Wednesday, 21 May 2014

Video Cubaan Ahli PKR Mengulingkan Azmin Ali #PemilihanPKR

Hasil pendidikan Parti Keadilan Rakyat kepafda penyokongnya dengan ilmu-ilmu menggulingkan kerajaan akhirnya diterjemahkan kepada bala yang menimpa PKR. Ini yang mereka didik dan ini yang mereka menikmati hasilnya

Kiranya PKR tengah pungut hasil le yee kan! tetapi betullah ini memang cara PKR selesaikan masalah!

rujuk kisah lanjut dan video dibawah dari sumber



Isu pemilihan dan proses pengundian Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih jauh daripada selesai. Walaupun Anwar Ibrahim yang sekarang ini melarikan diri ke Langkawi bersama-sama anggota keluarganya dengan menyewa tiga buah hotel mewah menggunakan nama seorang lelaki lain telah cuba menuduh UMNO dan PDRM terlibat, hakikatnya kebenaran yang terserlah ialah, yang samseng dan sentiasa tidak berpuas hati serta menimbulkan kekacauan itu adalah ahli-ahli PKR sendiri.












Terbaru, lebih kurang jam 8:15 malam tadi di pekarangan Ibu Pejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya, 20 sehingga 30 orang ahli-ahli PKR yang dipercayai penyokong kepada Tan Sri Abdul Khalid bin Ibrahim, Menteri Besar Selangor yang juga calon Timbalan Presiden PKR, telah memasang 11 banner yang mendesak agar Zuraidah Kamaruddin, Ketua Wanita PKR dan Azmin Ali, penyandang jawatan Timbalan Presiden dipecat dari parti. Turut didesak agar dipecat adalah Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution yang dituduh sebagai talibarut UMNO.




















Proses pemilihan dan pilihanraya PKR tercemar apabila beberapa penipuan dan penyelewengan khususnya melibatkan undi kepada Azmin Ali dan Zuraidah Kamaruddin dikesan. Lebih 25 Cabang PKR di seluruh negara telah digantung dan sebahagian pula tidak diiktiraf.



.



1 comment:

  1. Hahaha..gelak guling2 dgn hal PKR nih....ada tgk video bang non marah2, ugut nak ambil tindakan kpd mereka yang berdemo, pecat dreiapda parti...knp nak marah anak buah melaksanakan ideologi yang diterapkan oleh bang non sendiri..hahahaha...baru hang tau bila kene tang pale kote sendiri...puiiii..padan la dgn muke hang bang non...pkr ..parti kencing rakyat....

    ReplyDelete

Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.