Thursday, 6 February 2014
Faekah Buktikan Anwar Sedangkal Ini
Pergolakan dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin hangat apabila Bekas Setiausaha Sulit Menteri Besar Selangor, Faekah Husin terus lantang membidas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Twitter.
Terbaharu, Faekah yang kini Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated (MBI) menyifatkan kenyataan Rafizi Ramli bahawa kemenangan Anwar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang penting bagi menghalang Barisan Nasional (BN) menggunakan darurat bagi merampas Selangor sebagai dangkal.
Ya Allah... sedangkal ini?," bidas Faekah di laman Twitternya sebagai reaksi kepada kenyataan Pengarah Strategi PKR itu hari ini.
Rafizi dalam sidang akhbarnya hari ini menyatakan keputusan Anwar bertanding di Selangor adalah penting untuk menghalang BN menggunakan situasi darurat untuk merampas negeri itu.
Menurutnya, langkah itu juga adalah satu lagi persediaan dan juga iktibar terhadap kejadian di Kelantan pada 1977 apabila BN menggunakan perkara sama untuk merampas kuasa kerajaan negeri daripada Pas.
Faekah, baru-baru ini, membidas Anwar apabila menasihatkan ahli politik dari luar Selangor supaya belajar perlembagaan negeri termasuk proses serta prosedurnya selain tidak menghina Sultan Selangor dan jangan terlalu yakin dengan diri sendiri.
Beliau juga mencetuskan kontroversi apabila bertikam lidah dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali ekoran perkembangan Pilihan Raya Kecil DUN Kajang.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140206/po_07/Faekah-terus-lantang-bidas-Anwar#ixzz2saWRgRhH
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment
Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.