuan semua semasa PRN Sarawak 2011 bukan melibatkan blogger Sarawak semata-mata tetapi ia juga bantuan team dari UMB Pusat datang membantu kerana masa itu seluruh jentera PR dari semenanjung, berkampung di Sarawak. Dan setahu PPM peruntukan tidaklah keluar sampai 3 juta tetapi hanya 1.9 juta. Tetapi fikirkan logistik Sarawak bagaimana? Cuma yang PPM tidak faham kenapa Malanau Blogger dan tidak silap Rajahmas pun ada lari meninggal UMB Sarawak selepas PRN. Adakah mereka alami nasib sama seperti PPM itu kena tunggu apa Malanau Blogger katakan. Tapi Muka Petang masih bersama UMB sehingga sekarang.

Perlu difikirkan juga team UMB pusat hantar ramai team termasuk Reformasin ke Sarawak malah Razman dan Tun Faisal juga berkampung di Sarawak selama dua minggu.

Tetapi soal Audie, PPM tahu dia ada team sendiri di bawah SPDP dan jenteranya ramai juga kerana mereka menumpu perhatian kepada bangsa bukan dari golongan melayu bagi posting berbahasa ingeris, iban dan cina. Jadi anda bayangkan berapa ramaikah jenteranya jika untuk atur operasi bagi meliputi seluruh Sarawak?

Yang PPM tidak ada info adakah PRS dan SUPP mendapat sebahagian dari dana ini?

PPM ada bertemu Audie baru-baru ini dan ini yang kami bualkan satu Audie ada cakap "apa benda dibelanjakan dia ada keluarkan dalam lapuran bertulis". Jadi anda fikirkan sendiri dimana kebenaran sebenar.

Apa yang perlu Audie dan Salfian dua-dua blogger yang bekerja untuk BN tetapi entahlah dalam politik ni perjuangan kadang-kadang jadi mainan politik individu tertentu. PPM akan sambung cerita ini dengan lebih panas lagi bagi siri 2 kerana ini baru intro...

Friday, 7 June 2013

Wajarkah Orang Yang Sama Terajui Bajet Cywar PRU14

Pecah Palak Mikir tidak pasti apa impaknya jika menulis isu ini. Tetapi PPM  pernah keluarkan isu fisabilillah ini, oleh itu memilih untuk bertawakal sahaja demi Agama Bangsa dan Negara dan kepentingan survival BN yang perlu diutamakan. Apatah kita bakal hadapi PRN Sarawak dalam tempoh dua tahun dan seterusnya PRU14.

Sekarang ini telah mula kedengaran, rundingan dan acara lobi-melobi untuk mendapatkan bajet bagi PRN Sarawak dan bajet PRU14. Kemungkinan besar calon yang mengjaga peruntukan terdiri dari orang yang sama.

PPM tidak kisah sangat siapa yang paling untung dan siapa yang teruk bekerja malah siapapun yg jaga amanah ini. Tetapi PPM ingin ajukan sudahkah kajian bedah siasat dilakukan secara terperinci untuk meneliti hasil usaha individu yang pernah diberi amanah untuk mengjaga jumlah dana dari 2009 betul-betul menjalankan tanggungjawapnya secara teratur dan amanah?

Perlu juga dinilaikan, adakah kayu ukur kejayaan cywar BN hanya kerana UMNO dan PBB yang menang besar sahaja? Bukankah patut dikajikan secara menyeluruh dari setiap kompenan parti yang terlibat. Bagaimana cybertrooper mereka bergerak dan apa masalah yang berlaku dari pemegang dana hingga ke bawah yang buat kerja? Siapakah paling banyak dan siapakah yg hampir dgn PMO?? Adakah ia menguntungkan kepada BNYCT??,UMB??,NADI RAKYAT??, MYKMU?? dan berberapa team lagi dan sejauh mana sumbangan mereka? Harus kita fikirkan juga.

Sepanjang 5 tahun, kita sering dihidangkan dengan cerita berjuta-juta dana dikeluarkan dari 2009 hingga 2013 untuk menjayakan misi cybertrooper. Betulkah ini berlaku? Jika betul duit itu digunakan untuk apa sebenarnya? Kepada siapa yang dapat dan adakah yang bekerja menjadi blogger dan facebooker siang malam turut menikmati sebahagian kemudahan.

Jika mereka ini mendapat dana dan sejauh mana diukur akan pencapaiannya? Sedangkan ada team yang mendapat sejak 2009 dan UMB kalau tidak silap sejak 2011. Persoalannya sejauh mana semua ini dimamfaatkan dan mencapai matlamat di pasca PRU13. Lihatlah kenapa boleh berlaku sunami undi cina dan ini juga faktor kita kena kaji?

Persoalan yang paling patut dibangkit, adakah semua cybertrooper yang sebenar buat kerja dijaga dan diberi perhatian akan keperluan untuk mereka bergerak? Adakah individu mendapat dana, cukup luas membuka mata dan meniliti siapa cybertrooper patut dibeti perhatian berdasarkan gerik?

 Ini mungkin ada mengatakan PPM tidak termasuk tetapi PPM pernah bekerja dibawah UMB Sarawak. Dari pengalaman PPM nampak banyak yang perlu kita kemaskinikan. Sekarang PPM semememangnya telah keluar secara suka rela dari UMB Sarawak tidak kisahlah walaupun mungkin tidak perdulikan lagi. Tetapi ini soal prinsip perjuangan dan bukannya soal  cari makan.

Juga perlu diberi perhatian, ini bukan persoalan kepada tanggungjawap UMB semata-mata tetapi kita harus ukur setakat mana kemajuan semua team yang wujud mendapat danan untuk berjuang sebagai cybertrooper bn tanpa memperdulikan dari mana individu cybertrooper itu benaung samada dari parti atau dari team. Tanpa melupakan cybertrooper yang tidak pernah diberi perhatian langsung. Bukankah kita semua 1BN?

Sebenarnya agak susah untuk menentukan KPI Cybertrooper BN sebagai contoh facebooker kerana mereka ini paling banyak menyebarkan apa sahaja usaha blogger, youtube dan email dari pusat untuk disebar dan ada yang siang malam berdebat mempertahan dan menangkis serangan PR.

Tetapi adakah mereka ini tidak diambil kira sebagai cybertrooper BN? 

Atau adakah peranan Cybertrooper tidak penting hingga ada yang menganggap sebagai sampah. Tetapi kenapa tiba-tiba boleh keluar cerita dana disediakan untuk memperkasakan cywar?

Hakikatnya siapakah yang benar-benar bekerja? adakah yang terima dana atau yang sekadar fisabiillah hingga sesen tidak dapat.

JANGAN ANGGAP CYBERTROOPER YANG DIIKHTIRAF HANYALAH DIKALANGAN MEREKA BERDEKATAN SEMATA-MATA ATAU DIKALANGAN MEREKA YANG BOLEH TURUT APA SAHAJA WALAUPUN DALAM KEADAAN DIPERALATKAN.

Apa yang PPM papar bukan untuk menunding kepada sesiapapun tetapi fikirkan bagaimana cara terbaik untuk perkasakan cywar PRU14? jika kita ingin fikirkan kepentingan survival BN berkekalan.

Cukuplah jadikan PRU13 untuk setengah-setengah individu mengkayakan diri. Beri tumpuan perjuangan sebenar iaitu memperkasakan Barisan Nasional tanpa memilih bulu dari parti atau team mana naungan anda.



Lim Guan Eng Fikirkan Pakatan Rakyat Parti Tunggal

Tiba-tiba Lim Guan Eng meluahkan rasa kecewa Barisan Nasional gagal berubah menjadi parti tunggal. Kenapa dengan Lim Guan Eng? Sikap Lim Guan Eng yang cuba nangkitkan isu, kononnya ini buktikan dalam Barisan Nasional amat amat subur dengan budaya perkauman.

Cukup lawak jika parti DAP bercakap soal perkauman sedangkan mereka cukup terkenal dengan budaya politik cauvinis yang amat melampau hingga menggangu-gugat keamanan negara ini.

Jika berani, Guan Eng boleh bandingkan kejayaan Barisan Nasional mengamal sikap bertolak ansur dan sepakat dengan pelbagai parti bukan melayu seperti MCA, MIC, Gerakan, SUPP dan sebagainya, bersatu dibawah bumbung BN selama lebih 5 dekat.

Bandingkan dengan DAP, bandingkan dengan PKR mahupun PAS. Dalam Pakatan Rakyat pertelingkahan berubut kerusi ketika pasca PRU13 menjadi semakin parah berbanding PRU12. Malah petelingkahan menentukan siapa MB Selangor juga berminggu-minggu baru dapat selesaikan. Kaedah terbaik Lim Guan Eng patut sarankan Pakatan Rakyat menjadi parti tunggal. 

Jika ini dapat dilakukan, DAP dapat menutup semua masalah perkauman dalam DAP. Ketika ini kemelut CEC DAP telah meningkat hingga kekemuncaknya dan menanti masa, ribut besar akan melanda dan meranapkan impian Lim Guan Eng menempatkan kroni setianya di dalam majlis tertinggi DAP.

Daripada Lim Guan Eng mahupun mana-mana orang Pakatan cuba ambil kesempatan menghina atau sengaja mendesak kajian BN parti tinggal atas agenda sulit PR. Lebih baik dalam Pakatan Rakyat sendiri fikirkan jadikan Pakatan Rakyat parti tunggal kerana ini boleh memberi bukti yang hujah Lim Guan Eng menyerang keengganan UMNO menjadikan BN parti tunggal adalah tepat.

Tetapi mampukah PR lakukan? sedangkan untuk daftarkan dan mendapat perjanjian hitam putih antara DAP, PKR dan PAS gagal dilakukan sama sekali. Ini cukup membuktikan Pakatan Rakyat jauh lebih teruk dari Barisan Nasional dan bagaimana sebuah perikatan yangbteruk ingin menegur Barisan Nasional yang lebih 5 dekat berjaya menyepadu perpaduan antara parti kompenan yang bernaung di bawahnya, malah siap dengan hitam putih dan di daftarkan. Jadi apa cerita yang Lim Guan Eng yang terlebih bongkak untuk tegur orang lain?



Thursday, 6 June 2013

Red Bean Army Lari Tapi Guan Eng Yang Gugup

Entah mengapa Guan Eng Menjadi tertekan sedangkan Red Bean Army lar kehadiran Red Bean Army terang-terang menjatuhkan Barisan Nasional dengan pelbagai kaedah hingga ada youtube Red Bean Army melakunkan bagaimana orang cina membuka baju BN demi menunjukan bertapa antinya mereka kepada BN. 

Tidak cukup itu dengan pelbagai sentimen perkauman dimainkan tanpa batas demi memujuk orang-orang cina tinggalkan Barisan Nasional. Kehadiran Red Bean Army memainkan pelbagai isu tanpa memikirkan batas-batas keamanan negara ini. Mereka sedar malah mereka juga antara gerakan yang menyiapkan video blackout sebelum PRU13 dan menyiarkan video itu setelah tamat hari mengundi pada 5hb 5 lepas. Itulah bertapa biadapnya Red Bean Army.

Sekarang Red Bean Army telah lari diri dengan menutup segala account FB malah memadamkan segala youtube yang sensetif dan melanggar batas norma kehidupan rakyat Malaysia. Tetapi kenapa Lim Guan Eng teresak hati?


Dari utusan..
Tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng cuba mengalihkan isu yang mengaitkan parti itu dengan tentera siber, Red Bean Army disifatkan sebagai pengecut.

Setiausaha Agung Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia, Zulkifli Sharif berkata, Guan Eng tidak perlu takut untuk mengakuinya jika beliau berpegang kepada kebenaran.

Menurutnya, sikap Guan Eng mengecam Utusan Malaysia menggunakan sentimen perkauman itu turut menunjukkan sikap sebenar pemimpin pembangkang tersebut yang berdolak-dalik.

"Guan Eng tidak perlu menafikan hakikat penglibatan DAP sebagai penaja Red Bean Army kerana sudah ramai tampil dan membuktikannya.

"Hentikan sikap 'baling batu sembunyi tangan', sebagai seorang pemimpin, beliau sepatutnya malu terhadap sikap tidak bertanggungjawab terhadap tindakannya sendiri," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, Guan Eng seolah-olah cuba menutup kaitan parti itu dengan pergerakan Red Bean Army dan mengalih isu sebenar dengan mengecam Utusan Malaysia kononnya mengaitkan isu tersebut dengan sentimen perkauman.

Sambil menunjukkan laporan akhbar Utusan Malaysia yang disiarkan Sabtu dan Ahad lalu, Guan Eng menegaskan, laporan-laporan tersebut sangat bahaya dan mampu merugikan negara kerana melibatkan keyakinan pelabur asing.

Zulkifli menambah, operasi tentera siber itu yang sering menimbulkan kemarahan, khususnya dalam kalangan masyarakat Melayu perlu dikenakan tindakan segera oleh pihak berkuasa.

"Ini demi keselamatan negara serta keamanan penduduk supaya tidak timbul isu perkauman yang sering dilaung-laungkan mereka," katanya.

Sementara itu, Presiden Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, Guan Eng tidak menyedari tindakannya yang cuba untuk menipu rakyat akan memakan diri sendiri.

Jelasnya, sikap tersebut tidak sepatutnya dimiliki oleh seorang pemimpin yang bercita-cita untuk mengetuai rakyat di negara ini.

"Guan Eng seperti cuba menutup bangkai gajah, tindakan itu tidak mampu menyembunyikan perbuatannya," kata beliau. Rujuk sumber penulisan



Wednesday, 5 June 2013

20 Serangan Tun Dr Mahathir Terhadap UMNO Setelah Pasca PRU13


Bagaimana mana rasanya jika anda berjuang dibawah parti yang anda sedar nyawanya dihujung tanduk. Sesungguhnya kita sedar BN menang besar dengan jumlah sokongan Melayu meningkat berbanding PRU12. Tetapi jangan yerlalu suka dan menafikan tekanan 680 567 undi melayu ini. Sesunghuhnya tiada salah kita mencari dimana silap parti ini demi membina kekuatan pada PRU14. Jika andainya kita tidak mahu meneliti kekurangan dan kelemahan daru sekarang dan bagaimana kita mahu memancu UMNO selama 5 tahun menuju PRU14? Jadi ada bagusnya kita ambil perhatian apa yang cuba disampaikan oleh Tun Dr Mahathir selagi dia masih berpeluang memberi pandangan. Tidak salah

1. Pada 11hb. Mei 2013, UMNO merayakan hari penubuhannya yang ke 63 dengan sembahyang dan tahlil, ucapan bersemangat dari Presiden Najib Tun Razak dan majlis makan malam. Tetapi UMNO pada 2013 ini bukanlah sama dengan UMNO 1946.

2. Pada 1946, pengasas UMNO yang berkumpul di Johor Baru bersemangat untuk menyelamatkan bangsa Melayu dari kehilangan bangsa mereka, dari kehilangan tanahair mereka, dari menjadi rakyat sebuah tanah jajahan British dan hilangnya Melayu di dunia.

3. Perjuangan pemimpin dan ahli pengasas UMNO pada masa itu ialah untuk bangsa, agama dan tanahair. Tidak ada tujuan lain yang menggerakkan mereka, sudah tentu tidak ada kepentingan diri atau niat untuk jadi pembesar negara merdeka dengan upah yang lumayan.

4. Oleh kerana itu mereka dihormati, dialu-alukan dan disokong oleh hampir semua orang Melayu. Mereka adalah pejuang dan jaguh dan orang Melayu datang berduyun-duyun untuk menyertai parti UMNO yang ditubuh oleh mereka.

5. Maka bersatulah Melayu, tanpa mengambil kira pangkat dan darjat, tanpa mempedulikan berpelajaran Melayu, Inggeris atau agama. Mereka semua Melayu samada dari negeri-negeri yang berlainan, dengan raja yang berlainan, atau apa-apa lain yang membezakan mereka.

6. Dan berbaris padat dan rapatlah mereka untuk perjuangan yang suci, perjuangan untuk menyelamatkan bangsa mereka, agama mereka dan negara mereka. Mereka tidak takut, tidak gentar dalam menghadapi kuasa besar British.

7. Dan berjayalah mereka dengan menewaskan Malayan Union, usul satu penjajah terkemuka, satu dari pemenang perang besar dunia. Dan terdirilah negara bangsa Melayu yang merdeka yang dikenali secara rasminya Persekutuan Tanah Melayu. Nama Federation of Malaya ialah terjemahan kepada Bahasa Inggeris dan dianggap oleh orang Melayu sebagai bukan nama rasmi.

8. Itulah UMNO enam puluh lebih tahun dahulu. Mereka disanjung, didukung oleh semua yang berbangsa Melayu di negeri-negeri Melayu dan di mana-mana ada orang Melayu.

9. Tetapi tidak pada hari ini. Sekarang UMNO tidak lagi dipandang tinggi dan tidak lagi disokong seperti dahulu. Sesungguhnya ramai orang Melayu meluat dengan UMNO, anggapnya tidak lagi relevan dan perlu ditolak pun.

10. Kenapa? Kerana UMNO tidak lagi berjuang untuk bangsa, agama dan tanahair. UMNO ternampak dan memang pun benar, berjuang untuk kepentingan orang-orang tertentu dalamnya dan ahlinya sahaja. UMNO berjuang untuk jawatan dan pangkat, untuk memperkayakan diri, untuk sagu hati, untuk poket sendiri.

11. Untuk ini mereka berusaha mengurangkan kemungkinan diri mereka dicabar, kurangkan kemungkinan diganti oleh sesiapa yang lebih layak. UMNO adalah hak ahlinya, hak pemimpinnya yang sedia ada dan bukan hak orang Melayu. Setelah mereka mendapat tempat jangan benar orang Melayu lain, terutama yang memiliki kebolehan tertentu, menyertai UMNO. UMNO adalah untuk pemimpin dan ahli semasa, dari ketua cawangan kepada ketua bahagian. UMNO tidak perlu tambahan ahli, tidak perlu penyertaan sesiapa lagi kerana ahli yang sedia ada perlu memelihara habuan mereka. Jika terlalu banyak ahli, habuan perlu dikongsi. Dan habuan yang dikongsi tentulah tidak sebanyak sebelum berkongsi.

12. Apa itu perjuangan untuk bangsa, agama dan tanahair! Bukankah yang sudah ada dalam UMNO, sebagai pemimpin atau ahli biasa terdiri dari bangsa Melayu, yang beragama Islam. Perjuangan untuk diri mereka bermakna perjuangan untuk bangsa mereka, bangsa Melayu, agama mereka, agama Islam. Oleh itu perjuangan untuk bangsa, agama dan negara sedang diteruskan, tanpa penyertaan Melayu lain.

13. Kesannya ialah hari ini ahli tidak bertambah selaras dengan pertumbuhan jumlah orang Melayu. Dan mereka terutama yang berkebolehan, yang berbakat tidak dibenar masuk UMNO lagi.

14. Yang boleh menyertai hanyalah yang kurang berkebolehan dibanding dengan yang sudah ada. Oleh kerana penyertaan dalam UMNO mestilah melalui cawangan, yang boleh masuk UMNO ialah yang kurang berkebolehan dari ketua cawangan.

15. Ketua cawangan manusia biasa yang boleh diserang penyakit, bahkan boleh mati pun. Satu hari ketua cawangan terpaksa lepaskan jawatannya. Penggantinya tentulah orang yang memiliki kebolehan yang kurang darinya. Dengan itu kebolehan ketua cawangan akan merosot sepanjang masa, tiap kali pengganti mengambil alih.

16. Dan ini akan terjadi dalam keseluruhan parti. Semakin lama semakin kurang pemimpin UMNO yang berbakat. Semakin lama semakin kurang ahli yang berbakat dan layak untuk menjadi calon dalam PRU. Calon payung terjun yang berbakat akan dikalahkan. Dengan itu pemimpin Kerajaan juga akan terdiri dari yang tidak berkebolehan.

17. Di mana pergi mereka yang berbakat ini? Mereka pergi ke mana mereka di terima, tentunya parti lawan.

18. Melihat UMNO hanya berjuang untuk diri sendiri semata-mata, dan tidak lagi untuk bangsa, agama dan tanahair, orang Melayu tidak lagi nampak kenapa mereka harus sokong dan jayakan semasa PRU orang yang utamakan kepentingan diri sendiri sahaja. Jika ada sahaja parti lain, mereka akan sokong parti itu. Hanya jika parti lain lebih buruk baharulah sokongan kepada UMNO diteruskan. Inilah yang berlaku pada PRU 13.

19. Mungkin kita boleh tepuk belakang kerana UMNO masih menjadi parti yang menang terbanyak dalan PRU 13. Tetapi ini bukan kerana orang Melayu masih sokong UMNO. Sebenarnya kemenangan UMNO dalam PRU 13 disebabkan mereka tidak ada pilihan. Mereka amat takut kalau-kalau Anwar Ibrahim menang bersama dengan DAP. Akan hancurlah harapan orang Melayu sama sekali. Seburuk-buruknya UMNO, ia masih berbau Melayu, masih lebih mungkin memelihara kepentingan orang Melayu. Justeru itu tidak ada pilihan bagi orang Melayu jika tidak sokong UMNO. Namun demikian dalam PRU 14 UMNO tidak boleh harap keadaan ini berterusan. Jika UMNO tidak bersihkan dirinya dari rasuah dan kepentingan diri, orang Melayu mungkin mencari jaguh yang lain.

20. Demikianlah riwayat dan sejarah sebuah parti politik yang lupakan usul-asal dan sebabnya ia ditubuh. Demikianlah berakhirnya perjuangan yang lari jauh dari matlamat asalnya. Dahulu lain, sekarang lain. Sejarah dan kecapaian dahulu tidak akan meraih sokongan selama-lamanya. Dahulu dahulu, sekarang sekarang. Hanya berharap kepada kata-kata hikmat Hang Tuah, “Tak akan Melayu hilang di dunia” tidak mencukupi. Mungkin Melayu tidak akan hilang di dunia, tetapi apakah jenis Melayu yang tidak hilang ini. Apakah mereka terdiri dari pencuci kasut, pemandu kereta, kuli yang terbongkok-bongkok menyembah bangsa lain yang menjadi Tuan mereka. Dan apakah nasib UMNO? Ia akan jadi cerita dongeng dalam buku kanak-kanak dizaman akan datang.

21. Inilah masa depan yang menunggu UMNO. Inilah masa depan sebuah parti yang cemerlang tetapi sudah hilang kegemilangannya. Inilah masa depan bagi yang tidak mahu sedar dan tidak mahu membetulkan diri.



22. Kata seorang penulis sajak di zaman dulu, “tidak ada yang lebih menyayat hati dari melihat bangsa ku dihina dan ditindas oleh orang”.

Cabaran Berat Pertama Buat Datuk Fadillah Yusof

Kejadian bot karam di belaga adalah sesuatu yang tidak dipinta, dan boleh juga dikaitkan dari kelalaian manjsia hingga membenarkan 205 penumpang. Dari satu sudut lagi kerana situasi agak tertekan kerana bot yang ulang-alik hanya sebuah tidak mampu memenuhi pemintaan pengguna terutama di musim perayaan.

Ini adalah faktor penyebab kenapa trajedi seperti ini berulang dan sebagai kerajaan yang mendapat sokongan penuh rakyat Sarawak pada pasca PRU13. Ini adalah amanah dan cabaran bagaimana untuk memenuhi kemudahan dari jangka pendek hingga jangka panjang. Rasanya Datuk Fadillah sudah terlintas apa yang patut didahulukan. 

Memandangkan situasi bot karam ini bukan setakat memberi tekanan kepada mangsa tetapi juga kepada mereka yang terkandas dan memelukan perkhidmatan ini demi meneruskan aktiviti kehidupan mereka. Semoga yang telah dilantik dan peruntukan yang telah diluluskan dapat dimamfaatkan secepat mungkin. Apatah Sarawak bakal hadapi PRN diantara 2 tahun ini.

Didiskriminasi Graduan Melayu Cecah 95.8%

Satu kajian yang dilakukan seorang penyelidik sebuah universiti awam mengesahkan wujud diskriminasi terhadap graduan Melayu yang memohon pekerjaan di syarikat swasta yang majoriti dimiliki kaum Cina dan asing.

Menurut kajian itu, faktor kaum lebih diutamakan berbanding kualiti pendidikan dengan graduan kaum Cina menjadi pilihan untuk dipanggil temu duga berbanding kaum Melayu yang merupakan penduduk teramai di negara ini.

Kajian selama enam bulan itu mendapati, syarikat yang dimiliki oleh kaum Cina dan pihak asing lebih mengutamakan graduan kaum Cina untuk bekerja dengan mereka.

"Daripada lebih 3,000 resume yang dihantar kepada syarikat terbabit, kaum Melayu hanya mempunyai 4.2 peratus peluang untuk dipanggil menghadiri temu duga.

"Kaum Cina pula mempunyai sebanyak 22.1 peratus peluang walaupun mereka mempunyai kelulusan setara dan lepasan universiti sama dengan kaum Melayu," menurut kajian itu.

Kajian tersebut hanya melibatkan graduan yang baru menamatkan pengajian daripada institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) tempatan yang memohon bekerja dalam bidang kejuruteraan, perakaunan dan kewangan.

Menurut kajian itu, graduan daripada IPTA yang dikenali dan diiktiraf iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) lebih diutamakan majikan.

"Sambutan majikan terhadap graduan IPTS adalah rendah dan hanya graduan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) termasuk kaum Melayu yang belajar di situ menjadi pilihan terutama dalam bidang perakaunan.

"Graduan kaum Melayu yang boleh menulis, bertutur dan membaca dalam bahasa Cina juga lebih berkemungkinan dipanggil menghadiri temu duga berbanding yang tidak mempunyai kebolehan itu," mengikut kajian itu.

Kajian itu merumuskan supaya kerajaan memandang serius isu berkenaan bagi memastikan diskriminasi terhadap graduan Melayu tidak berterusan.

"Sudah sampai masa kerajaan menerusi Kementerian Sumber Manusia menggubal Akta Peluang Saksama dan menubuhkan sebuah suruhanjaya bagi memantau pelaksanaan akta ini supaya tiada sebarang diskriminasi berlaku di negara ini," menurut kajian itu.

Benarkah Melayu Layak Pengerusikan DAP Kedah ?


Mungkin orang melayu boleh berasa megah sedikit apabila Zairil Khir Johari, anak melayu dilantik sebagai Pengerusi Baru DAP Kedah. Sayangnya hanyalah sebagai alat yang diperlukan untuk selesaikan masalah dan kemelut CEC DAP sebelum pasca PRU13.

Apa maknanya melayu hanya layak diwaktu-waktu begini sahaja. Hakikatnya mampukah tercipta sejarah melayu pengerusi DAP? Kita tahu yang cubaan DAP cuba menjadikan parti itu berasaskan pelbagai kaum yang boleh duduk serumpun. Tetapi jika kita telitikan semula CEC lepas 700 dari kalangan ahli yang tidak diberi kad jemputan adalah dari kaum india dan melayu.

Malah kemenangan Zairil Khir Johari dalam pemilihan CEC adalah kerana kononnya berlaku salah kira undi tetapi untuk satu kes sahaja? Dari situ jelas kita nampak semuanya  hanya drama terkini dalam DAP. hakikatnya sebelum itu dia antara orang melayu ditolak undi majoriti cina. Oleh kerana DAP takut hakisan kepercayaan kaum melayu dan india maka tiba-tiba timbul cerita salah kira. Itulah, boleh percaya ke?

DAP dikatakan parti berbilang kaum, ambil kira kepentingan Melayu, Cina dan India. Mereka kata akan bertimbang rasa dan tidak terlalu bersifat perkauman.

Kita dapat lihat di Perak selepas Pilihan Raya Umum Ke-12, Menteri Besar pada masa itu, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dari Pas terpaksa ikut telunjuk orang lain. Dia tahu nasibnya bergantung kepada undi. Kalau orang tak sokong dia takut, kerana itu dia ikut apa sahaja yang ditunjuk kepadanya

Oleh itu apa yang bakal berlaku kepada negeri kedah satu kisah baru kerana Kedah majoriti besarnya melayu. Apa sahaja DAP akan buat tetapi bolehkah DAP dapat lantik pengerusi dari kalangan melayu?

Monday, 3 June 2013

PAS Mangsa Kurang Ajar PKR


MUTAKHIR ini, PKR semakin kurang ajar dengan Pas. Sebaik sahaja PR berjaya menawan Selangor dalam PRU13, Ketua Wanitanya yang menang bertanding di kawasan saya, dengan bongkak berkata kerusi MB hak PKR. Cerminlah diri dahulu sebelum berkata, berapa kerusi Dun dimenangi.

PKR juga marah kepada Pas kerana menyebabkan mereka kehilangan kerusi Dun Kota Damansara dan Semenyih kerana Pas turut bertanding di sana. Jika tidak, PKR kononnya mendakwa, sudah tentu mereka mendapat dua tambahan kerusi menjadi 16, berbanding 14 yang diperoleh sekarang.

Ringkasnya, PR kalah di semua tujuh kerusi yang ditandingi sesama mereka melawan Umno. PKR menyalahkan Pas kerana ‘mengacau’ kerusi mereka.

PKR tidak membuat muhasabah diri, siapakah pemilik asal kerusi Dun tersebut. Kalau boleh, semua kerusi mahu ditandingi bersama ultra kiasu, mengetepikan Pas.

Kadang kala, saya kasihan melihat Pas. Pas terlalu banyak berkorban untuk orang lain, sampai dirinya sendiri terkorban. Pas kelihatan seperti melukut di tepi gantang. Sedangkan, majoriti rakyat tidak sukakan Umno bersama Pas, bukan PKR, kecuali ultra kiasu.

Itupun Pas masih dipersalah oleh parti baru setahun jagung ini yang menyangka dirinya kuat. Tunggulah pemimpin nombor satunya ‘pencen’, kita akan lihat bagaimana rakusnya perebutan kuasa nanti.

Muhasabah untuk Pas, semua berlaku ada hikmahnya. Saya hormati pendirian Pas. Pas tidak mahu bersubahat dengan sosialis sekularis. Mereka ini menjadi duri dalam daging, menentang agenda Pas tegakkan negara Islam. Mereka tidak faham, jahil Islam, dan cuba berlagak hebat. Sebab itu PKR tidak ada majlis ulama, berbanding Pas. Jika adapun ulama PKR, mereka berada dalam dilema untuk jatuhkan hukum.

Saya memuji Pemuda Pas Selangor yang berani menempelak PKR, kerana kecabulan mulut pemimpin mereka menghina pemimpin Pas di khalayak ekoran ‘kehilangan’ dua kerusi tersebut.

Menurut Pas, PKR tidak seharusnya membuat kenyataan seumpama itu jika PKR tidak faham makna tahaluf siyasi. Memang PKR jahil soal selok-belok Islam. Mereka sanggup melakukan matlamat menghalalkan cara dengan memberikan laluan kepada calon sosialis sekularis.

Sosialis sekularis sukar memahami istilah ini kerana mereka tidak pernah terlibat dalam gerakan Islam. Mereka bekas ahli Umno yang kecewa dan ingin membalas dendam terhadap Umno. Mereka biasa hidup selesa. Mereka lebih selesa bersama ultra kiasu DAP daripada Pas. Pas mesti berhati-hati agar tidak diperalatkan dalam usaha tahaluf siyasi.

Untuk makluman pembaca, tahaluf siyasi merupakan konsep atau perjanjian dua pihak atau lebih untuk menjalin kerjasama menghadapi lawan, yang tidak bermatlamatkan Islam di dalam perjuangannya. Kerjasama ini boleh terjadi dalam beberapa bidang yang dipersetujui, untuk menghadapi ‘musuh atau lawannya’. Misalnya, kerjasama Pas dengan PKR dan DAP (walaupun menentang Islam) untuk melawan Umno. Sudah tentu ada ahli Pas berbelah bahagi dalam isu ini. Umno juga orang Islam dan mahukan Islam, cuma cara berbeza.

Sebahagian ulama seperti Sheikh Muhammad Qutb dan al-Syeikh al-Imam Abu Nasr Muhammad bin Abdullah, dengan tegas menolak langsung sebarang usaha melakukan kerjasama dengan mereka yang menentang Islam. Mereka hukumkan kerjasama ini haram. Ada juga ulama yang mengharuskan tahaluf siyasi seperti Dr Yusuf al-Qaradhawi, Dr Mustoffa al-Tohhan dan sebagainya.

Justeru, pelaksanaan tahaluf siyasi perlu dibuat secara berhati-hati, bukan semberono, sebab rakan dalam PR menentang agenda Islam Pas. Lagipun, Pas adalah parti jauh lebih senior daripada lain. Rata-rata kerusi dimenangi oleh PKR hari ini adalah milik Pas dahulunya. Pas serahkan kepada ultra kiasu Melayu atas dasar tahaluf siyasi.

PKR tidak ada apa-apa jika Pas tidak membantu dan menyokong mereka. Pas berdiri selama ini pun tanpa bantuan PKR, walaupun banyak kali kalah. Justeru, janganlah PKR terlalu takbur. Pas yang mematangkan PKR. Sebenarnya, PKR hidup atas belas ehsan Pas.

Sama juga seperti kedudukan MCA. MCA dapat bertahan sehingga ke hari ini kerana sokongan orang Melayu (Umno).

Kesimpulannya, Pas perjuangkan Islam. Sudah tentu lebih baik daripada PKR. Saya pasti memilih Pas jika bertembung dengan PKR. Memangkah PKR belum tentu dapat pahala kerana mereka tidak memperjuangkan Islam malah bersekongkol dengan ultra kiasu berpandu kepada sosialis sekularis.

Sunday, 2 June 2013

Kisah Nik Abduh Templak Anwar Ibrahim Sampai Terkedu



Ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim terus giat merancang perhimpunan Blackout 505 menentang keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz pula menerima kekalahan pakatan pembangkang dan menyifatkannya sebagai takdir Allah.

Malah, Ahli Parlimen Pasir Mas itu menerusi akaun Facebook miliknya hari ini menyatakan tidak terkejut dengan keputusan pada 5 Mei lalu yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) kekal membentuk kerajaan sekali gus menafikan impian Anwar bercita-cita menjadi Perdana Menteri.

“Keputusan yang diperolehi pada 5 haribulan (5 Mei lalu) adalah tidak mengejutkan saya. Saya mudah menerima takdir Allah dalam PRU kali ini berbanding kejutan takdir Allah dalam PRU 2004 yang begitu menggegar bahtera perjuangan Pas.

“Keputusan PRU-13 adalah kemenangan buat BN dan kekalahan buat pakatan pembangkang. Pas melalui Presidennya (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) menyeru rakyat menerima kekalahan. Ia adalah takdir Allah," katanya.

Nik Abduh turut menyentuh prestasi pembangkang di Sabah dan Sarawak yang kekalahan pembangkang di kedua-dua negeri itu membayangkan kelemahan jentera Anwar.

Kekalahan pakatan pembangkang di Sabah dan Sarawak jelas beliau, telah melenyapkan harapan pembangkang untuk memenangi Putrajaya seterusnya membentuk kerajaan meskipun berjaya menambah kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Semenanjung.

Dalam nada sinis, Nik Abduh turut menyifatkan janji-janji Anwar sekadar janji manis sehingga mengakibatkan ramai penyokong pakatan pembangkang menjadi mangsa ‘kencing manis akibat janji manis bergula’ Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

“Saya tidak faham politik janji manis dan harapan meranap gunung. Sepanjang saya berguru dengan TGNA (Tuan Guru Nik Aziz), TGHH (Tuan Guru Haji Hadi) dan guru politik dalam Pas, saya tidak pula diajar begitu selain berkata benar dan tegas.

“Ya, DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) bukan Pas dan beliau tidak perlu mengguna pakai kaedah Pas. Tetapi, saya jadi keliru melihat sebahagian mangsa adalah ahli dan pendukung Pas," katanya.

Beliau sehubungan itu menempelak ahli dan pendukung Pas yang sukar memahami maksud ‘menerima takdir Allah’ yang dianjurkan Abdul Hadi sehingga menganggap kekalahan pilihan raya lalu sebagai menyerah kepada kezaliman BN yang didakwa mempergunakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Saya sukar memahami sesetengah ahli Pas tidak memahami maksud beriman kepada takdir Ilahi.

“Sama ada saya menyalahkan DSAI atau menyalahkan ahli dan pendukung Pas sendiri yang terlalu kemaruk janji manis DSAI, saya tangguhkan buat sementara kerana mungkin juga kedua-duanya bersalah," katanya.

Nik Abduh turut mengakui Pas masih gagal memikat undi orang Melayu di seluruh negara termasuk kegagalan parti itu membantu sekutunya PKR mengekalkan tiga kerusi Parlimen di Kelantan yang mereka menangi pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.

Menurut beliau, Dewan Pemuda Pas sekitar tahun 2010 telah merumuskan bahawa Pas mestilah menumpukan usaha memikat hati orang Melayu yang didakwa masih liat untuk berubah.

Dalam rumusan tersebut katanya, Dewan Pemuda Pas juga mengingatkan semua jentera parti agar menjaga hati orang Melayu agar Pas dilihat mampu menggantikan UMNO.

“Pas perlu bertegas dengan isu orang Melayu sebagaimana UMNO dilihat begitu. Bezanya Pas hanya perlu menampilkan penyelesaian cara Islam yang adil dan bersifat memakmurkan hubungan antara kaum tanpa rasis UMNO. Justeru ia akan menambah undi Melayu selain mengekalkan undi bukan Melayu kepada Pas," katanya lagi merujuk kepada rumusan sayap Pas itu.

Nik Abduh turut menegaskan bagaimana Dewan Pemuda Pas telah berusaha menjuarai isu-isu Melayu dan Islam serta yakin memperolehi hasil yang agak positif.








Rujukan Sumber:

Nik Aziz Berikrar Sampai Mati Enggan Bersatu Kerana Undi Melayu Sokong PAS

Inilah laungan berkali-kali bermain dibibir Nik Aziz. Semakin usianya lanjut selagi itulah hatinya semakin keras. Tabiat ini memang sering berlaku kepada orang-orang tua bila mana kekerasan hati melayan sifat marahnya semakin meluap-luap sekeras batu kongkrit. 

Tiada siapapun dapat menjawap dengan tepat kenapa Nik Aziz jadi bergini, hanya Allah dan dirinya sahaja tahu apa yang sedang bergolak didalam hatinya.  Untuk apa kita memujuk orang yang sememangnya keras hati, kelak akhirnya kita pula diceca dan dicaci malah pernah telintas hatinya hendak ludah ke muka buat siapapun pandai-pandai tampil mengusulkan perpaduan.

Mungkin Nik Aziz cukup gembira dan yakin ini bekalan kejayaan dirinya sehingga menghembus nafas terakhir. Bakal menjadi sejarah perjuangan yang bakal disampaikan kepada anak cucu cicitnya yang atuk berjaya keras hati menentang perpaduan ummah sehingga akhir nyawa.

Satu sejarah yang cukup menggembirakan hati Nik Aziz dan adakah Nik Abduh bakal mewarisi tahap keras hati bapanya?


Seperkara lagi sebenarnya Nik Aziz berjaya menghimpun semua orang melayu bersatu menumbangkan kegemilangan UMNO sehingga Nik Aziz bersangka perpaduan itu hanyalah isu terdesak UMNO mempertahankan saki-baki kuasa. Kalau tidak percaya amatilah benar-benar carta ini.

Mungkin jumlah 680'567 orang melayu yang sokong Pakatan Rakyat lebih besar dari 4'782'383 pengundi melayu yang sokong Barisan Nasional.

Mungkin kerana selama ini orang UMNO tidak sedar yang semua orang bukan melayu telah berjaya diislamkan oleh pendekatan PAS selama ini?

Sebab itu Harakah tidak pernah keluarkan kenyataan undi dari orang melayu sebab antara melayu dan bukan melayu sama sahaja dan dapat memenuhi cita-cita PAS untuk laksanakan negara islam tanpa sebarang tentangan.

Oleh itu marilah kita bersangka baik mungkin kaedah Nik Aziz bakal selamat untuk dijawap di akhirat nanti. Hanya Allah yang mengetahuinya.