Masihkah anda ingatkan lagi kisah 13 Mei 1969. Jika tak sila rujuk (klik pautan link ini). Sekarang cukup terang yang Lim Kit Siang tidak pernah serik dan hatinya dulu dan kini sama sahaja. Jika kita merujuk sebuah negara bekas komunis sanggup menghantar wakil dutanya di Malaysia bagi menyampaikan kesefahaman dan kerjasama dalam misi MH370. Cukup jelas negara China telah jauh berubah meninggalkan budaya komunis.
Duta Besar China ke Malaysia, Dr. Huang Huikang meminta semua pihak memahami mengapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan perkataan berakhir bagi menjelaskan kehilangan pesawat MH370.
Beliau memahami Najib telah secara berhati-hati memilih menggunakan perkataan berakhir pada sidang akhbar 24 Mac lalu.
"Kenyataan itu memberi pelbagai makna dan kadang-kala disalah tafsir. Ada yang anggap ia bermaksud sebagai kehilangan, ada yang memahami sebagai terhempas, ada yang mentafsir tidak ada yang selamat."Saya faham Perdana Menteri (Najib) berhati-hati memilih perkataan. Tujuannya hanya untuk menggelakkan sebarang makna yang menyakitkan kepada keluarga penumpang," jelas Huikang.
Huikang dalam sidang akbar khas kepada media di Kedutaan China hari ini berkata, ramai ahli keluarga penumpang China yang berharap masih ada harapan orang yang mereka sayangi terselamat dan pesawat berkenaan dirampas oleh seseorang.
"Kalau anda menyatakan secara terbuka bahawa pesawat terhempas dan tidak ada yang terselamat, ini akan memberi kesan mendalam kepada keluarga."Jadi, tolong faham tujuan (pengunaan perkataan berakhir) kepada perasaan keluarga penumpang," rayu Huikang.
Tegas beliau, orang ramai tidak sepatutnya terlalu fokus kepada makna perkataan berakhir, sebaliknya memberi tumpuan kepada usaha mencari.
Huikang berkata, beliau juga telah mendapatkan kepastian daripada pakar dan pegawai Malaysia mengenai maksud perkataan berakhir yang dibuat oleh Najib itu."Ia bermaksud penerbangan dari Kuala Lumpur selama 8 jam dan akhirnya tamat di selatan Lautan Hindi.
"Perkataan ini memberi panduan signifikan. Sebelum ini operasi mencari di koridor utara dan selatan. Dengan kesimpulan itu, kita hanya fokus usaha di koridor Selatan sahaja," kata Huikang.sumber
Cukup menjelaskan Lim Kit Siang adalah bangsa yang tidak pernah berubah atau tidak mampu merubatkan hatinya yang hitam dari niat penuh berdendam. Lihat kenyataan ini:
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menganggap kenyataan sedemikian adalah satu kesilapan besar kerana ia lebih mengelirukan rakyat.Lihat terbukti jelas kenyataan Lim Kit Siang yang enggan mengakui kebenaran seperti mana dilakukan kerajaan China. Bukankah tak ada beza dengan cara Lim Kit Siang membakar api persengketaan pada 13 mei? Cumanya cara dan pendekatan sahaja berbeza kerana zaman yang berubah tetapi niatnya masih tidak berubah dengan strategi berbeza kepada matlamat yang sama.
“Najib seharusnya berkata terdapat kemungkinan atau tanda-tanda berlakunya sesuatu ke atas pesawat itu.
“Tapi beliau memilih untuk mengeluarkan satu kenyataan yang langsung tidak meyakinkan umum dan mendorong rakyat membuat andaian berterusan,”
No comments:
Post a Comment
Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.