Tuesday, 15 April 2014

Berapa Kali @TianChua Ditangkap Dan Dibebaskan Tetapi Semakin Biadap


Sudah berapa kali pihak berkuasa cujkup berlembut dengan Tian Chua. Berapa kali dia ditangkap dan di lepaskan? Yang terbaru.

Polis mengesahkan pihaknya telah menyita telefon bimbit milik Ahli Parlimen Batu, Tian Chua di sebuah hotel di Petaling Jaya kira-kira pukul 8 malam tadi.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi Bernama hari ini berkata telefon bimbit Naib PKR itu disita untuk membantu polis menyiasat kes di bawah Akta Hasutan 1948.

"Maklumat lanjut mengenai kes ini akan disiarkan melalui siaran media nanti, yang dilakukan (Bahagian) Hal Ehwal Awam Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur," kata Khairi.

Sementara itu, Setiausaha Politik kepada Tian Chua, Rozan Azen Mat Rasip berkata ketika didatangi 10 anggota polis berpakaian biasa, Tian Chua sedang bertemu dengan kenalannya di hotel terbabit.

"Mereka hanya menunjukkan waran untuk menyita telefon bimbit berkenaan, namun tidak menyatakan pula untuk tujuan apa. Mereka cuma kata untuk siasatan di bawah Akta Hasutan," katanya ketika dihubungi. - Bernama


Seperti biasa Tian Chua terus mnenerus memaki hamun Polis dengan ungkapan CELAKA tetapi untuk kali ini Tian Chua hanya dirampas gejet untuk siasatan menghasut rakyat menggulingkan kerajaan ini cukup jelas anda boleh tonton di video ini.


Ini turut berkaitan dengan Reformasi2 yang mana Anwar semakin terdesak untuk larikan diri dari bertanggungjawap dalam kes Liwat2. Anwar sudah hilang akal untuk mengelak dari hukuman dan satu cara yang tinggal hasut rakyat gulingkan kerajaan. Apatah jawatan PM adalah idaman manusia rakus ini.

No comments:

Post a Comment

Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.