Monday, 12 May 2014

Muslihat Batalkan #hudud Haji Hadi Bersangkutan Dengan Hajat Karpal Dan #BukitGelugur


Pembatalan Hudud semalam bukan dibuat kerana masalah teknikal tetapi masalah PAS bersama DAP. Yang bersangkutan dengan Piliharaya Kecil Bukit Gelugor dan sebagai menghormati amanat Karpal Singh yang beria-ia untuk menggagalkan hasrat PAS melaksanakan hukum Hudud.

Disebabkan desakan demi desakan dari diugut dipecat keluar Pakatan Rakyat hinggalah menyekat semua bantuan-bantuan kewangan dari DAP buat Kelantan. PAS juga terdesak kerana mereka tahu kawasan Bukit Gelugur adalah majoriti cina dan jika isu ini tidak selesaikan, mungkin bakal memalukan DAP dengan kekalahan.

Oleh itu semalam di batalkan dan hari ini Muslimah dan ahli PAS diarah memberi sokongan dengan penuh rasa cinta dan sayang kepada Karpal Singh hingga melupakan yang Karpal itu Pro Anti Hudud yang paling lantang berbanding mana-mana ahli DAP yang lain.

Dengan ini sekali lagi PAS menangguh atau terus terbatallah segala niat untuk menggerjakan apa yang meraka akui kerja perintah Allah. Makna kata DAP didahalukan agama diketipikan. Tahniah.

Namun bergitu sebagai mana Ahmad Yakub  Menteri Besar Kelantan  telah bersumpah di dalam Dewan Rakyat adalah wajar dirinya mengotakan. Kerana apa yang berlaku semalam adalah sesuatu yang disengajakan dan mereka tahu di dalam Parlimen nanti DAP tidak sama sekali akan menyokong usul Hudud tersebut melainkan UMNO sahaja yang beria-ia ingin membantu tetapi mereka layan macam sampah tepi jalan.

Inikah cara PAS melaksanakan amanah Allah. Utamakan yang menentang dan menendang yang sokong?


No comments:

Post a Comment

Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.