Sunday, 20 April 2014

#HadisPalsu Wardina Mendapat Pujian Dr Maza Tetapi Ustaz Dhiya Zaid Ada 2 Hujah Terbaru Terbaik


Sebenarnya PPM sedikitpun tidak berasa terkejut dengan apa yang dinyatakan Dr Maza di FBnya:
Saya yakin hasrat Wardina amat baik untuk memastikan ajaran agama yang beliau dengar itu sahih. Hak beliau untuk bertanya apabila mendengar perkara-perkara yang dirasakan pelik. 
Ustaz Don juga saya rasa bukan berniat buruk. Mungkin niat beliau ingin menyampaikan cuma kadang-kala terlepas pandang keabsahan perkara-perkara tertentu. 
Saya lihat ada nilai tawaduk juga pada ucapan Ustaz Don bahawa jika dia salah tolong tegur. Itu sikap yang baik. Wardina tidak menegur langsung cuma meminta pihak yang bermaklumat menegur. 
Itu pun suatu nilai yang amat baik. Mudah-mudahan kebaikan bertemu kebaikan menatijahkn kebaikan yang lebih besar.
Bunyinya cukup mulia cumanya satu yang Dr Maza tidak sentuh adakah kaedah memuat naik 5 video yang di edit dan dilebelkan tahap hadis palsu dan diwar-warkan di dalam Facebook dinamakan satu amalan mulia?

Sebelum ini PPM ada copy paste isu penjelasan Ustaz Dhiya Zaid Bancuh Dengan Bukti Kitab Lama klik dan baca disini rasanya itu jawapan yang diminta Wardina. Tetapi menjadi panas dengan pelbagai pendapat dari pelbagai pihak. 

Kalaulah isu dibualkan antara "Wardina bertemu Ustaz Don" atau "Wardina bertemu Majlis Islam untuk meminta disiasatkan kesahihan penyampai Ustaz Don, secara diam-diam". Bukankah lebih bijak.

Satu persoalan yang harus difikir menyatakan dengan secara terbuka di media sosial dengan mengggunakan "Hadis Palsu" adakah wajar?

Mungkin suatu hari nanti masyarakat kita boleh mengambil contoh hingga hak bertanya atau pertikaikan ibu-bapapun boleh menggunakan facebook?  Kerana hak bertanya lebih mulia walaupun dilihat membuka pekong ibu-bapa, dan apatah lagi jika isunya belum pasti sepertimana Wardina tidak pasti kesahihan Hadis yang dibicarakan Ustaz Don?(ini sekadar contoh)

Andaikata kebenaran Ustaz Don lebih tinggi. Bagaimana dengan nasib dengan maruah Ustaz Don yang tercalar dengan kaitan penyebaran hadis palsu? Melainkan Dr Maza ada jawapan sebaliknya yang menyebabkan dia yakin Wardina harus diberi pujian melambung.

Tahniah isu menyebabkan imej Ustaz yang lemah lembut seperti Ustaz Don diabaikan demi ego seorang wanita yang lebih menjurus mencari isu sensasi di Fan Pages nya berbanding memahami peradaban bertanya. Terutama orang yang bertanya sendiri tidak tahu siapa yang benar atau salah. Itu pendapat PPM. 

Satu lagi PPM berminat sangat dengan dua hujah Ustaz Dhiya Zaid yang terbaru yang kita boleh sambung dari episod sebelum ini, wajar kita renungan semula sebagai penutupnya. iyalah sudah terlanjur Wardina buka persoalan di facebook mari kita buka kesemuanya.

Hujah pertama Magic

Dalam kuliah Maghrib tadi di Masjid Nurul Ehsan Taman Medan dan kuliah Isyak tadi di Surau Al-Mustaqim Mentari Court, saya ada sebutkan kisah "MAGIC" yang sudah masyhur itu. (tidak perlulah sudah dinyatakan di sini).

Kita sudah bawakan kitab rujukan. Tetapi masih ada yang tidak puas hati. Mereka mengatakan cerita ini tidak logik dan tidak masuk akal. Asal bawa kitab sahaja. Fuhhh! Letih main dengan orang macam ini.

Mula-mula mereka tuduh ini cerita palsu. Bila kita bawakan kitab rujukan yang dikarang oleh ulamak yang bukan calang-calang orangnya, mereka katakan pula, "Jangan main ceduk ja". "Kitab tidak boleh menjadi hujjah kesahihah sesuatu cerita." "Kisah itu tidak selaras dengan Al-Quran dan Sunnah." Fuhhh! Memang letih sangat-sangat main dengan orang serba tahu. Semua orang salah. Dia sahaja yang betul.

Allah. Allah.

Ada juga mulut-mulut tidak "ditahnik" mengatakan "Takkanlah telaga Zamzam & Telaga Barahut itu boleh memuatkan semua ruh-ruh."

Oh!

Fahamilah baik-baik, yang "klimak" kepada cerita yang dibaca Ustaz Don adalah bukan tentang ruh tersebut, tetapi berkisar tentang orang yang memutuskan silaturrahim. Ini ceritanya. Kalau nak cerita bab ruh, baik buka kitab Ar-Ruh karangan Ibn Qayyim. Lagi pula kita tidak disuruh sembang-sembang pasal ruh ini kerana kita sendiri tidak mengetahui hakikat ruh tersebut. Dalam Al-Quran sudahpun menjelaskan. Firman Allah Ta'ala:

وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الرُّوحِ قُلِ الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّي وَمَا أُوتِيتُمْ مِنَ الْعِلْمِ إِلَّا قَلِيلًا

“Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: Roh itu dari perkara urusan Tuhanku dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja.” (Surah Al-Israa’: 85).

____________________

Kesimpulan.

1. Para Ulamak khilaf tentang di mana tempatnya ruh selepas keluar daripada jasad. Hal ini dijelaskan oleh Ibn Qayyim di dalam kitabnya Ar-Ruh.

2. Tidak semua kisah yang tidak selaras dengan Al-Qur'an dan Sunnah ianya tidak sahih. Berapa banyak kisah-kisah benar yang berlaku di zaman para Sahabat, para Tabi'en, Salaf As-Soleh, para Auliya' yang kadang-kadang tidak selaras dengan Al-Quran dan As-Sunnah. Ini kerana di sana ada yang namanya KARAMAH. - sila rujuk Matan Al-Aqidah At-Thahawiyah & Matan Jauharah At-Tauhid -

3. Sesuatu perkara yang terjadi di dunia ini kadang-kadang tidak boleh dita'bir dengan logik akal. Ada perkara yang kita boleh fikir dan rasional pada pandangan akal manusia. Tetapi di sana ada juga perkara yang yan g diistilahkan sebagai "Irhash" atau "khariqul ’adat" yang terjadi dengan kuasa dan kehendak Allah Ta'ala. - bukan kuasa manusia -

4. "Beghat Nanang" kalau sampai kita mengatakan bahawa ruh-ruh manusia tidak muat masuk ke dalam telaga. Jangalah pandai-pandai. Kita tidak tahu tentang urusan ruh. Hang tahu mana dalam telaga ada ruh-ruh manusia. Hang tahu mana ruh-ruh tidak muat masuk dalam telaga.

5. Tentang telaga Barahut itu, ada hadisnya. Tentang ruh yang berada dalam telaga pun ada riwayatnya. Sila rujuk kitab Ibn Qayyim. Sekali lagi saya katakan, ulamak khilaf tentang di mana letakknya ruh ini selepas mati. Tidak perlulah kita panjang-panjangkan cerita. Jika ingin mengetahui lebih lanjut, pergilah belajar dengan Tok Guru. Jangan belajar di 'mukabuku' dan 'google' sahaja.

6. Sebahagian kita mungkin lebih mempercayai 'tokoh' yang hidup di zaman kita kerana dia memiliki Phd. Sehingga kita lupa kepada 'ulamak' kita yang hidup di zaman lampau, kerana mereka tidak mempunyai Phd. Begitukah kita? Mungkin kita boleh menuding jari bahawa Imam Az-Zahabi dan Ibn Hajar Al-Haytami mungkin melakukan kesalahan. Tetapi kenapa kita tidak boleh menuding jari kepada 'tokoh' yang hanya menulis pendapatnya dibalik "laman sosial" sebagai orang yang mungkin juga silap dan salah pendapat dan tulisannya. Kenapa tidak begitu?

7. Mungkin 'tokoh' di zaman ini lebih memahami Al-Quran & Hadis berbanding Imam Az-Zahabi & Ibn Hajar Al-Haytami sehingga boleh menilai kisah yang disebut oleh para Ulamak kita 'bercanggah' dengan Al-Quran & Hadis.

8. Janganlah kita perlekehkan dan permainkan kisah ini. Sehingga mengatakan kita boleh seru ke telaga tersebut bertanyakan bagaimana keadaan MH370. Ini baru betul "cerita palsu" yang perlu disiasat. Jika kita tidak bersetuju, DIAM sahaja. Jika kita tidak tahu, DIAM sahaja. Jika kita ingin tahu, BELAJAR & BERTANYA PADA AHLINYA.

Sekian.

Terlebih kurang, mohon ampun dan maaf.

Hujah Kedua Tidak Masuk Akal

Ada yang mengatakan sesuatu perkara yang tidak lojik atau tidak masuk akal, mustahil dikaitkan dengan agama. Seolah-olah setiap apa yang dikaitkan dengan agama MESTI mengikuti logik akal manusia.

Tidak!

Tidak semua perkara yang berkaitan dengan agama mesti logik dan masuk akal. Ada perkara-perkara yang terkadang tidak mampu terjangkau dek akal dan logik manusia yang serba naif ini. Ada peristiwa-peristiwa yang kadang-kadang tidak masuk akal, kerana ia memang tidak terjangkau oleh akal manusia. Kerana apa? Apa tujuannya? Supaya manusia sedar mereka lemah, agar manusia sedar ada kuasa yang Maha Hebat yang wajib DIIMANI dengan penuh penyerahan di hati.

Contoh mudah peristiwa Isra' & Mi'raj.

Nah, jika 'ungkapan' seperti ini terus dibiarkan, umat Islam di Malaysia akan menilai agama berdasarkan rasional akal mereka. Maka jangan hairan jika ada orang yang mengatakan;

"Takkanlah kerana tidak pakai tudung masuk Neraka."

Berhati-hatilah!

#PPM note.. Semoga 2 hujah ini memberi kelebihan untuk kita renungi bersama. 
Wallahu a'lam..

9 comments:

  1. Sekadar berkongsi pengalaman.

    Saya mengenali beberapa orang dalam hidup saya yang asalnya mereka bukanlah dari golongan yang mentaati agama dengan istiqomah dan tidak juga belajar agama secara istiqomah dan berterusan.

    Tiba-tiba mereka diberi hidayah oleh Allah lalu mereka mencari orang2 yg boleh memberikan ilmu agama kepada mereka.

    Individu 1:
    Dalam pencariannya, beliau mengikut al-arqam. Dalam masa 2 tahun, personality terus berubah. Sesiapa yg tak solat, dia akan ugut nak bunuh. Dia amat tekankan bab menjaga sunnah Rasulullah hingga ke tahap menengking ibu jika ibu bergerak lambat ke tikar solat (sedangkan si ibunya uzur, sakit lutut, tak boleh bergerak cepat). Dalam masa 5 tahun, beliau telah dipanggil Pak Sheikh oleh kawan2 arqamnya. Dalam kepalanya, apa yg dia buat semuanya betul. Contohnya, dia pernah 'ambil' buku agama yg orang wakafkan ke masjid atas alas an bukan ada orang baca pun kalau buku tu diletak di masjid.

    Individu 2:
    Zaman mudanya sama macam orang2 muda yg lain. Sejak masuk umur 30'an, mula mendekati kelas agama. Cukup tegas bab menentang penggunaan Hadis Palsu. Juga kini dipanggil Pak Sheikh oleh kenalan usrahnya. Tetapi dalam handphonenya penuh dgn foto lucah. Juga suka bercakap perkara lucah dgn kawan2 rapatnya. Bab makan di restoran, main hentam aje atas alasan kita tidak perlu mempersoalkan kehalalan makanan yang dihidang.

    Individu 3:
    Baru 3 tahun mengikut UAI. Sekarang dalam Fbnya hanya memetik hadis2 dan petikan kitab2. Personaliti juga dah berubah. Kalau dahulu mesra dengan keluarga, sekarang hanya berkurung dalam rumah dan sudah tidak mahu bergaul dgn ahli keluarga. Kalau dahulu bekerja, sekarang sudah berhenti, hanya nak belajar agama sedangkan umur dah 30'an.


    Di mana silapnya?
    Adakah kerana mereka tidak belajar agama secara beransur-ansur maka kerana itu mereka seperti 'memakai' agama mengikut keperluan sendiri sahaja. Mentafsir agama dalam minda mereka mengikut apa yang mereka rasa sebagai betul?

    Takkan tak tahu bahawa menengking ibu itu berdosa besar?

    Takkan tahu bahawa 'mengambil' sesuatu yg bukan hak kita itu adalah mencuri?

    Takkan tak tahu yang melihat perkara lucah itu berdosa?

    Takkan tak tahu yg makan sesuatu yg halal itu wajib kerana kita tinggal di Malaysia yg peraturannya jelas.

    Takkan tak tahu yg orang lelaki wajib bekerja?

    Takkan tak tahu yang memutuskan silaturrahim itu berdosa besar?

    Lalu....layakkah mereka digelar 'pak sheikh' ?????

    ReplyDelete
  2. yang mana satu allah pelihara al quran atau kitab karangan makhlukNya sendiri seperti ulamak ? alim(seorang) = ulamak(jamak) dua-dua maknanya berilmu , nabi pesan berbegang teguh dgn al quran dan sunnah rasulNya bukan dengan kitab karangan makhluk manusia

    ReplyDelete
  3. Teguran secara terbuka....untuk apa?supaya semua tahu,untuk apa?untuk mengaibkan?tak...habis?nak membetulkan dan memberikan teguran....perlukan semua orang tahu anda memberikan teguran dan menyuruh orang lain menegur?perbaiki diri,jangan menyebabkan sehingga ustaz ni susah nak berdakwa dan menyampaikan ilmu..

    ReplyDelete
  4. Teguran terbuka, aku mmg tak setuju, nanti boleh pulak anak tak setuju ngan mak ayah dia, murid tak setuju ngan cikgu dia, buat pertanyaan atau mintak penjelasan secara terbuka dlm FB atau dlm Tweeter.
    Actually org yg baru nak kenal agama ni mmg bnyk dugaannya, Syaitan pulak mmg pandai memperdaya, perkara buruk pun nmpk mcm elok je. Bukan org biasa je yg terpedaya, yg alim alim pun boleh jadi mangsa. Sbb tu nak jadi baik ni, pertama kena ada keikhlasan, segalanya suci benar hanya utk mendpt ampunan, rahmat dan redha Allah swt. Dgnnya kita akan tawaddhuk, rasa diri lemah dan rendah, serta terpelihara dr perdayaan Syaithan yg mmg cukup berpengalaman memperdayakan manusia. Maklumlah, syaithan ni umurnya pnjg pnjg.
    Keduanya, kena belajar, bukan hanya bab Syari'ah dan Tauhid, tp juga bab Akhlak.
    Ketiga, cari contoh utk diikuti, mula dr Nabi saw, Sahabatnya r.anhum., ilmuan ilmuan Islam silam, dan kini, hinggalah kawan, rakan, kenalan yg kita yakini keilmuan dan akhlak baiknya, dekati mrk, kenali dan pelajari sikap mrk.
    Sbb tu tika baru mengenal agama, bnykkan muhasabah dan baiki diri dan jgn sesekali menilai dan menghukum org lain. Jika melihat sesuatu yg kita rasa salah dptkan pendapat kedua dahulu dr org yg kita yakini ilmu dan imannya. Minta penjelasan drnya dulu.
    Nak menegur org yg lbh tua, yg lbh besar kedudukannya, kenalah berakhlak, bukan redah begitu sahaja.

    ReplyDelete
  5. First...sy rasa gambar wardina camtu xyahla letak....Ustaz2 skang dah tak boleh ditegur ker? Xkisah la camana cara menegur; itu mungkin kejahilan/kelemahan penegur tu tetapi jawabla apa yg diutarakan oleh penegur secara berhikmah...xpyhla duk tanya berapa ribu kitab dh katam..kalo terus camni lepasni dh xder org dh yg nak menegur sesama muslim..dibiarkan kita sesat sesesatnya..nauzubillah...

    ReplyDelete
  6. Apa yg anon 1:53 20/4/14 katakan mmg betul sekali. Semua tu kerana kurangnya ilmu, akhlak yg lemah dan mungkin juga kurangnya atau mmg tiada keikhlasan hingga mudah terpedaya dgn perdayaan syaithan. Dua perkara dlm diri kita yg jadi modal dan alat utama syaithan memperdaya, pertama ego diri dan keduanya ketaksuban diri atau kumpulan. Dua perkara dlmn ni menyebabkan kita mudah nmpk kesilapan org, tidak kesilapan sendiri, juga menyebabkan kita sukar menerima teguran org. Kena selalu ingat dan sentiasa minta perlindungan dr Allah swt dan sekali lg, muhasabah diri dan jgn suka menilai dan menghukum org lain.

    ReplyDelete
  7. Ust ngajar / ceramah agama perlu berhati hati dan periksa teliti hal yg nak disampaikan awam... Apatah lagi diUtubekan pulak.. Jadi mana yg meragukan ditanya secara awam juga sebab untuk pendengar awam perlu penjelasan...
    Bab tanya secara sembunyi itu baik tapi bukan untuk perkara yg di awamkan... ini bukan hal peribadi tapi kepentingan awam dalam Ilmu agama yg dihidangkan... benar atau dusta... Jgn cuba membela ego..Jawab sjalah...kalau petikan dari Hikayat cakaplah awal awal..dan cara bertonasi tu biarlah cara hikayat..tidak menekankan saolah sahih dan berdalil.
    Ingat jangan Ego..Jawab jawab jawab..pokok isi yg diraguii..Wadina is not the subject...jgn divertkan Issu ini..

    ReplyDelete
  8. Setiap orang yang cuba betul kes dalam bab agama ni semua nya akan dicari celanya. Wardina bertanya salah kerana mengaibkan, Dr Asri bagi statement ada juga tak kena nya. PPM pula kena juga sebab letak gambar Wardina yang macam tu.waduh waduh apa punya pusing daaaa. Tajuk asalnya adakah betul kenyataan Ustaz Don tu. Jawab yang itu sudah la. Kalau betul ada dalilnya maka betul la. kalau tak betul cakap saja tak betul Dan uztaz Don defend la statement nya tu. Banyak sangat bercabang. Begitu la kot agamanya cara nak fahamimi agama. Pusing pusing dulu.

    ReplyDelete
  9. Seorang murid masuk bilik guru bertanya betul ka Francis light buka pulau pinang?. Guru sebelah pula yang jawab "kamu ni masuk bilik guru baju tak masuk dalam dan tak buat appointment dulu. Kenapa kamu ni macam ni Siapa ajar kamu hah". Nganga la si budak tu.

    ReplyDelete

Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.