Saturday, 14 December 2013

Video Bukti MAT SABU 5 Kali Jumpa Hassan Nasrullah Syiah Patut Jadi Bukti KDN

Video ini cukup terang-terang dan layak dijadikan bukti bagaimana Mat Sabu dan Isterinya sendiri 5 kali bertemu Hassan Nasrullah yang merupakan SYIAH dirangkaian Iran. 

Isteri Mat Sabu sendiri yang memuji Hassan Nasrullah sehingga melambung-lambung ke langit. 

Malah Mat Sabu sendiri berbangga dengan amat sangat.

Sebaliknya kemenangan Mat Sabu sebagai orang no 2, bukankah dari sokongan pengikut syiah dalam PAS? Dan jika no 2 pengikut Syiah bagaimana dengan no 1? Dan apa akan jadi pengganti no 1 nanti?


Tetapi lupakah apa yang telah berlaku orang islam di Irag? Video ini akan menjelaskan segala-galanya

Friday, 13 December 2013

Video Melampau Membuktikan Haji Hadi Layak Selar UMNO Paling Kuat Menentang Islam Berbanding DAP


Masih inggatkah Abdul Hadi Awang mengakui bahawa hubungan parti itu dengan parti DAP di Pulau Pinang masih tidak sempurna. 

Sebab dia masih mempertahankan hubungan parti itu dengan DAP dan PKR mengikut konsep Tahaluf Siyasi yang di gunakan oleh Nabi Muhammad SAW untuk berurusan dengan bukan Muslim.

Walaupun isu ini pernah didedakan sendiri oleh seorang BEKAS setiausaha sulit Timbalan Ketua DAP Pulau Pinang, En. Mohd Razali bin Abd Rahman "Perancangan Kotor DAP Jika Menawan Putrajaya"


AGENDA DAP TAWAN PUTRAJAYA (1/2)
1. Malaysia akan bertukar menjadi negara republik.

2. Agama Rasmi Kristian.


3. YDPA/ YDPN perlu dilantik darI kalangan bukan Melayu.


4. Sistem Raja Berpelembagaan akan dihapuskan. 


5. Laungan azan tidak dibenarkan waktu Subuh ( Di Penang sekarang ada arahan diminta perlahankan) coz azan menganggu Cina nak tido dipagi hari.


6. Pertandingan Tilawah Quran juga akan dihapuskan. Coz membazirkan duit rakyat dan negara Arab pun x buat pertandingan sebegini.


7. Badan NGO berteraskan perjuangan orang Melayu akan dibubarkan (Pekida/Perkasa).


8. Perkahwinan campuran akan digalakkan.


9. Anak yg baru lahir x semestinya agama Islam sehinggalah anak itu 18 tahun baru dia pilih agama mereka secara mutlak.


10. Subjek Inggeris akan dijadikan bahasa rasmi. Bahasa kedua rasmi adalah Mandarin.


AGENDA DAP TAWAN PUTRAJAYA (2/2) 

11. Mata pelajaran agama Islam akan dimansuhkan di sekolah. Nak belajor hanya di masjid/surau. Sekiranya orang Melayu nak juga diajar di sekolah subjek Kristian, Hindu,Buddha juga kena diajarkan di sekolah.

12. Chin Peng akan dibenarkan balik semula ke Malaysia dan diberi gelaran TUN. Nga Dan Ngeh adalah anak saudara Chin Peng.

13. MARA Akan dibubarkan coz jabatan RASIS hanya untuk org Melayu semata-mata.


14. Syarikat GLC akan diterajui oleh org bukan Melayu. Org Melayu tak bijak berniaga hanya orang Cina yang terbaik dalam ekonomi.


15. Lagu negaraku akan diubah suaikan. Di PRN Sarawak lalu ada dinyanyikan lagu negaraku & bendera baru Malaysia juga sudah ada hanya tunggu menang sahaja ke Putrajaya dan tubuhkan negara republik.


16. Rejimen Askar Melayu Diraja akan dibubarkan kerana dominasi untuk orang Melayu sahaja.


17. Ketua Panglima Angkatan Tentera & Ketua Polis Negara akan dilantik dari kalangan orang Cina.


18. Kakitangan kerajaan dari kalangan Melayu akan dikurangan terutamanya kementerian pelajaran coz nak bawa masuk lebih ramai orang Cina & India.


19. 3 agensi Akan ditutup BTN, KEMAS Dan MKN.


20. Good Friday Dan Easter Day akan jadi cuti wajib Malaysia untuk memuliakan hari besar Kristian.


21. Kedutaan Israel akan diwujudkan di Malaysia.


22. DAP dapat 300 jutaUSD diberikan oleh yahudi & duit diparking di bank Singapura sementara waktu standby utk PRU 13 nie.


23. Base Tentera Israel akan diwujudkan di Port Dickson.


24. Majlis agama Islam akan dibubarkan. Wujudkan Suruhanjaya IFC
.

25. Wang zakat akan diguna sama oleh orang bukan Islam.

26. Mahkamah Syariah dibubarkan.


27. DEB akan dimansuhkan.


28. Parti yg berteraskan agama akan dibubarkan (PAS).


29. Ketua Paderi Kristian akan dilantik sbg Menteri seperti Dato' Jamil Khir.


Susulan dakwaan ‘Umno paling kuat tentang Islam', Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang digesa menarik balik kenyataan yang disifatkan cuba mengelirukan masyarakat selain meminta maaf berhubung perkara berkenaan.

Pengerusi Biro Bertindak Agama NGO Minda Pondok, Mohd Syamsul Mohd Yusoff berkata, kenyataan Abdul Hadi ketika Muktamar Tahunan Pas kali ke-59 bulan lalu yang mengatakan Umno paling kuat menentang Islam berbanding DAP amat keterlaluan.

“Umno dan DAP jauh berbeza, apabila disebut demikian (Umno paling kuat menentang Islam berbanding DAP), ini bermaksud kenyataan Hadi itu ditujukan kepada ahli Umno.

“Apabila mengatakan ahli Umno menentang Islam, ia satu kenyataan bercanggah, kerana Umno juga terdiri daripada orang Islam.

"Malah ia (Umno) sendiri dikatakan sebuah kerajaan yang hebat apabila meletakkan Islam dalam perlembagaan,” katanya kepada media selepas membuat laporan polis terhadap Abdul Hadi di Balai Polis Binjai, di sini, kelmarin.

Sambil menyifatkan kenyataan tersebut sebagai cuba mengelirukan masyarakat dengan niat memancing undi, Mohd Syamsul berkata, tindakan menarik balik dan memberi penjelasan berhubung perkara itu perlu dilakukan bagi mengelak perkara lebih buruk.

Mohd Syamsul juga menolak jika ada yang menyifatkan tindakan NGO Minda Pondok sebagai cuba mengaibkan Presiden Pas itu, sebaliknya bagi menggesa agar kenyataan itu diperbetulkan dan rakyat mendapat maklumat jelas.

“Kita tidak mahu pemimpin pembangkang meniupkan sentimen perpecahan untuk mencetuskan perbalahan sesama Islam, kita berpolitik, tak ada masalah berpolitik, tapi jangan guna sentimen agama,” katanya.

Huh!! Kilang Proton Ditutup Puas Hatilah Semua Rakyat Malaysia?

APABILA Proton mengumumkan model terbaru Perdana, ramai yang respon dengan negatif terhadap rupa bentuk model tersebut yang mirip Honda Accord.

Seperti biasa, cemuhan demi cemuhan dilemparkan kepada Proton di atas pengeluaran model ini. Saya suka untuk memberi pandangan berdasarkan beberapa fakta berikut:

1- Saya kurang senang mendengar kritikan serta cemuhan terhadap Proton ini, tatkala pada masa yang sama apabila Kia mengeluarkan model seakan Audi, ramai yang memuji, juga tatkala Honda mengeluarkan model Accord 2011 yang seakan Audi, ramai juga yang memuji dan membelinya. Bahkan Mazda 6 tahun 2013 juga mirip Lexus, tiada pula yang mencemuh. Mentaliti sebegini wujud sifat dualisma, di mana berlakunya tindakan pilih kasih dalam kritikan.

2- Proton Suprima S adalah satu contoh model yang direka sendiri. Tidak meniru hasil orang lain. Namun bagaimanakah prestasi jualannya? Tidak memberangsangkan. Pengkritik tetap membandingkan Proton dengan Honda, Kia Rio dan seumpamanya. Tapi apabila model yang dikeluarkan mirip Honda, mereka mengutuk pula. Perkara ini saya membuatkan saya tidak faham.

3- Ramai pengkritik tidak memahami hakikat industri automotif yang ‘super-kompetetif’. Kilang Mitsubishi di Australia pada tahun 2006 pernah ditutup selama empat minggu kerana tiada permintaan. Majikan lama saya, Ford Australia di Geelong baru-baru ini telah mengisytiharkan mereka akan menutup kilang mereka mulai tahun 2016 kerana mengalami kerugian yang cukup besar, di mana mereka telah mengumpul kerugian sebanyak AUD$600 juta sejak 5 tahun kebelakangan ini. Ford telah bertapak di Australia selama 90 tahun, jadi bagaimanakah pula agaknya Proton yang hanya 1/3 usia berbanding Ford Australia berdepan dengan cabaran ini?

4- “Rebadging” atau penjenamaan semula bukanlah sesuatu yang aib dalam industri automotif. Pengeluar kereta terbesar dunia, General Motors (GM), telah melakukan strategi ini terhadap puluhan model kenderaan mereka. Cuba bandingkan Chevrolet Tahoe dengan Cadillac Escalade, dan Chevrolet Lumina dengan Holden Redline, kita akan nampak jelas bahawa perbezaannya hanya pada lambang jenama dan hiasan dalaman. Benar, jenama-jenama ini di bawah satu syarikat yang sama iaitu GM, namun dari sudut strategi, tidak ada bezanya antara kedua ini. Bahkan kritikan yang sama tidak pula diberikan kepada Perodua di atas strategi mereka “rebadging” model Myvi dan Daihatsu/Toyota, hanya kerana mereka ada kerjasama rasmi dengan Toyota. Model Perdana yang baru ada kerjasama dengan Honda bahkan Saga yang pertama dahulu pun ada kerjasama dengan Mitsubishi. Kritikan yang “pilih kasih” menyebabkan Proton menjadi ibarat “punching bag”. Buat apa pun dikira salah.

5- Mungkin yang terbaik ialah tutup sahaja Proton, agar tidak ada lagi “punching bag” tempat melepas geram dan kemarahan. Mungkin yang terbaik ialah rakyat Malaysia hidup seperti negara Timur Tengah yang hanya menjadi pelanggan kepada jenama-jenama kereta terbaik dunia. Tak payah susah-susah buat kereta sendiri.

Namun saya rasa seandainya Proton ditutup, akan wujud laungan kemarahan yang baru iaitu “Mengapa Malaysia tidak ada kereta sendiri?”

Akhir kata, saya mengharapkan satu perubahan dalam mentaliti sesetengah rakyat Malaysia. Buat pengetahuan semua, saya sendiri tidak pernah membeli Proton, tetapi saya mengambil sikap berpada-pada dalam kritikan dengan mengetahui besarnya cabaran syarikat kecil Proton dalam persaingan industri automotif dunia. Dengan cabaran masa kini, Proton tak “bungkus” pun dah kira mujur.

Ya betul, jika anda tidak menyukai Proton atau merasakan Proton tidak sesuai dengan gaya hidup anda, tak perlulah membelinya. Tindakan anda tidak membeli Proton telah pun memberi mesej jelas “Saya tak suka Proton”. Namun, yang saya kecewa ialah sikap sesetengah insan yang sudahlah tidak membeli Proton, malah melemparkan cemuhan dan kebencian yang amat kepada Proton, sehinggakan orang yang asalnya ingin membeli Proton pun tak jadi membelinya. Ini ibarat mencurah cuka ke dalam luka.

Engr. Hj Norzafry B Norhalim
Mantan Presiden Pembina

Norzafry adalah seorang jurutera muslim berjiwa besar, merupakan graduan kejuruteraan di sebuah universiti di Australia. Kini berkhidmat di salah sebuah syarikat besar di Arab Saudi. Pernah menjadi Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) bagi tahun 2011/2012.

#notePPM.. Kredit kepada shahalamrebels.blogspot.com 

Ikrar Srikandi Datuk Jahara Menentang Taktik Kotor Lim Guan Eng Dan DAP

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Datuk Jahara Hamid berkata beliau tidak akan mengalah walaupun dilempar pelbagai tuduhan malah akan terus membangkitkan masalah rakyat pada persidangan DUN.

Wakil Rakyat kawasan Teluk Air Tawar dari Barisan Nasional (BN) itu berkata walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai gangguan daripada wakil rakyat kerajaan negeri pimpinan DAP ketika membangkitkan masalah rakyat, namun ia bukan halangan baginya.

“Tidak dinafikan tugas ini mencabar kerana terpaksa berdepan dengan wakil kerajaan negeri yang sentiasa menganggu perbahasan kami, saya terpaksa kuatkan diri, tidak dinafikan tekanannya juga tinggi, namun saya tidak akan mengalah,” katanya dalam sidang media di sini, Khamis.

Beliau berkata, walaupun dilemparkan pelbagai tuduhan termasuk ‘nenek rasis’ oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng, namun beliau akan tetap berdepan dengan situasi itu bersama-sama dengan fakta dan berjuang dalam persidangan DUN.

Jahara berkata beliau sentiasa mengingatkan lapan lagi wakil rakyat BN yang lain agar tetap bersemangat untuk berbahas dan membangkitkan isu rakyat supaya kerajaan negeri tahu bahawa banyak lagi perkara yang belum selesai.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai tuduhan rasis yang dilemparkan Lim terhadapnya, Jahara mendakwa perkara berkenaan merupakan strategi DAP untuk melemahkan Umno dan BN.

“Mereka cuba timbulkan persepsi kepada rakyat bahawa kita rasis,” katanya.

Thursday, 12 December 2013

Panas Zahid Hamidi Bongkar Antara Propagada Komunis, Syiah dan Mat Sabu

Sebelum ini kita telah dengar pendedah KDN tentang apa kaitan Mat Sabu dengan syiah (klik sini) sekarang Zahid Hamidi pula mendedah Antara Propagada Komunis, Syiah dan Mat Sabu


Ajaran Syiah di negara ini tidak boleh dianggap sebagai propaganda semata-mata seperti mana gerakan fahaman komunis.


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan penyebaran ajaran Syiah bukan soal propaganda dan tidak boleh disamakan dengan fahaman komunis yang telah berkubur.

Ahmad Zahid menjawap kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau lebih dikenali Mat Sabu dalam Harakah yang mendakwa isu Syiah hanyalah bersifat sementara seperti propaganda anti-komunis.

Mohamad berkata, propaganda anti-Syiah akan berkurangan tidak lama lagi berikutan tindakan negara barat termasuk Amerika Syarikat (AS) kembali bersahabat dengan Iran.

"Komunis telah berkubur. Ini bukan soal propaganda. Tetapi orang-orang Syiah dia mempunyai sifat yang kita panggil taqiyyah ertinya berpura-pula, melindungi, menipu dan juga bertindak seolah-olah orang itu tak terlibat. 

"Saya harap Mat Sabu tidak termasuk dalam kumpulan taqiyyah," kata Ahmad Zahid.

Beliau turut mengulas saranan Pengerusi Suruhajaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Tan Sri Hasmy Agam agar diadakan dialog antara Sunnah dan Syiah.

"Berdialoa untuk apa? Ini tidak ada kaitan dengan hak asasi manusia. Ini berkaitan kepercayaan, akidah dan mahzab," tegas Ahmad Zahid.

Jelas Dr. Ahmad Zahid isu Syiah di negara ini dianggap sebagai isu keselamatan negara.

"Saya hanya memandang dari aspek keselamatan kerana jika berlaku perpecahan antara Sunnah dengan mahzab lain ini menyebabkan akan ada perbincangan secara polimik," kata Ahmad Zahid. sumber Utusan

Dua Keratan Akbar Pelik Nik Aziz Syiah Atau Perangi Syiah

Kau lihat sendirilah jer lah, Memang pecah palak mikir menentukan status Nik Aziz yang sebenarnya?


Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata kerajaan sepatutnya tangkap sahaja ketua atau pengikut Syiah di negara ini dan tidak perlu berdolak dalik jika mereka benar-benar serius mahu membasmi fahaman itu.

"Jika betul nak basmi Syiah, tangkap! Tak perlu berdolak dalik lagi. Masyarakat sudah bijak menilai bahawa bukan Syiah yang mahu diserang tetapi parti lawan (pembangkang) yang semakin dapat sambutan," kata Mursyidul Am Pas itu menerusi laman Facebooknya semalam.

Nik Abdul Aziz berkata, beliau sendiri sokong jika fahaman Syiah langsung tidak wujud di negara ini.

Tetapi itu baru-baru ini dan bagaimana sebelum-belum ini... apa dah jadi atau Nik Aziz sedang alamai penyakit Melayu Mudah Lupa?

Mat Sabu Lari Oversea Sebelum KDN Sahkan Hari Ini Status Syiah

Kecoh juga bila dengar Mat Sabu sempat menafikan dirinya syiah ketika dalam perjalanan menunuju KLIA meninggalkan negara.. macam tak betul je bunyinya tetapi sebetul kenyataan terakhirnya di KLIA.. Namun bergitu nak saman Zahid Hamidi macam dah tak jadi Tetapi seperti dijanjikan Azhid, KDN dah sahkan hari ini status syiah..

PUTRAJAYA 12 Dis. - Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mengesahkan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu merupakan pemimpin nombor dua parti itu yang cenderung dan terlibat dalam fahaman Syiah.

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dalam sidang akhbar khas hari ini menyenaraikan 10 maklumat yang mengesahkan penglibatan pemimpin pembangkang itu dalam fahaman Syiah.

Antaranya, Mat Sabu pernah menggesa umat Islam mencontohi kepimpinan Islam berdasarkan cara Ayatollah Khomeini melalui tulisannya bertajuk `Teladan pemerintahan Nabi Yusuf, Khomeini' dalam ruangan Fikrah akhbar Harakah keluaran 15 Julai 2008.

Pemimpin Pas itu juga menyatakan kekagumannya terhadap kepimpinan dan perjuangan Khomeini yang banyak mencorakkan pemikirannya dalam ucapannya sebagai Timbalan Presiden Pas pada 13 Jun 2011. - UTUSAN

Haii awal angkat kaki macam tahu-tahu jerr...


RM600 Juta Rizab Peruntukan Jalan Raya Salah Guna Kenaikan 373.3% Gaji MB ExconSelangor


Dana yang digunakan untuk menaikkan gaji pengurusan tertinggi kerajaan negeri Selangor adalah sebahagian daripada peruntukan Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).

Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo berkata RM600 juta daripada rizab Selangor adalah lebihan peruntukan MARRIS yang gagal dimanfaatkan Pakatan Rakyat negeri itu.


"ADUN Kota Anggerik, Dr Yaakob Sapari sebelum ini memberitahu lebihan dana MARRIS dimasukkan ke dalam simpanan rizab Selangor," kata Khir.

"Daripada 2008 sampai 2012 kerajaan Persekutuan bagi kepada kerajaan negeri RM1.75 bilion. Tetapi yang dibelanjakan hanya RM1.1 bilion.

"Bererti RM600 juta yang disimpan dalam rizab negeri bukan duit pendapatan kerajaan negeri tetapi duit kerajaan Persekutuan untuk digunakan perbaiki jalan, tetapi kerajaan negeri tidak gunakan, tapi digunakan untuk simpanan rizab," kata Khir ketika dihubungi Antarapos.

DUN Selangor sebelum ini meluluskan kenaikan gaji 56 anggotanya berkuatkuasa Januari 2014 dengan Timbalan Speaker DUN mendapat kenaikan tertinggi sebanyak 373.3%.

Gaji Menteri Besar dinaikan daripada RM14,175.15 kepada RM29,250, anggota Exco kerajaan negeri daripada RM6,109.29 kepada RM20,250, Speaker DUN daripada RM6,109.29 kepada RM22,500, Timbalan Speaker daripada RM3,327.50 kepada RM15,750 dan ADUN daripada RM6,000 kepada RM11,250.

Gaji baru itu berkuatkuasa pada 1 Januari 2014.

"Saya tengok yang tidak logiknya adalah kenaikan gaji Menteri Besar, Speaker dan Timbalan Speaker malah Exco pun saya rasa tinggi.

"Gaji MB naik lebih kurang RM29 ribu, itu belum elaun keraian sebab MB juga ADUN dapat elaun ADUN RM 11 ribu, dicampur keduanya dekat RM40 ribu di situ.

"Lepas itu tidak masuk elaun-elaun lain, pemandu, pembantu rumah, elaun minyak dan lain-lain lagi, sebenarnya kalau dikira biasanya wakil rakyat sahaja RM11 ribu campur elaun akan dapat lebih kurang RM16 ribu, MB pula lebih kurang mencecah RM50 hingga RM60 ribu sebulan," ujar beliau.

Mengulas lanjut Khir berkata kegagalan kerajaan negeri menguruskan dana MARRIS menyebabkan rakyat Selangor terpaksa menggunakan jalan yang tidak diselenggara.

"Macam mana dengan peruntukan baiki jalan MB tidak belanjakan jalan, maksudnya MB kurang kerja tapi naik gaji?

"Masalah sekarang ini melalui Audit Negara buat laporan 75 peratus rakyat di Selangor tidak berpuas hati dengan keadaan jalan.

Laporan Audit Negara 2013 sebelum ini mendedahkan 75 peratus rakyat negeri itu merungut dengan keadaan jalan raya yang berlubang dan tidak dinaik taraf.

"Audit Negara yang baru-baru keluar pun komen tentang pada tahun lepas perbelanjaan untuk perbaiki jalan yang kerajaan Persekutuan beri hanya dibelanjakan 46 peratus dari jumlahnya, maksudnya kalau MB kata duit begitu banyak, bukan kerana MB cari tetapi kerana Persekutuan bagi untuk peruntukan MARRIS dan tidak dibelanjakan," katanya kepada Antarapos hari ini.Sumber Laporan

Wednesday, 11 December 2013

DAP Jeff Ooi Mendabik Dada The New Tiger of Julutong Dekat Orang Melayu

Mai-mai kita tengok apasal semua melayu pakat-pakat diam. Waa ini punya The New Tiger of Julutong banyak berani ooi. Minta maaf lu sapa nak paksa Jeff Ooi minta maaf.

Bangsat betul biaDAP ni dia nak minta maaf ala-ala taiko besar ooo.. Hah makna kata kalau sekarang menjajah Pulau Pinang dan bergini rupa, entah apa lagi kalau benar-benar kuasai negara. Pikir leee sendiri.

Sekarang penjawat awam dihamun Kucing Kurap. Itu minta maaf ala-ala gengster tengoklah sendiri..

Tiada siapa yang boleh meminta saya untuk memohon maaf, kecuali Karpal. Apa dia cakap, saya akan ikut, Saya tidak akan menarik balik mahupun memohon maaf kecuali The Tiger of Julutong meminta saya berbuat demikian, The New Tiger of Julutong akan mendengar apa saja permintaan Tiger of Jelutong.

Betul-betul punya biadap.. Tetapi cuba fikir balik, bukankah 90% penjawat awam itu orang-orang melayu. Jadi bermakna dituju kepada orang ,elayu laa kan? Adakah orang melayu kita takut dengan puak-puak biaDAP ini???

Tuesday, 10 December 2013

#OpsBanjir Anwar Lebih Gah Dari Najib

Sekarang ini musim banjir semua Yb Menteri hendak tunjuk kemampuan masing-masing dan juga tidak ketinggalan Anwar Ibrahim dengan gambar-gambar #OpsBanjir merentas sempadan mengalahkan mana-mana menteri BN





Hebat Betul Syedsoutsidethebox Hentam PMO Dan Najib

"Ges wat - news kat sinar kata PM tak pergi ke pengkebumian mandela sebab nak jimat kos! How stupid is that!!! Punahsihat betul." 

Perhh panas betul ayat ini... itulah yang digambarkan  Syeds out side the box dari sms seorang sahabatnya..

Entahlah sejauh mana kebenaran dan keberanian Sinar FM sehingga ke tahap itu mengeluarkan kenyataan mewakili aktiviti Perdana Menteri...

Entahlah PMO mana pulak yang terjebak mengeluarkan kenyataan sedemikan..

Dari satu sudut nampaknya blogger PRO BN kita ini ada akan kebenarannya tetapi bolehkah kita terima setiap yang dikhabarkannya sekadar dari satu SMS...

Pada PPM isu ini melibatkan maruah seorang Perdana Menteri. 

Sebagai blogger pro BN adalah tidak wajar menulis sesuatu isu yang hanya kegairahan untuk menyerang PMO sampai terlupa kita menyerang PMO bermakna kita telah membunuh kedudukan PM. Akhirnya kitalah jentera pembunuh BN...

1) Kita juga harus fikirkan tidak semua perkara boleh PM dedahkan kepada umum demi ketenteraman awam. 
2) Samada PM perlu atau tidak melawat Mandela itu bukan masalah besar untuk rakyat negara ini dan jangan kerana PM pernah melawat mana-mana pemimpin termasuk Sultan bin Abdel Azizb Raja Arab Saudi, diputar belitkan, dikaitkan dengan imbal balas pihak-pihak tertentu. 
3) Pemergian Mandela berlaku diketika negara sedang mengalami malapetaka banjir meliputi Terangganu, Pahang dan Johor.  
Ini adalah kewajipan utama yang perlu diberi keutamaan oleh PM dan yang paling diharapkan oleh rakyat Malaysia.

Yang PPM paling tidak faham kenapa isu mandela perlu diperbesar-besarkan dengan keterlaluan. sehingga terkeluar ayat-ayat ini:
You are basically telling the people of South Africa (which has an embassy here) that our PM travelling to President Mandela's funeral is a waste of money. We will send a few machais instead. 
Maybe at that time the consultants had not been paid that RM7.2 Billion yet and 1MDB had not yet placed out that RM7.0 Billion in the Caymans. So there was no cost cutting yet. 
Folks, the PMO (Prime Minister's Office) is really staffed by the worst bunch of nincompoop advisors ever. And here is their problem - they do not know it. They dont know just how dumb they are.
Alamak bro ini keterlaluan laaa kalau seorang blogger otai boleh hentam sedemikian rupa.. Walaupun PM pernah katakan "Kalau hendak jentik-jentik boleh tetapi jangan sampai terajang terus" (lebih kuranglah yang PPM ingat-ingatkan..)

Ini sudah kes berat, bila blogger otai kaitkan isu-isu dalaman negara sedemikian rupa.. Apapun blogger otai telah buka peluang memperjatuhkan PM.. bukankah?

Perhhh... PPM salah ke terserang sedikit Syeds out side the box...?

Pemurahnya Khalib Ibrahim sumbangkan RM1.25 sen Kepada Mangsa Banjir Pahang

Wah!! permurah betul kerajaan Selangor dengan mengambil kira jumlah 40k mangsa banjir di Pahang, kerajaan Selangor hanya fikir wajar disumbangkan sebanyak RM50k berbanding seorang Teoh Beng Hok RM20k manakala sumbangan kepada penjenayah terkenal pasca kerajaan PR En Kugan sebanyak rm10ribu.

Cuba bahagikan RM50k kepada 40k mangsa banjir berapa mereka dapat? bermakna seorang dapat RM1.25 ohh permurahnya bukan...


Monday, 9 December 2013

Mahdzir Ibrahim TEKUN "Rasis" DAP Parti Pembela Melayu

Betullah kata Mahdzir Ibrahim hanya DAP yang tidak rasis berbanding UMNO, MCA dan MIC dalam Barisan Nasional. Selama ini juga percapaian DAP dalam bertanggungjawap mengjaga hak-hak termaktub Melayu dan Islam adalah terbaik berbanding dengan UMNO.

Inilah melayu yang melayunya amat wajar disangsikan. Dengan berpegang pada hujah:

keahlian UMNO sendiri termasuk gabungan Barisan Nasional (BN) ‘segregated’ berasaskan etnik kaum. UMNO untuk Melayu, MCA Cina dan MIC India. 

Cukup untuk si Mahdzir lebelkan UMNO Resis. 

Tetapi dia lupa Barisan Nasional itu apa?

Yang tertera di kertas undi itu lambang Barisan Nasional ke atau UMNO MIC MCA?

Itulah melayu biadap yang tidak sedar untung kerana jawatan yang diperuntukan DAP untuk periuk nasinya. Membuatkan si Mahdzir sanggup membutakan biji mata! 

Dimana letak kuasa orang melayu di dalam CEC DAP yang lepas?

Tetapi isu ini tidak berani disentuh pula?

Yang paling sedih dengan kata-kata ini  

Mereka turut menggunakan agensi kerajaan seperti TEKUN untuk menyalurkan dana kepada ahli UMNO dan melantik tokoh akademik di IPTA secara tidak telus, di mana yang dilantik adalah daripada kalangan cenderung kepada aliran politik perkauman

Pembohongan terhebat!! TEKUN hanya untuk ahli UMNO.. Di Kelantan jumlah permohon tekun cukup tinggi tetapi BN kalah juga.. Bukankah orang PAS sebahagian darinya..

Rupa-rupanya Mahdzir lebih suka melayu merempat dan mencotohinya yang hidup sepingan nasi melalui menyembah ketuanan DAP walauoun dia sendiri nampak CEC lepas Melayu diabaikan langsung dari mempunyai kedudukan majlis bersuara dalam DAP.

Hebat Nurul Izzah Berani Selar UMNO Buktikan Dirinyalah Pembela Nasib Melayu


Ketika kesibukan jentera BN bertungkus-lumus memberi bantuan banjir dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah rakyat, dan diketika itulah Nurul Izzah tiada semangat langsung memikirkan bagaimana menghulurkan bantuan kecuali terpaku berhari-hari untuk mencari jalan bagaimana untuk menyerang perhimpunan agung UMNO.

Rasanya tidak perlulah untuk bercerita panjang lebar dengan kata-kata terbarunnya di Malysian Insider "masa depan Melayu selepas habis Perhimpunan Agung UMNO ni kian Gelap kerana tidak ada isu - isu utama yang dibangkitkan"

Cukuplah kita ajukan bagaimana cukup layak buat Nurul Izzah mendabik dada memperjuangkan nasib melayu sedangkan perjuangan untuk agamanya sendiripun menimbulkan sangsi iaitu Pada 3 November 2012, Nurul Izzah yang juga adalah Ahli Parlimen Lembah Pantai yang mewakili PKR dalam satu forum anjuran OHSMi di sebuah gereja di USJ bertempat di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru telah diadakan satu forum bertajuk“Kebebasan Bertukar Agama Dari Sudut Islam dan Perlembagaan Persekutuan” 

Nurul elah membuat kenyataan bahawa hak kebebasan agama sepatutnya tidak terhad pada orang bukan Melayu sahaja.


"Sebarang peruntukan undang-undang berkaitan kebebasan beragama harus dilaksanakan secara adil tanpa mengira agama termasuk Islam. 
"Seharusnya tidak wujud sebarang desakan beragama sehingga membezakan antara agama Islam dan agama lain" 
“Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama… mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan agama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata"

Maksudnya ia perlu dilaksanakan secara sama rata dan adil dengan turut memberikan hak bebas beragama meliputi sekali orang Melayu Islam. akhirnya manusia dikalangan bukan islam termasuk ahli PAS dan PKR, yang bertepuk tangan meraikan Nurul Izzah.

Jadi bagaimanakah Nurul Izzah dapat kita harapkan mengjaga bangsanya sendiri sedangkan soal mengjaga agamapun kita sudah sangsi?

Video Angkara Terlupa Peristiwa Penting Nik Aziz Digugurkan

Ramai orang masih tertanya kenapa tiba-tiba keluar cerita Nik Aziz digugurkan. Video ini pasti akan menjawap serba sedikit kenapa Nik Aziz boleh terjebak dalam cerita digugurkan.


 Apa yang pasti umur Nik Aziz sepatutnya telah masa berehat dari arena politik. Kerana sumbangannya semakin menyimpang seperti video di atas jelas menunjukan Nik Aziz samada menidap penyakit perlupa atau masih mempunyai penyakit anti tegar hingga tiada satu kebaikanpun pernah dibuat oleh mana-mana seterunya.

Inikah mewajarkan NiK Aziz untuk terus menceburi dalam arena politi demi Agama Bangsa Negara. Mungkin ramai masih ingat siapakah yang ingin meludah ke muka mana-mana orang UMNO yang ingin datang berjumpanya untuk muzakarah UMNO PAS.. Jawapannya siapa lagi kalau bukan...





Sunday, 8 December 2013

THE PAKATAN FORMULA FOR DESTRUCTION

Picture this scenario. Two opposing factions declare their allegiance to their country. One works to develop the nation positively although not perfectly while the other consistently runs down the country locally and abroad supposedly for the rakyat’s sake. Internationally, the nation’s prestige is on the downward trend.Many conclude that things are not well on the home front. Whom would you trust?

Despite such reports, many are still hoodwinked into thinking that Pakatan Rakyat is doing all it can for the country but what have they REALLY done for Malaysia? Look at the following table,which is a compilation of the ways in which PR has put Malaysia on the road to destruction.


Listing all the grouses raised by Opposition is an arduous and impossible task. They have NOTHING good to say about the government. However, let us go down to the brass tags. What has Pakatan Rakyat done to DEVELOP the nation?



· Do they have a good record of accomplishment in securing foreign investments on their own without riding on BN effort

· Since2008, have they produced their Shadow Cabinet to prove their leaders can be better than BN leaders?

· For every criticism thrown at the government, have they proposed concrete ways to overcome problems highlighted?

· For every criticism hurled against the government, have PR been innocent and blameless in NOT doing the same actions they condemned?

· Has any Pakatan leader ever praised or promoted our country locally or internationally in speeches or social networking platforms?

· Has any Pakatan leader/party ever revealed a national plan for development for country or has this been only for one or two states?

· Has Pakatan Rakyat ever assured Malaysians or foreigners that our country is a fantastic place to live and to invest?

· Apart from complaining, ranting and disgracing our government about corruption,wastage etc, what has Pakatan Rakyat done for Malaysia as a whole?

What is their motive? Is it to develop Malaysia or to develop their agenda by putting this nation on a path of destruction?


President of SEMUT Malaysia
( Sensible & Ethical Malaysian United Team )

Bukti Mat Sabu Tidak Layak Saman Zahid Hamidi

U Ulang I Saman adalah slogan menjadi ikutan dalam pengamalan ahli Pakatan Rakyat sebagai langkah akhir menyembunyikan pekung mahupun menutup pemikiran berbelit-belit.

Pakatan mungkin boleh sentiasa merayakan kemenangan walaupun ada juga tidak berjaya di gelangang makamah melalui strategi manipulasi disetiap undang-undang yang memihak kepada mereka. Itu suasana makamah.

Tetapi dari segi pemikiran dan dasar pemahaman ideologi politik dan perjuangan berdasarkan Agama Bangsa dan Negara. Adakalanya berbeza dengan situasi undang-undang negara.

Kerana negara inu berbilang kaum. Oleh itu jika Mat Sabu ingin menyaman Zahid Hamidi, sememang kelebihan adalah berada di tangan Mat Sabu tetapi pada pandangan masyarakat terutama melayu islam adalah berbeza mengikut bagaimana mereka menghayati Agama Bangsa Negara.

Dengan menggunakan kaedah menyaman Mat Sabu berpeluang mensucikan dirinya tetapi sejarah Mat Sabu adalah berbeza. Dimana hingga kini masih sukar menentukan apa pegangan prinsip perjuangan Mat Sabu. Adakah dia syiah, komunis, leberal atau banyak lagi ala rojak menjadi ikut-ikutan Mat Sabu.

Inilah persolan sebenar, adakah Mat Sabu langsung tidak mempunyai hala tuju perjuangannya yang lebih dilihat sebagai perjuangan periuk nasinya sahaja? Bukankah itu kelayakan Mat Saman Zahid Hamidi adalah lebih kepada mempertahankan periuk nasinya sahaja..?