Friday, 30 May 2014

Awas Bahana #PrkTelukIntan Bakal Meruntuh Tiang Seri PAS Haron Din Bakal Berundur



Kuala Lumpur – Timbalan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Dr Haron Din di jangka akan membuat pengumuman berhubung perletakkan jawatannya di dalam parti itu.

Menurut sumber yang rapat beliau, keputusan itu dibuat ekoran beberapa isu antaranya masalah kesihatannya yang tidak beberapa baik sejak kebelakangan ini.

“Setelah mengambil kira beberapa faktor seperti masalah kesihatan dan sering uzur, Tuan Guru akhirnya membuat keputusan untuk meletakkan semua jawatannya di dalam parti.

“Tambahan pula, sejak kebelakangan, beliau telah beberapa kali dimasukkan ke hospital dan dinasihatkan untuk banyak berehat” ujarnya kepada wartawan Suara.TV sebentar tadi.

Beliau yang enggan dikenali itu berkata, mengikut perancangan awal, Harun Din dijangka akan mengumumkan hasratnya itu ketika Muktamar Tahunan PAS ke-59, November ini.

“Sekiranya keadaan tidak mengizinkan, Tuan Guru mungkin akan membuat pengumuman awal, saya akan maklumkan sekiranya ada sebaranag perkembangan berhubung perkara ini” ujar lagi.

Menurut sumber yang lain, Haron Din telah lama ingin melepaskan jawatannya di dalam parti namun terpaksa membatalkan hasratnya.

“Nak berhenti dah lama, tapi ramai yang datang berjumpa dan memujuknya agar menangguhkan hasrat tersebut.

“Ia bagi mengelakkan sebarang spekulasi yang mungkin akan menjejaskan parti” ujarnya.

Beliau yang dihubungi sebentar tadi menjelaskan, Haron Din kecewa dengan beberapa keputusan parti yang sejak kebelakangan ini telah lari dari hala tuju yang asal.

Namun kerana sayangkan PAS, beliau terpaksa menerimanya atas semangat ukhwah dan adap berjemaah.

“Ada beberapa perkara yang jelas bertentangan dengan hala tuju asal parti, seperti kalimah Allah, pendekatan tahaluf siyasi dan yang terbaru cadangan perlaksaaan hudud di Kelantan yang turut ditentang oleh calon DAP di Teluk Intan, Dyana Sofea Mohd Daud.

“Atas sebab itu, Haron Din mungkin merasakan ada baiknya beliau berundur diri dari” katanya.

Walau bagaimanapun keputusan untuk berundur itu hanya melibatkan jawatan parti.

“Setakat yang saya tahu, Tuan Guru hanya akan mengumumkan untuk meletakkan jawatan sebagai Timbalan Mursyidul Am sahaja, dan bukannya keluar terus dari PAS” jelasnya lagi sumber


6 comments:

  1. Tapi Islam PAS jauh lebih baik dari anutan pembunuh2 Memali iaitu UMNO. Harap Utz Harun Din masih ingat dosa2 besar UMNO.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Astarfiruallahalazim.... islam kah anda?..... kata2 anda tidak berbau berdosa kah?.... belajar agama betul2 ye...

      Delete
  2. Nak letak jawatan ,letak jer la,asyik berdrama pulak,lebai malang cari perhatian.

    ReplyDelete
  3. Pada ambo .. penganut PAS ..DIUMPAMAKAN SEBAGAI IBLIS .. LAKNANTULLAH ..
    HANYA JIKA MENGANUT PAS .. DIRINYA LEBIH ISLAMNYA DARI YANG LAIN ..

    ReplyDelete
  4. Ada beza ka islam pas n umno?bukan ka islam 2 hanya satu?

    ReplyDelete
  5. Ahli pas atau ahli umno tetap menjadi ahli syurga sekiranya berbuat baik..namun sekiranya melakukan kejahatan tidak kira ahli pas atau ahli umno tetap menjadi ahli neraka..

    ReplyDelete

Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.