Wednesday, 16 April 2014

Hujah @AnwarIbrahim Bermati-matian selamatkan Al-Kitab dan Kuburkan Hudud Impian PAS



Persoalan yang amat menghairankan buat Anwar Ibrahim yang melebelkan dirinya pemmpin Islam alaf baru. Anwar bergitu tergesa-gesa memperjuangkan nasib Al-Kitab yang jelas dan kuat dimainkan oleh DAP berbanding mempertahan atau mempertimbangkan perjuangan Hudud oleh PAS. Ini persoalannya:
1. Anwar Ibrahim tahu, bahawa naskah Al-Kitab yang dirampas berlaku di negeri Selangor yang di tadbir oleh partinya sendiri iaitu Pakatan Rakyat. 

2. Anwar tahu yang Agensi yang merampas adalah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) iaitu agensi negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat. 

3. Anwar juga mengetahui, Enakmen negeri yang melarang penggunaan kalimah Allah di Selangor diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat. 

4. Malah Anwar patut lebih tahu. Sultan yang bertitah mengenai larangan penggunaan kalimah Allah ialah DYMM Sultan Selangor, sultan negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat.

Persoalannya kalaulah isu ini begitu menghantui pemikiran beliau, kenapa Anwar Ibrahim tidak memecat pegawai pegawai JAIS atau mengadap DYMM Sultan Selangor dengan segera untuk minta titah larangan itu ditarik balik. 

Jawapannya senang sahaja. Datuk Seri Anwar tidak berani. Anwar berani berceramah di dalam Gereja tetapi Anwar penakut untuk memperjuangkan di depan sultan, Adakah Anwar malu kerana dia beragama islam? 

Atau jawapannya ini semua politik yang bakal memberi jaminan kepada Anwar dia akan dapat sokongan golongan kristian untuk membawa cita-citanya menjadi Perdana Menteri. Ohh rupanya Anwar lebih takut hilang undi dari amanat Allah yang mengjaga Qada dan Qadar perjalanan hidup Anwar?

No comments:

Post a Comment

Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.