Saturday, 29 March 2014
#PakatanRosak Balasan Kesetiaan Ahli PAS Kepada Lim Guan Eng Melihat Rumah Sendiri Dirobohkan Diusir
Menjadi ahli Pas yang menyokong kerajaan DAP negeri tidak memberi kelebihan kepada Abdul Najib Darus, 59, selepas rumahnya di Kebun Bunga di sini yang didiaminya sejak hampir 80 tahun lalu, bakal dirobohkan pada bila-bila masa.
Abdul Najib akan menerima notis akhir untuk mengosongkan rumahnya pada Isnin ini tanpa sebarang jaminan pampasan setimpal daripada kerajaan pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
Menurut Abdul Najib, dia kini buntu memikirkan masa depannya kerana rumah warisan arwah bapanya, Darus Din itu akan dirobohkan bagi memberi laluan kepada projek pembesaran Kebun Bunga.
Katanya, masalah yang dihadapinya itu berlarutan sejak 2008 selepas DAP mengambil alih kepemimpinan negeri ini meskipun sudah beberapa kali meminta pertolongan pemimpin Melayu kerajaan negeri termasuk Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mohd. Rashid Hasnon.
"Sejak menerima notis mengosongkan tanah ini pada 2009, saya tak senang duduk memikirkan nasib keluarga termasuk seorang anak orang kurang upaya (OKU) dan cuba meminta bantuan daripada beberapa pemimpin kerajaan negeri.
"Tapi biarpun pelbagai janji dibuat namun tiada sebarang hitam putih diberi berkenaan nasib saya malah saya terpaksa berhadapan pengusiran apabila notis akhir pengosongan itu ialah pada 31 Mac ini," katanya selepas mengadakan bantahan selepas solat Jumaat di sini hari ini.
Abdul Najib pernah ditawarkan menduduki rumah sewa di Jalan Kampong Kolam, Air Itam selama tiga tahun dengan sewaan sebanyak RM240 sebulan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) pada 27 Oktober 2009.
Namun, dengan pendapatan yang tidak sampai RM800 sebulan, dia sukar menerima tawaran itu menyebabkannya terbatal.
Jelas Abdul Najib, dia kini hilang kepercayaan terhadap pimpinan kerajaan DAP negeri dan berharap ada pihak sudi tampil membantunya mendapatkan rumah sesuai.
"Saya bukan minta pampasan yang tinggi, cukup sekadar rumah saya yang dirobohkan diganti sebuah rumah yang selesa, bukannya menyewa seperti surat tawaran dulu.
"Kalau pemimpin Melayu dalam kerajaan negeri tidak dapat bantu, siapa lagi yang boleh dijadikan tempat mengadu nasib orang Melayu di negeri ini," katanya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140329/po_04/Rumah-ahli-Pas-Pulau-Pinang-bakal-diroboh#ixzz2xKIv27Id
© Utusan Melayu (M) Bhd
Nik Aziz boleh settlekan.. Padan muka.
ReplyDeletePenang malay sombong sangat, orang tanjong konon, nah amek kau, padan muka. Suke……
ReplyDeletePulau Pinang ni tengah dalam process untuk jadi Singapura nombor 2. Diaorang memang berangan nak tindas dan pandang rendah orang Melayu. Bangun lah woi!!!!!
ReplyDeletepulangkan pulau pinang kepada kedah
ReplyDelete