Ada rakyat Selangor ketawa bila dikatakan air lombong tercemar dan tidak sesuai untuk diminum. Persoalannya tahukah kita air lombong berbeza dengan air sungai?
Air sungai biasanya akan menhalir terus mengalir hingga ke lautan. Tetapi air bekas lombong secara umumnya kawasan lombong berkaitan logam berat. Malah ada lombong mempunyai saliran air longkang membawa masuk pelbagai sisa rumah dan idustri ke dalam lombong.
Persoalanya kemana sisa ini pergi kalau bukan mendap di dasar lombong?
Berapa lamakah sisa ini mendap? Kalau lombong itu berusia 40 tahun dengan kemasukan pelbagai sisa saban hari, bagaimana keadaan air tersebut?
Adakah air itu akan mempunyai kadar logam yang tinggi?
Persoalan yang paling penting mampukah air lombong yang disalurkan ke empangan menapis segala sisa mendap yang mungkin lebih dari 40 tahun?
Macam anwar senang sebab dia tidak pernah tunggu air datang dan di rumahnya mempunyai penapis air yang kebanyakan rakyat Selangor tidak mampu memilikinya.
No comments:
Post a Comment
Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.