Saturday, 21 December 2013

Video Lawak Gelabah Bewak Anwar Ibrahim Di Makamah Kes Liwat


Sejak jemenjak ini Anwar sepatutnya sudah tidak layak menjadi calon politik tetapi memang berbakat sebagai calon bertanding Maharaja Lawak yang semakin popular. Semua orang nampak yang Anwar semakin kerap hilang punca malah semakin kerap gelabah biawak. 

"Pernah tengok bagaimana seekor biawak terkejut kehadiran kereta ketika melintas jalan? Kalau pernah tengok.. biawak akan berlari akan terjun kelubang atau curam sedalam manapun hanya kerana terkejut.."

Bergitulah kisah kedua video di makamah dalam proses kes liwat Anwar.. Berapa kali dah Anwar tunda? Berapa kali dah Anwar merungut peguam pembela mangsa? Berapa kali dah Anwar tidak suka orang itu ini..

Istimewa betul Anwar ni.. Sebab dia boleh tukar sapa yang dia suka dan yang boleh bagi dirinya kemenangan bukannya keadilan walaupun nama parti keadilan.. tetapi hakikatnya selama ini keadilan pada dirinya mengatasi orang lain... itulah hakikat...


part 5: Dana Projek Permata Rosmah Mansor Ada Unsur Sabotaj


Sejarah membuktikan bangsa yang tiada pendidikan akan terus ditindas. Saya percaya orang yang mempunyai pendidikan akan lebih berjaya. Sebagai anak bekas guru, saya faham tentang bagaimana pendidikan berfungsi untuk membentuk keperibadian manusia. Pendidikan harus bermula daripada awal. Justeru, saya mencadangkan penubuhan Permata.

Ini idea baru. Tidak apalah, kalau idea baru memang agak sukar diterima oleh semua orang kerana mereka tidak memahami apa sebernarnya yang ingin kita sampaikan.

Satu lagi masalah ialah sikap penyokong politik yang taksub, kita yang tidak dapat membezakan kerja kemasyarakatan dengan politik. Semuanya mereka satukan. Agak malang apabila kerja-kerja kemasyarakatan seperti Permata dijadikan motif politik.

Saya tidak faham mengapa orang mempertikaikan tentang Permata sedangkan program tersebut adalah untuk kebaikan generasi akan datang. Ada yang marah-marah apabila kerajaan mengumumkan bajet yang besar untuk Permata sedangkan tidak ada satu sen pun duit itu masuk ke poket saya

Friday, 20 December 2013

Part 4: Rosmah Dedahkan Maksud Berjoli Sakan Pada Dirinya

Kebanyakan lawatan saya ke luar negara kerana mengiringi suami menjalankan tugas. Selain itu, saya juga menerima jemputan untuk menyampaikan ucapan oleh negara yang berminat untuk berkongsi apa yang Malaysia lakukan.

Memang kebanyakan negara yang saya dekati ialah negara Dunia Ketiga dan Timur Tengah. Ini kerana negara-negara inilah yang memerlukan pendekatan yang saya katakan tadi. Negara-negara lain seperti Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Jepun dan Korea sudah maju dan kaya. Jika mahu berbakti, sudah tentu kita mendekati masyarakat atau negara yang memerlukan idea kita. Kita mahu buat kerja, bukan glamour.

Saya pernah dijemput memberi ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Pertama Mengenai Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Dalam Pendidikan Ke12 di Riyadh tahun 2011. Saya juga menyaksikan Memorandum Persefahaman (MoU) Antara Akademi Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Saudi Arabian Islamic Foundation for Giftedness and Creativity (Mawhiba).

Bagi saya ini adalah pengiktirafan terhadap wanita Islam yang mempunyai pandangan sederhana tetapi moden dan pada masa yang sama tidak melanggar adab kesopanan wanita Timur. Untuk seorang wanita diterima di kalangan pemimpin-pemimpin dunia lelaki terutamnya di Timur Tengah bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi mereka sering memandang rendah kepada wanita.

Apabila wanita Islam mempunyai buah fikiran yang boleh dikongsi bersama dan buah fikiran itu sememangnya untuk manfaat rakyat maka mereka memberi penghargaan dengan cara menjemput kita ke negara mereka untuk menyampaikan ucapan. Masakan saya sempat untuk berjoli? Lagipun, saya tidak minat berjoli.

Awas Gelombang Himpunan Gulingkan Kerajaan 31 Disember

Laporan polis telah dibuat terhadap penganjur perhimpunan 31 dec di balai polis Perda PP.

Salam tuan2
Himpunan Gulingkan Kerajaan 31 Dis 2013.

Pohon jasa pihak Tuan2 untuk bersama-sama menyalurkan sebarang reaksi berhubung rancangan beberapa NGO's bersama PR untuk mengadakan perhimpunan tersebut kepada pihak polis.

Reaksi tuan2 dan rakan semua amat  di perlukan.. demi Agama Bangsa dan Negara.




Thursday, 19 December 2013

Video Saman Mat Sabu Vs Zahid Hamidi -Syiah

Pentas politik Malaysia semakin meletup apabila sekali lagi Mat Sabu hendak saman selepas pembatalan niat sebelumnya. Tetapi Zahid Hamidi meluahkan perasaan ternanti-nanti mana samannya.

Adakah Mat Sabu sekadar menggertak atau benar-benar? atau Zahid Hamidi cukup mempunyai bukti yang boleh mendakwa Mat Sabu hinggakan sampai sekarang teragak-agak untuk saman atau tidak, ke atas kenyataan mempunyai bukti gred A yang kaitkan Mat Sabu dengan kegiatan syiah di Malaysia.


Part3-Cincin berlian berharga RM24 Juta Membunuh Kedudukan Rosmah



Saya berani bersumpah, cincin itu tidak ada di tangan saya. Memang cincin itu masuk (melalui kastam) untuk dilihat oleh Maira Nazarbayev yang pada ketika itu berada di rumah saya bagi persiapan majlis pertunangan anaknya dengan anak saya. Beliau adalah 'regular customer' kepada jewelry Jacob & Co.

Perkara ini telah diterangkan secara lebih lanjut oleh Director of Fine Jewelry Jacob & Co., Philip Nassimi. Berlian berwarna biru kelabu seberat 30.11 karat itu telah dihantar pada 15 April 2011 melalui syarikat penghantaran Malca Amit, New York menggunakan penerbangan House Airway, no bil: 1488134 dari ibu pejabat Jacob & Co. di New York ke Kuala Lumpur, Malaysia. Ia sampai pada 16 April 2011.

Setelah dilihat oleh Maira, cincin tersebut dipulangkan dan keluar dari Malaysia melalui pelabuhan Singapura pada 20 April 2011. Ia diuruskan oleh Malca Amit Malaysia dan Singapura. Ia telah dikembalikan ke ibu pejabat Jacob & Co. di New York pada 13 Mei 2011

Wednesday, 18 December 2013

Part 2 Kemelut First Lady' Datuk Seri Paduka Rosmah Mansor


Bagi saya gelaran First Lady tidak menimbulkan sebarang masalah. Misalnya dalam penganjuran Sidang Kemuncak Wanita Pertama, peserta yang dijemput adalah isteri-isteri kepada Presiden, Perdana Menteri atau apa saja gelaran yang diberi kepada pemimpin tertinggi (yang menguruskan pentadbiran negara).
Mereka adalah First Lady atau Wanita Pertama dalam konteks suami yang diberi tanggungjawab serta dipilih rakyat untuk mentadbir Negara. Saya tidak fikir ia sesuatu yang perlu dipertikaikan.

Kita di Malaysia ada institusi Diraja sebagai ketua negara iaitu yang di-Pertuan Agong manakala ketua kerajaan ialah Perdana Menteri. Mirip British yang mana Queen adalah ketua negara manakala Perdana Menteri adalah ketua kerajaan yang dipilih melalui pilihan raya.

Bagi sesetengah negara seperti Amerika dan Perancis, ketua kerajaan dan negara adalah Presiden, maka isteri Presiden adalah Wanita Pertama.

Sekiranya kita menggelar Permaisuri Agong sebagai First Lady atau Wanita Pertama bererti kita telah 'downgrade' status baginda. Kedudukan baginda permaisuri adalah yang kedua selepas Yang Dipertuan Agong. Ini satu kedudukan khas yang diiktiraf dalam perlembagaan kita.

Saya rasa dalam soal ini ramai yang faham. Cuma mungkin ada sesetengah yang sengaja mempertikaikan dan cuba menjadikan ia sebagai isu.

Tuesday, 17 December 2013

Video #OpsBanjir Kantoi Guan Eng Kena Bantai Kaw-kaw Dengan Rakyat Penang


Baru-baru ini, seperti yang kita sedia maklum, banjir hebat melanda beberapa negeri di tanah air. Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang tidak begitu pasti akan jawatannya sebagai Setiausaha Agung DAP itu membuat lawak tahunan dan memperbodohkan dirinya sendiri apabila mengeluarkan kenyataan bahawa Pakatan Rakyat akan mampu menyelesaikan masalah banjir yang dihadapi negeri Pahang dalam satu penggal sahaja apabila menguasai Putrajaya.

“Kami berjanji. Jika kami menang Putrajaya, berilah kami sepenggal, maka sudah tentu banjir di Pahang akan dapat diatasi,” begitulah magisnya Guan Eng memberitahu Konvensyen DAP di Shah Alam tempoh hari.

Nampaknya Tokong ini semakin merapu yang bukan-bukan!

Pakatan Rakyat memenangi dua penggal di Pulau Pinang, apakah rekod mereka dalam menangani banjir di negeri Pulau Mutiara Timur itu?

Banjir, banjir dan lebih banyak banjir!

Jikalau diberi satu penggal pun Guan Eng tidak dapat menyelesaikan masalah banjir di negeri yang kecil seperti Pulau Pinang, apakah dia pasti dapat selesaikan masalah banjir di negeri yang sebesar Pahang dalam masa satu penggal? Ini benar-benar lawak antarabangsa!

Apabila berlaku malapetaka dan bencana, Lim Guan Eng selalu menuding jari kepada Kerajaan Persekutuan dan Barisan Nasional, seolah-olah BN dan PM Datuk Seri Najib yang bertanggungjawab ke atas segala-galanya. Akan tetapi, Guan Eng lupa kerajaan Pakatan turut diberi mandat oleh rakyat Pulau Pinang untuk mentadbir negeri dengan efisien dan efektif.

Apakah alasan-alasan kerajaan Pakatan Pulau Pinang dalam hal banjir ini?

Pada 7 Disember 2013:

Akhbar The Star melaporkan Guan Eng memberi amaran kepada penduduk Pulau Pinang supaya berwaspada terhadap banjir yang bakal melanda. ( The Star : http://tinyurl.com/huan79 )

Pada 20 November 2013: 

Balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dilanda banjir http://tinyurl.com/huan80 ). ADUN Seri Delima RSN Rayer menuduh kerajaan pusat tidak membantu kerajaan negeri dalam usaha mencegah banjir walhal ini adalah tugas kerajaan negeri untuk mengelakkan banjir. Ini adalah bidang pihak berkuasa tempatan.http://tinyurl.com/huan81 )

Pada 23 Oktober 2013:

Berita MSN melaporkan berlaku tanah runtuh dan insiden pokok tumbang di beberapa kawasan di Pulau Pinang. Rumah YB Chong Eng turut dinaiki air di Kampung Padang Lalang, Bukit Mertajam. Akan tetapi, tiada tindakan dari pihak berkuasa tempatan. 


Pada 22 Oktober 2013:

Akhbar NST melaporkan seramai 479 penduduk kini ditempatkan di pusat pemindahan Tasek Gelugor. Seramai 829 mangsa banjir telah dipindahkan dan hanya 350 dibenarkan kembali ke rumah masing-masing semasa air surut.

Pada 20 Oktober 2013:

Kawasan Tasek Gelugor dibanjiri dengan air yang agak dalam dan di Bukit Mertajam pula, seramai 1000 penduduk telah dipindahkan mengikut laporan NST. ( NST : http://tinyurl.com/huan83 )

Pada 14 October 2013:

Malaysiakini melaporkan bahawa sebanyak 850 buah rumah telah mengalami kerosakan teruk disebabkan banjir kilat yang melanda.

( Malaysiakini : http://tinyurl.com/huan84 )

Pada 28 September 2013:

NST melaporkan bahawa kawasan aras rendah teruk dinaiki air dan banjir kilat telah merosakkan kebanyakan rumah dan harta benda.


Pada 12 September 2013:

Exco negeri YB Chow Kon Yow berkata bahawa banjir tersebut bukanlah sesuatu yang serius di negeri Pulau Pinang. Beliau dipetik sebagai berkata yang tiada masalah banjir yang serius kerana hanya banjir yang dimaksudkan hanya berlaku di sesetengah tempat sahaja dan bukannya menyeluruh. ( http://tinyurl.com/huan87 )

Pada 10 Septmber 2013:

Malay Mail melaporkan balai berlepas Lapangan Terbang Pulau Pinang banjir bak kolam renang selepas hujan lebat yang turun selama enam jam berturut-turut. ( Malay Mail : http://tinyurl.com/huan87 )




Pada 1 September 2013:

Lapangan terbang tersebut sekali lagi mengalami masalah banjir yang tidak dapat dikawal. ( Link : http://tinyurl.com/huan89 )

Pada 7 April 2013:

Dilaporkan banjir kilat melanda hampir seluruh negeri Pulau Pinang.


Pada 6 April 2013:

ADUN Datuk Keramat YB Jagdeep Singh Deo mengakui bahawa banjir yang melanda adalah yang paling teruk dalam masa lima tahun. Sungai Pinang merupakan tempat yang paling teruk terkena tempias banjir.

Pada 4 April 2013:

Dilaporkan hujan lebat telah mengakibatkan beberapa tempat di sekitar Georgetown dilanda banjir kilat. ( http://tinyurl.com/huan91 )

Pada 2 July 2012:

Beberapa jalan utama di sekitar Georgetown telah dilanda banjir teruk setelah hujan lebat selama dua jam. Beberapa rumah rosak teruk di Jalan P. Ramlee, manakala Jalan Perak, Jalan Logan, Kampung Makam, Jalan Anson dan Jalan Patani semuanya dilanda banjir.


Oleh hal yang demikian, Lim Guan Eng TIDAK mempunyai hak moral untuk menggelar Datuk Paul Low sebagai seorang yang tidak berintegriti. Guan Eng sebenarnya yang perlu mencermin muka dirinya sendiri dan lihat sama ada muka tebalnya masih mempunyai sifat ketelusan yang tidak hanya seberapa dan semakin pudar.

Sejak sekian lama, Guan Eng ingat dia boleh mengaburkan mata rakyat jelata tanpa sedar bahawa maklumat kini luas terbentang dalam alam maya dan internet serta media sosial. Lebih baik mengarahkan “Kacang Merah” ala Red Bean Army DAP untuk mengumpul fakta-fakta terlebih dahulu sebelum mengata orang lain. Jangan buat malu sendiri sahaja.

Telah tiba masanya, Lim Guan Eng menunjukkan bahawa dia tidak hanya cakap tak serupa bikin sahaja. Jangan omong-omong kosong di depan rakyat Pulau Pinang khususnys dan rakyat Malaysia amnya.

Inilah hakikat sebenar slogan “Ubah” untuk para penduduk Pulau Pinang. Ubah menjadi lebih baik atau ubah ke arah lembah durjana dan kemusnahan kritikal.

Tepuk dada, Tanya selera. Untuk PRU ke-14, janganlah ulangi kesilapan dengan meletakkan harapan dan kepercayaan ke atas pemimpin yang angkuh dan sombong itu lagi!

Siapa Tahu Yang Rosmah Mansor Ditahan Bukit Aman



Saya difitnah telah bersama membunuh mendiang pada tarikh kejadian. Nauzubillah. Bagaimana saya mahu membunuh orang sedangkan cicak jatuh di depan mata pun saya melompat lari. Saya juga takut gelap. Apa lagi saya nak mendaki bukit di tempat yang dikatakan menjadi lokasi pembunuhan itu. Tidak ada daya upaya saya berbuat begitu

Pada tarikh itu juga saya dan Leftenan Kolonel Norhayati Hassan berada di dalam Majlis Berbuka Puasa Dan Penyampaian Bantuan Hari Raya Kepada Anak-Anak Yatim Persatuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. 


Apabila saya difitnah dan media menyiarkannya, saya tidak diberikan kekebalan. Mungkin ramai orang yang tidak tahu bahawa saya disoal siasat di Bukit Aman selama enam jam gara-gara fitnah itu.

Nantikan hingga siri ke tujuh dan sumbernya beritanya nanti.. thx audie 



PPM Note.. Ini kerja-kerja orang terdesak yang tamak kuasa sehingga Datin Paduka Seri Rosmah mansor menjadi serangan mereka...

Monday, 16 December 2013

Video Cina Bukit Mengamuk Di DBKL Demi Izzah

Dalam banyak-banyak manusia kat dunia ini dah tak ada yang muda ke? Atau dah ada wajah lainkah melainkan cina bukit ini dari satu siri ke satu siri demo Pakatan Rakyat semuanya dia buat onar..

Menteri Muda Sarawak Liwan Lagang Cedera Ditikam Perompak


Menteri Muda Kebudayaan dan Warisan negeri Liwan Lagang dirompak dan kenderaannya dilarikan dua penjenayah dalam satu kejadian awal hari ini.

Menurut jurucakap polis, dalam kejadian 6.10 pagi itu Liwan yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belaga turut mengalami kecederaan pada paha kanan akibat terkena pisau ketika bergelut dengan perompak terbabit.

"Kejadian berlaku ketika mangsa berhenti untuk membeli surat khabar di Kota Sentosa selepas menghantar anaknya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching untuk balik ke Bintulu.

"Apabila beliau hendak keluar dari kenderaan pacuan empat rodanya, datang dua lelaki bersenjatakan pisau dengan seorang memakai topeng, mengarahkannya keluar dari kenderaan," kata jurucakap itu kepada Bernama di sini.

Menurutnya berlaku pergelutan antara Liwan dan suspek yang menyaksikan Menteri Muda itu mengalami kecederaan selepas terkena pisau sebelum ditarik keluar oleh suspek.

"Kedua-dua suspek kemudian melarikan diri dengan memandu kenderaan milik beliau," kata jurucakap itu lagi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padawan Supt Pauzi Bujang mengesahkan kejadian dan polis sudah melancarkan gerakan mengesan suspek dan kenderaan yang dilarikan. - BERNAMA


Hujah Terbaik Rosmah Mansur Salahkah Saya Menaiki Jet Dengan Prosedur

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tenang ketika ditanya kontroversi penggunaan jet ke Qatar. Beliau menghuraikan satu persatu jadual kerjanya dan mengapa beliau berada di Qatar, Dubai, Sri Lanka dan akhir sekali Bangladesh. Semuanya kerana kerja bukan untuk suka-suka. Semuanya dilakukan mengikut prosedur.

Dari Langkawi Rosmah terbang ke Qatar bagi memenuhi undangan untuk menyertai Qatar International Businesswomen Forum yang keempat. Beliau dijemput menerusi kedutaan Qatar di Malaysia yang kemudian dipanjangkan ke Wisma Putra dan dirujuk ke Kabinet.

Di Qatar, isteri Perdana Menteri diberi penghormatan menyampaikan ucaptama bertajuk The Empowerment of Malaysia Women dan juga dikurniakan anugerah.

“Dalam ucaptama itu saya berkongsi tentang kejayaan wanita Malaysia yang menjadi kebanggaan kita semua. Tak sangka pula dalam kita berbangga dengan khalayak antarabangsa tentang negara kita rupanya ada pihak yang tidak berpuas hati.

“Masyarakat antarabangsa bersungguh-sungguh memberi penghormatan kepada Malaysia tetapi rakyat kita sentiasa memandang negatif apa yang saya buat,” katanya.

Sementelah diberi penghormatan berada di pentas forum itu, Rosmah mengambil kesempatan melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Qatar, Sheikh Abdullah Nasser Khalifa Al-Thani. Kunjungannya itu turut menerima kritikan.

” Sebagai tetamu adakah salah saya memohon mengunjungi Perdana Menteri sebagai menghormati tuan rumah. Jika isteri Perdana Menteri negara-negara lain datang ke Malaysia, mereka akan melakukan perkara yang sama,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette di kediamannya baru-baru ini.

Jadual Rosmah di Qatar sememangnya padat. Beliau turut mengadakan kunjungan hormat ke atas Sheikha Moza Nasser yang merupakan Pengerusi Yayasan Qatar . Kunjungan hormat ke atas isteri Perdana Menteri, Sheikha Alanoud juga dilaksanakan.

Ditanya dakwaan kononnya beliau menggunakan jet kerajaan untuk menonton pertunjukan fesyen, Rosmah memberitahu, pertunjukan fesyen itu anjuran rakyat Malaysia, dan beliau dijemput kerana kebetulan berada di Qatar atas urusan rasmi.

Katanya, isteri Perdana Menteri Qatar telah menyatakan persetujuan untuk hadir pada majlis anjuran rakyat Malaysia di situ, salahkah beliau sebagai isteri pemimpin negara yang kebetulan ada di situ dan dijemput

“Saya bukan ke Qatar kerana pertunjukan fesyen. Saya berada di Qatar atas jemputan rasmi dan menonton pertunjukan fesyen yang dianjurkan oleh rakyat Malaysia kerana dijemput. Saya juga mahu menyokong usaha rakyat Malaysia tidak kira di mana mereka berada” katanya.

Isteri Perdana Menteri kemudiannya terbang ke Dubai bagi memenuhi undangan Princess Haya. Di Dubai berlangsung beberapa agenda termasuk membantu kerajaan di situ merealisasikan impian mahu melaksanakan program seperti PERMATA.

Satu majlis pertukaran dokumen memorandum persefahaman antara Permata Pintar yang dikendalikan UKM dan Alliance International Investment berlangsung semasa Rosmah berada di Dubai.

“Satu lagi kebanggaan apabila Malaysia menjadi rujukan malah program Permata menjadi model ikutan beberapa negara termasuk UAE,” kata Rosmah.

Di Dubai, Rosmah turut mengadakan kunjungan hormat ke atas Princess Haya dan Sheikha Fatma Mubarak iaitu Mother of The Nation UAE.

Beliau turut dijemput mengadakan lawatan ke Dubai Humanitarian City dan Dubai Healthcare City yang menempatkan pelbagai agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta badan-badan kemanusian antarabangsa.

Perbincangan antara delegasi Malaysia dan UAE turut berkisar kepada tawaran hasrat mereka mahu membuka cawangan di Malaysia sebagai hub di rantau ini. Mereka turut bertukar pandangan mengenai penyelidikan autisme.

“Kita explore pelbagai kemungkinan dan membina persahabatan untuk menarik perhatian mereka tentang peluang yang ada di Malaysia. Dan Alhamdulillah mereka menerima kita secara positif malah mahu membuka cawangan di negara kita sebaga wakil mereka di rantau ini,” katanya.

Ditanya mengapa tidak menggunakan pesawat komersial, Rosmah tersenyum. Katanya, isu itu tidak pernah timbul sebelum ini kerana setiap apa yang beliau lakukan mesti dirujuk kepada Kabinet untuk mendapatkan kelulusan.

Kabinet, katanya, mengambil kira pelbagai faktor terutamanya keselamatan dan masa.

“Kita bergerak mengikut jadual, apatah lagi sesuatu program itu disediakan oleh tuan rumah, kita mesti menepati masa,” katanya sambil memberitahu kemudahan jet kerajaan itu telah ada sejak sebelum Datuk Seri Najib menjadi Perdana Menteri.

Menurut Rosmah jadualnya padat tidak memungkinkan beliau menaiki pesawat komersial, dan beliau bukannya bersenang lenang apabila berada di satu-satu negara sebaliknya akan memastikan setiap masa terisi dengan program berfaedah.

Dan tidak semua negara menyediakan penerbangan ke satu-satu negara secara kerap, malah adakalanya hanya satu penerbangan untuk satu destinasi setiap hari.

Misalnya hanya terdapat satu penerbangan dari Kuala Lumpur ke Colombo, begitu juga Kuala Lumpur ke Dhaka seperti mana juga Dubai – Colombo dan Dubai ke Dhaka.

Dari Dubai, Rosmah berangkat ke Sri Lanka dan tiba di Colombo lewat malam dan seawal pagi menyertai Perdana Menteri menghadiri majlis perasmian CHOGM dan selesai CHOGM mereka ke Bangladesh untuk lawatan negara. Di Bangladesh, Malaysia turut menghulurkan bantuan untuk merawat kanak-kanak yang mengalami masalah sumbing.

Bukan mengungkit, tetapi hubungan erat Rosmah dengan isteri-isteri pemimpin luar negara ada masanya memberi kelebihan bukan untuk dirinya tetapi untuk rakyat Malaysia.

Kes penghantaran pulang kira-kira 8,000 pelajar Malaysia di Mesir ketika negara itu bergolak misalnya berjaya diselesaikan apabila beliau menghubungi keluarga diraja Arab Saudi sehingga akhirnya mereka dibenarkan mendarat di Jeddah dan diberi visa sebelum dihantar pulang ke Malaysia.

Begitu juga apabila seorang pelajar Malaysia, Ibrahim Mohd Azmi hampir dipenjarakan di Rafah kerana disangkakan spy sedangkan penuntut berkenaan menyertai konvoi anggota kemanusiaan Viva Palestina untuk mengambil gambar sepanjang perjalanan konvoi itu ke Gaza.

“Saya menghubungi Suzzane Mubarak memberitahu pelajar berkenaan akan menduduki peperiksaan, ibu bapanya bimbang dan pelbagai alasan lagi. Ketika itu fokus saya adalah untuk membebaskan pelajar berkenaan dan akhirnya dia dibebaskan dapat dapat kembali meneruskan pengajian,” katanya.

Bapa kepada pelajar berkenaan Dr Azmi Mohd Ghazali turut mengucapkan terima kasih kepada Rosmah. Azmi berkata, beliau sekeluarga amat berterima kasih kepada usaha isteri Perdana Menteri dan Kedutaan Malaysia di Mesir yang berjaya membebaskan anaknya itu.

“Saya tidak mengharapkan orang akan berterima kasih atau bersyukur dengan usaha kecil saya itu tetapi tolong jangan asyik mencari salah orang lain, atau menjaga tepi kain orang lain. Dan jangan mengada-adakan cerita, berdosa besar. Saya tak mengata orang, tak memburukkan pembangkang,” katanya.

Menurut Rosmah, apa yang dilakukan adalah sumbangannya untuk kesejahteraan negara dan beliau percaya mana-mana isteri pemimpin jika dijemput untuk berkongsi pengalaman tentang kejayaan negara mereka akan berbuat demikian. Dan adalah pemandangan biasa isteri-isteri pemimpin dunia menggunakan jet kerajaan masing-masing kerana pelbagai faktor waima negara seperti Bangladesh, Vietnam, Thailand, Laos, Kemboja dan Sri Lanka pun berbuat demikian.

“Apa yang saya lakukan kerana Allah, yang lain-lain saya tak fikir. Biarlah mereka memfitnah, menuduh dan memburuk-burukkan saya,” katanya.