Wednesday, 12 March 2014

#MissingMH370 Keajiban Penumpang Masih Aktif Laman Jaringan Internet #PrayForMH370



Ahli keluarga kepada penumpang pesawat MH370 mendakwa mereka dapat menghubungi telefon bimbit anggota keluarga yang berada dalam pesawat berkenaan.

Akhbar Washington Post melaporkan sebahagian ahli keluarga kepada 239 penumpang yang menaiki pesawat itu mendakwa mereka mendengar nada dering ketika membuat panggilan telefon.



Dalam kes lain pula, ada saudara penumpang mendakwa dapat melihat status penumpang yang masih aktif menerusi laman jaringan tempatan China digelar QQ.

Bagaimanapun, panggilan dibuat ahli keluarga tidak dijawab penumpang manakala mesej juga tidak dibalas.


ANGGOTA Tentera Udara Indonesia menaiki pesawat di sebuah lapangan terbang di Medan untuk menyertai operasi mencari dan menyelamat, semalam.


“Ahli keluarga turut memaklumkan mengenai akaun QQ yang masih aktif dan maklumat itu disalurkan kepada pegawai MAS di Beijing dengan harapan dapat membantu mengesan kedudukan penumpang dan pesawat itu melalui signal Sistem Pengesanan Global (GPS),” lapor akhbar berkenaan.


Selain itu, dilaporkan, seorang ahli keluarga turut meminta anggota polis China untuk datang ke rumahnya untuk ditunjukkan akaun penumpang yang masih aktif, namun pada petang Isnin, status berkenaan ditukar kepada tidak aktif. Sumber

No comments:

Post a Comment

Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.