CALON Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan hari ini mengumumkan manifesto pilihanrayanya bagi memberi persaingan sihat kepada calon-calon lain yang bertanding dalam PRK Bukit Gelugor.
Antara yang ditegaskan dalam manifesto beliau adalah untuk melobi dana bagi memperbanyakkan projek perumahan kos rendah di Pulau Pinang khususnya di kawasan Parlimen Bukit Gelugor demi kepentingan rakyat bawahan.
Datuk Huan menyelar kerajaan negeri di bawah kepimpinan Lim Guan Eng yang lebih banyak memberi keuntungan kepada pemaju berbanding rakyat ekoran harga rumah yang melambung di Pulau Pinang.
Naib Presiden PCM itu turut mengemukakan bukti melalui keratan akhbar dari media China yang melaporkan harga rumah di Pulau Pinang paling tinggi berbanding 13 negeri lain di Malaysia.
"Saya akan melobi dan cuba melaksanakan lebih banyak projek-projek perumahan kos rendah terutamanya di kawasan Bukit Gelugor bagi meringankan beban rakyat miskin di negeri ini untuk memiliki rumah sendiri," jelas Huan.
Selain melobi perumahan kos rendah, manifesto calon PCM ini turut melibatkan beberapa aspek lain demi kepentingan penduduk Bukit Gelugor;
- Membasmi rasuah dalam BN/PR
- Membina 3 Pusat Khidmat untuk membantu masalah rakyat.
- Memerangi jenayah dan masalah sosial.
- Memohon dana Persekutuan untuk pembangunan.
- Mengaudit ketelusan penjualan tanah oleh Kerajaan Negeri.
- Penguatkuasaan lebih berat terhadap dasar pembangunan.
- Kualiti hidup rakyat yang lebih baik.
- Menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas.
Dalam sidang media di Pusat Operasi PCM Datuk Huan turut mengumumkan slogan kempenya iaitu 'Cintailah Pulau Pinang' atau 'Love Penang' yang membawa simbolik perjuangan partinya memperjuang nasib rakyat di negeri Pulau Pinang. -RR/pjo
wakakakakakaka
ReplyDeletePenternak Babi dahulu.
PERKASA, PEKIDA, JAKIM, JAIM,ISMA sokong ke?
Tak nampak sokong Hudud pun.