Mubin Sheppard yang menulis Tunku, His life and Times, menulis panjang lebar tentang 13 Mei 1969, dari mula pembabitan 6 orang pemuda Cina dari Pontian yang dibicarakan kerana menderhaka dan dibela oleh seorang peguam bernama P.G. Lim yang merupakan adik perempuan kepada 'SEORANG PEMIMPIN POLITIK PEMBANGKANG MALAYSIA' pada September 1969 dan kemudian didapati bersalah serta dijatuhi hukuman gantung sampai mati.
Keenam-enam pemuda Cina tersebut telah mengaku, mereka telah direkrut oleh anggota Barisan Sosialis di Pontian dan telah dihantar ke Sumatera untuk berlatih menggunakan senjata api dan payung terjun sebelum mereka pulang ke Malaysia.
Rayuan yang dibuat oleh P.G. Lim gagal. Tan Chee Koon kemudian masuk campur tetapi rayuan di Mahkamah Persekutuan gagal. Hanya DYMM Yang Di-Pertuan Agong sahaja yang boleh menyelamatkan mereka daripada hukuman gantung.
Gagal dalam mendapatkan rayuan keampunan, keenam-enam pemuda Cina dari Pontian itu menjalani hukuman gantung mereka.
Kemudian 5 orang pemuda Cina, juga dari Johor turut dibicarakan atas tuduhan yang serupa. Ini menimbulkan polemik politik. Pembangkang cuba memujuk UMNO. Tunku Abdul Rahman meminta agar Peguam Negara mengkaji semula kes tersebut. Lembaga Pengampunan Johor menolak pengampunan pada 11 Julai.
DAP merancang 'Mercy March' menerusi tiga belas orang sukarelawan yang telah mengutip hampir sepuluh ribu tandatangan, tetapi polis enggan memberikan permit. Persediaan untuk menggantung keenam-enam pemuda Cina tersebut telah dibuat. Ibu bapa mereka telah diminta datang ke penjara di Johor Baru untuk menandatangani dokumen.
Orang Cina mengadakan demonstrasi berhampiran pusat Bandar Kuala Lumpur dan mendesak agar keenam-enam pemuda Cina itu diampunkan. Tiga belas orang remaja Cina ditahan dan permohonan untuk mengadakan satu lagi demonstrasi telah ditolak oleh polis.
Sementara itu, kempen politik yang dianjurkan oleh parti-parti pembangkang mula merebak dari Kuala Lumpur ke beberapa bandar lain. Organisasi antarabangsa mula campurtangan dengan tujuan untuk memperkecil-kecilkan Malaysia dan undang-undang negara ini.
Di mana Lim Kit Siang pada waktu itu?
Dia begitu sibuk menghasut agar keenam-enam pemuda Cina yang telah berpakat dengan tentera Indonesia untuk menyerang dan menjajah Malaysia, dibebaskan dan tidak dihukum gantung.
Apa kata Kua Kia Soong dalam bukunya tentang 13 Mei?
Kua Kia Soong langsung tak berani menyentuh peranan hasutan yang dibuat oleh Lim Kit Siang!!!
Tahun 1969, apa yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim dalam membela KOTE BENGKOKnya telah pun dilakukan oleh gerombolan pembangkang yang diketuai oleh Lim Kit Siang. Bezanya, Lim Kit Siang membela enam orang pemuda Cina yang dihukum gantung kerana menderhaka dan mengkhianati negara berbanding Anwar Ibrahim yang menggerakkan orang ramai untuk membela perbuatan dan kegemarannya... MELIWAT JUBOR JANTAN!!!
No comments:
Post a Comment
Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.