Wednesday, 19 February 2014

8 Faktor Kewajaran Kerajaan Lebih Relakan Waytha Moorthy Ponnusamy Letak Jawatan



Semua orang mempunyai cara pendekatan masing-masing dan walaupun bergitu tidak semesti setiap pendapat dan pendekatan masing boleh melangkau syarat-syarat dan peraturan tatasusila kerja seoarang menteri yang termatub dalam organisasi besar atau parti besar seperti Barisan Nasional.

Inilah yang berlaku diantara Waytha Moorthy yang terlampau yakin dengan cara sendiri hingga ingin bertindak mahu mengawal semua perkara dengan sendiri dengan cara sendiri.

1. Waytha Moorthy Ponnusamy mungkin terlupa yang matlamat pelantikan beliau sebagai timbalan menteri adalah merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk jalin kolaborasi dgn hindraf dlm selesai isu2 kaum India.

Ini adalah satu cara yang berani dilakukan Oleh Najib Razak dengan mengambil orang luar demi kepentingan kaum india.


2. Dari awal lagi Waytha Moorthy Ponnusamy menghadapi kesukaran untuk sesuaikan diri dan memahami sistem pentabiran kerajaan yang mungkin tidak dapat memenuhi keperluan dan expectation beliau. 

Antara lain, beliau berharap disokong oleh sebuah jabatan khusus dengan 50 pegawai dengan peruntukan sebanyak RM4 bilion. Cuba kita fikirkan jika Waytha Moorthy Ponnusamy seoarang sahaja mendapat RM4 bilion dan bagaimana dengan menteri-menteri lain dari pelbagai kaum yang lain


3. Kegagalan utama Waytha Moorthy Ponnusamy adalah gagal memahami cara dan kaedah pendekatan kerajaan tangani isu kaum India dan pelbagai kaum lain, secara sederhana dan berperingkat2. Ini penting mengambil kira aspek pratikaliti dan sensitiviti pihak lain dalam kerajaan. 

Pada Waytha Moorthy Ponnusamy dia mungkin hanya memikirkan kaum India sahaja tetapi buat seorang Perdana Menteri Malaysia seperti Najib Razak adalah jauh berbeza iaitu perlu juga memahami kehendak kaum lain demi kepentingan dan kesejahteraan pelbagai kaum di negara ini.


4. Namun bergitu Najib dan kerajaan masih memberi peruntukkan RM750 juta kpd kaum India yang disalurkan melalui pelbagai kementerian/agensi untukk menyelesaikan isu yang dibangkitkan oleh Hindraf.

Persoalannya bagaimana Waytha Moorthy Ponnusamy boleh memamfaatkan dana melalui pelbagai agnensi kerajaan untuk kepentingan kaum India. Di sini Waytha Moorthy Ponnusamy gagal mempunyai blueprint tersusun dan gagal membuktikan kelayakan dan kemampuan dirinya sebagai seorang menteri.


5. Hakikatnya kerajaan sudah berusaha keras untuk selesai isu melibatkan kaum India melalui pelbagai saluran. Masalahnya Waytha Moorthy Ponnusamy yang buntu, gagal dan enggan datang kepada Najib untuk meluahkan apa permasalahan sebenar dan mencari pendekatan yang sesuai yang boleh membantu Waytha Moorthy Ponnusamy bekerja.


6. Tetapi Waytha Moorthy Ponnusamy hanya mahu PM beri jaminan bertulis untuk menyalurkan peruntukkan sebanyak RM750 juta kapada beliau untuk laksana agenda pembangunan kaum India. Masalah yang enggan difahami Waytha Moorthy Ponnusamy adalah tuntutannya ini tidak teratur dari segi peraturan.


7. Waytha Moorthy Ponnusamy enggan memahami peraturan yang merupakan perkara pokok yang perlu dipegang oleh setiap Menteri.

Peraturan dalam Barisan Nasional tidak pernah membenarkan setiap dana terus di salurkan terus kepada Menteri untuk apa tujuan pun.

Kecuali melalui jabatan-jabatan yang bertanggungjawap yang bersuaian dengan tujuan dana tersebut mengikut keperluan setiap kaum.


8. Peraturan ini bertujuan untuk mengawal cara penggunaan dana dan mengelak dari penyalahan guna wang rakyat. 

Sudah tentu Perdana Menteri tidak boleh memberi kelebihan dan keistimewaan buat Waytha Moorthy Ponnusamy walaupun dia hendak atau meletak Jawatan. 

Sesungguhnya cara Najib Razak adalah tepat yang sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat walaupun terdapat desakan tidak munasabah dari seorang menteri.

No comments:

Post a Comment

Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.