Kita tekah lihat bagaimana Lim Guan Eng cukup hidup dalam serba mewah dari rumah hingga kereta dan gaya hidup serba moden.
Sepintas lalu
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diselar kerana menggunakan kereta rasmi jenis Mercedes-Benz S300L di sebalik bajet defisit kerajaan DAP Pulau Pinang buat tahun keempat berturut-turut.
Ini membuktikan Lim cukup hipokrit kerana langsung tidak memikirkan sensitiviti rakyat.
"Apabila Pulau Pinang mengalami bajet defisit, Guan Eng sepatutnya tunjuk contoh pemimpin yang baik untuk berjimat-cermat tetapi ini tidak, dia pula yang berlebih-lebih dengan kereta mewah baharu.
"Kereta Toyota Camry 2.5 yang digunakan sebelum ini masih baik lagi, kenapa pula dia hendak tukar sedangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pun hanya menggunakan Proton Perdana sebagai kereta rasmi," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Kerajaan DAP Pulau Pinang semalam mengumumkan Guan Eng menggunakan kereta rasmi jenis Mercedes-Benz S300L bernilai RM657,218 sekiranya tiada potongan cukai.
Pengumuman itu dibuat tidak sampai tiga bulan selepas kerajaan negeri itu menukarkan kereta rasmi kepada Toyota Camry 2.5.
Kerajaan DAP Pulau Pinang membentangkan bajet defisit RM255.44 juta untuk tahun 2014 yang merupakan bajet defisit buat kali keempat berturut-turut selepas defisit RM262.04 juta untuk tahun 2013, RM213.71 juta (2012) dan RM107.78 juta (2011).
Tidak cukup dengan itu sudahlah menginayai peniaga melayu yang makan kais pagi kais petang tetapi sempat juga ada tabung kutip derma sana sini.. Inilah gaya maharaja cina dahulu kala yang terbawa-bawa oleh Guan Eng.
cerdik jugak orang yang buat artikel ni. najib guna proton perdana buatan proton ke? cer jawab.
ReplyDelete