Thursday, 27 February 2014

Gempar Skandal RM606 juta Projek Langat II


PPM cukup tertarik dengan penulisan DrMim bila membongkar skandal RM 606 juta projek Langat II. Sebelum itu apa jua ceritanya.. PPM cuma ingin bertanya kepada Khalid dan rakyat Selangor kenapa semua kemelut krisis ini hanya dipersetujui setelah kerajaan pusat terpaksa bazirkan RM 606 juta dan setelah pertanda rakyat Selangor menanggung azab pencatuan air. Itu kita belum kira nasib malang penduduk flat yang tinggi terpaksa tanggung azab lebih lama dari itu. Kenapa baru sekarang Khalid bertindak?
______________________(Penulisan di bawah dari DR MIM)____________________ 

Pada tahun 2010, kerajaan PKR negeri Selangor mendakwa projek Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (Langat 2) tidak perlu disegerakan dengan alasan bekalan air untuk Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mencukupi sehingga 2019.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempersoalkan sikap kerajaan pusat yang mendahulukan projek loji rawatan itu seolah-olah ia amat penting dalam menyelesaikan masalah perkhidmatan air di Selangor - Bernama
Sungguh memalukan kerana pembinaan Loji Langat 2 dihentikan kerajaan PKR negeri selepas Pilihan Raya 2008 apabila pakatan pembangkang menewaskan BN di Selangor.


Walau pun dihentikan, kerajaan BN persekutuan tetap mahu meneruskan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 memandangkan kepentingan projek tersebut kepada rakyat Selangor. Inilah salah satu keprihatinan kerajaan BN Persekutuan terhadap rakyat yang disering dinafikan.

Perkara itu diputuskan pada mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Isu-Isu Air Selangor pada 2 Ogos 2013, yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Tetapi akhirnya, hari ini kerajaan PKR negeri Selangor terpaksa membenarkan Putrajaya meneruskan Loji Rawatan Air Langat 2 untuk membantu mereka mengatasi masaalah air yang sering berlaku di negeri itu.

Realitinya, segalanya sudah dirancang dengan elok oleh BN sebelum ini :


Penangguhan pembinaan loji berkenaan dan sistem agihan air yang sepatutnya bermula pada 2010 akan menyebabkan keperluan menambah kapasiti air terawat menjelang 2014 tak dapat dipenuhi.

Akibatnya, Kerajaan Persekutuan terpaksa mengeluarkan belanja tambahan sebanyak RM606 juta sebagai langkah mitigasi bagi mengelakkan berlakunya krisis air di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur.
Pelaksanaan Loji Rawatan Air Langat 2 adalah opsyen terbaik dari segi kewangan, teknikal dan sosial supaya pengguna di tiga kawasan ini mendapat bekalan air yang mencukupi dan berterusan sehingga 2020.

Keputusan ini adalah berdasarkan kajian yang dilaksanakan pada 2000 dan dipersetujui kerajaan Selangor di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN) ketika itu, katanya seterusnya

Sudahlah kerajaan BN Persekutuan mungkin terpaksa mengeluarkan belanja tambahan sebanyak RM606 juta, kapasiti air bersih yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat Selangor menjelang tahun tahun 2014 terbantut dek tindakan 'cerdik' kerajaan PKR negeri yang menangguh pembinaan loji air tersebut!

MiM percaya ramai di antara kita terutamanya rakyat Selangor tidak sedar tentang RM606 juta yang mungkin terpaksa ditambah itu!

Pertikaian berhubung isu air di Selangor mula mendapat perhatian apabila pembinaan Loji Langat 2 dihentikan kerajaan PR selepas Pilihan Raya 2008 apabila pakatan pembangkang berkenaan menewaskan BN di Selangor.
Ekoran kekerapan berlakunya gangguan bekalan air, kedua-dua pihak, kerajaan negeri dan SYABAS sering betelagah menyalahkan satu sama lain.
BN seringkali menggesa kerajaan PR Selangor untuk membenarkan pembinaan Loji Langat 2 bagi mengatasi masalah kekurangan takungan air bersih di negeri tersebut - 8 January 2014.

Cuba kita fikirkan semula, jika Selangor masih dipegang oleh BN. Projek untuk kesejahteraan rakyat itu berkemungkinan besar sudah hampir siap dan kos tambahan RM606 juta itu boleh digunakan untuk membiayai projek-projek lain yang berguna untuk rakyat.

Dengan RM606 juta, lebih daripada 930,000 rakyat Malaysia boleh menikmati RM650 seperti BR1M !

Tetapi, apakah kita semua sedar dengan kos tambahan ini?

MiM berharap agar rakyat terutamanya penyokong-penyokong Pakatan Pembangkang sedar perkara ini.

No comments:

Post a Comment

Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.