Friday, 7 February 2014
Awas #PrkKajang Agenda Sulit Krisis Perlembagaan Selangor Oleh Pakatan Kangkung Rakyat
Blog GA mendakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhasrat untuk mewujudkan krisis perlembagaan di Selangor sebagai justifikasi beliau bertanding di Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
“Anwar jadi MB? Khalid jadi MB? Azmin jadi MB? Tak penting. Yang penting kepada Anwar adalah berlakunya masalah dengan Istana, dan kemudiannya ia boleh dipanjangkan kepada suatu suasana yang lebih parah di peringkat Persekutuan.
“Taktik ini tak ramai yang boleh baca. Kenapa kalau ada krisis perlembagaan ianya positif kepada Anwar? Tak mungkin Anwar sebodoh itu.
“Yang Anwar nak buktikan adalah Selangor adalah permulaaan kepada perubahan Perlembagaan di Malaysia. Kuasa Raja mesti dihadkan. Tidak ada kebebasan untuk mereka buat sesuka hati,” dakwa blog itu dalam artikel bertajuk “Krisis Perlembagaan: Memang Itu Yang Anwar Hajatkan.”
Menurut blog itu, strategi krisis perlembagaan yang dirancang di Selangor itu ditiru daripada Turki.
“Anwar hanya perlu ride kepada pemikiran Melayu liberal yang memang mahukan ini berlaku. Target Anwar bukan sangat jawatan MB – tetapi berlakunya masalah apabila proses perlantikan MB mahu digagalkan oleh institusi raja.
“Malaysia memang perlu cepat mengambil model politik Turki. Pindaan Perlembagaan di Turki berlaku dengan cukup massive dan besar. Segalanya boleh diubah. Termasuk klausa untuk membawa bekas pemimpin ke dalam mahkamah. Ini semua sedang disusun dengan baik,”katanya.
Antara pindaan yang akan Anwar cadangkan di dalam DUN Selangor, yang selari dengan apa yang yang dilakukan di Turki dakwa blog itu adalah seperti berikut :
1. Artikel 10 Perlembagaan Turki (Equality before the Law). Istana pun siap untuk diheret ke muka pengadilan.
2. Artikel Privacy Protection (tidak ada rahsia di dalam perbelanjaan Duli Tuanku Sultan dan Raja-Raja Melayu)
3. Artikel 54 Strike and Lockout
4. Artikel 125 Recourse to Judicial Review
5. Artikel 146 Constitutional Court
6. Artikel 147 Term of Office
No comments:
Post a Comment
Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.