Monday, 24 February 2014
Lim Guan Eng Celupar Jangan Sampai Kena Saman dari Datuk Abdul Rahman
Datuk Abdul Rahman Dahlan (gambar) akan menyaman Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng selepas menuduhnya menyokong cadangan membakar Bible yang dibuat oleh Perkasa satu ketika dahulu.
Melalui akaun Twitternya @mpkotabelud, menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan itu menjawab posting setiausaha agung DAP itu di yang mengaitkannya dengan cadangan pembakaran Bible.
“Di sebalik penjelasan saya, beliau terus memutarbelitkan fakta, sekali lagi anda kata saya sokong pembakaran Bible, saya akan saman anda,” kata Abdul Rahman menjawab tulisan akaun Twitter Lim, @cmlimguaneng.
"Saya sudah muak dengan politik busuk anda. Tiada yang baik datang dari mulut anda," katanya.
Menjawab posting Abdul Rahman itu, Lim menyifatkan kata-katanya sebagai 'omongan kosong'.
"Wah! Saya takut, anda ingin menyaman saya, satu badan saya menggigil. Bila anda ingin memfailkan saman? Tidak sabar untuk membuktikan yang benar. Jangan buat omong-omong kosong," kata Lim.
Jawapan Lim itu menggerakkan Abdul Rahman untuk terus mengambil tindakan mahkamah terhadapnya.
"Cukup. Saya akan jumpa anda di mahkamah," kata Abdul Rahman.
"Saya tidak akan membenarkan sesiapa pun menuduh saya sebagai menyokong pembakar Bible. Yang Amat Berhormat (YAB) tidak terkecuali. Saya akan memfailkan saman saya terhadap Lim Guan Eng. Biar mahkamah membuat keputusan," kata Abdul Rahman.
Kenyataan beliau mendapat sokongan ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang yang menasihatkan pemimpin DAP agar berhenti memfitnah pemimpin Barisan Nasional (BN), melalui akaun Twitternya, @tankengliang.
Pada Julai tahun lalu, Lim menggelar Abdul Rahman sebagai "rasis dalam selimut" kerana mempertahankan keputusan Putrajaya untuk tidak menghukum Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali yang mengugut untuk membakar kitab Bible dalam bahasa Melayu. – 24 Februari, 2014.
No comments:
Post a Comment
Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.