Sunday, 30 March 2014

#MissingMH370 Kenapa CNN lebih percayakan Sumber Anwar Berbanding Najib Mahupun Hishammuddin

PPM tertarik kepada satu penulisan Datuk Huan di bawah ini.

“Semasa krisis MH370, semua orang dahagakan maklumat. Bagaimanapun, berita CNN menyampaikan maklumat yang berat sebelah mengenai MH370 secara berterusan atas nama ‘laporan berita’. Bukan sahaja ia memburukkan lagi masalah yang sedia ada, tetapi ia juga menyebabkan orang ramai ‘menentang’ Malaysia yang pada masa ini sedang berusaha melakukan yang terbaik untuk mengesan pesawat itu dengan kerjasama 26 negara lain.

“Jelas sekali, CNN mempunyai agenda tersembunyi dengan mencemuh Malaysia menerusi artikel dan rencana yang berat sebelah.”

Menurut Huan lagi, dalam dunia CNN, misi mereka dalam mengejar rating telah mengenepikan laporan berdasarkan fakta.

Lebih melucukan, penyampai berita saluran itu hanya menggunakan pesawat mainan untuk menggambarkan bahagian tertentu pada pesawat sambil mengeluarkan teori-teori mereka.



Itu belum lagi ditambah dengan penerangan menerusi gambaran grafik ‘murah’ bagi merendah-rendahkan lagi Malaysia di mata dunia.

“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, rating CNN telah menurun berbanding Fox News sehinggalah berlakunya kejadian MH370. Jelas sekali dunia sangat berminat dengan misteri ini. CNN melihat berita kehilangan pesawat ini sebagai ‘lombong emas’ sekaligus memanipulasikannya ke tahap maksimum.

“Secara mudahnya, motivasi CNN ialah tentang keuntungan menerusi rating yang tinggi. Namun, siapa yang terpaksa ‘membayar harga’ atas laporan yang tidak berasas dan tidak bertanggungjawab mereka?

“Sudah tentu Malaysia! Simpatilah sikit! Fikirlah apa yang dilalui oleh semua orang,” kata Huan.

Beliau pada masa yang sama turut membidas wartawan penyiaran yang tidak bersungguh-sungguh melakukan penyelidikan sehingga merujuk Kuala Lumpur sebagai salah satu bahagian di Indonesia.



“Baru-baru ini, CNN menemubual Anwar Ibrahim bagi mengetahui pandangannya mengenai MH370. Walhal, mereka sebenarnya boleh menemubual Perdana Menteri atau Pemangku Menteri Pengangkutan yang boleh memberikan jawapan yang lebih jelas mengenai perkara itu!



“CNN jelas tidak mempunyai akar berita lagi. Keutamaannya lebih kepada rating dan keuntungan serta menyokong apa sahaja agenda politik tersembunyi, sekaligus membutakan penerbitnya daripada mematuhi prinsip-prinsip kewartawanan dan tanggungjawab asas dalam melaporkan kebenaran dan tanggungjawab.

“Jangan pilih Malaysia walau apa pun motif anda! Jika mahu menulis mengenai negara ini, lakukannya dengan betul!” tegas Datuk Huan.

Satu persoalan yang terdetik difikiran PPM kenapa CNN yakin sangat info Anwar Ibrahim berbanding Najib mahupun Hishammuddin walhal mereka berdualah yang benar update setiap info dari pelbagai sumber yang dilenkapi pelbagai teknologi yang canggih.

Adakah Anwar mempunyai versi yang lain untuk disampaikan tetapi semata temuramah tidak tersampai laaa jugak. Atau inilah perancangan Anwar dengan CNN yang sengaja mencari jalan menjatuhkan Malaysia di bawah pimpinan Najib?


No comments:

Post a Comment

Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.