Monday, 2 June 2014

Modus Operandi Terbaru "Anak Ikan Melayu" DAP mampu menutup kekalahan #PrkTelukIntan

DAP sekarang sedang berusaha keras untuk mencari silap BN sambil mencari kelebihan DAP, sebagai perbandingan, untuk menutup kelemahan gerak gempur jentera DAP semasa di PRK Teluk Intan. Yang ini biasa sangat kita lihat.

Antaranya mereka sedang mengwar-warkan kononnya berita baik di sebalik kekalahan ini ialah meningkatnya sokongan orang Melayu daripada 25% dalam PRU ke-13 kepada 28% dalam pilihanraya kecil kali ini. Walaupun angaran peratusan 0.7% hingga 3.4% itu kecil, tetapi adalah politik persepsi yang penting untuk DAP tonjolkan.

Hakikatnya kekalahan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud, dalam pilihanraya kecil Teluk Intan, membuktikan bahawa rakyat kini sudah sedar tentang politik kosmetik dan kepura-puraan DAP yang cuba mengakali pertimbangan dan pemikiran rakyat di negara ini. Tetapi golongan yang sedar antara pertengahan 30an ke atas. Sedangkan pengundi 21 tahun meningkat saban hari.



Sebab itulah Lim Guan Eng akan meneruskan strategi modus operandi mendekati lebih ramai anak-anak muda melayu yang mudah dimanipulasi menjulang nama DAP. Jika kemasukan seorang dua, anak muda boleh menggandakan penyertaan yang lain dengan pantas, dan inilah yang dilakukan oleh DAP dan pakatan pembangkang. Anwar Ibrahim pernah berjaya dengan kaedah ini.

Kita harus faham, di dalam politik, persepsi merupakan satu perkara yang amat penting, dengan persepsi penyertaan anak muda remaja melayu boleh memperngaruhi yang lain.

Sekiranya rakyat terpengaruh dengan persepsi yang dimainkan, maka pemikiran rasional akan tenggelam ditutupi oleh persepsi tersebut, dan mereka akan mendapat keuntungan dari itu.

Oleh itu walaupun Dyana Sofea gagal meraih undi kemenangan, tidak bermakna  DAP gagal. Oleh itu, untuk menghalang mereka, kita harus lebih waspada dan peka dengan taktik DAP memainkan idea memerangi rasuah dan pelbagai isu lain.

Kerana isu macam inilah, orang macam  Tunku Abdul Aziz pun boleh terjebak dan mujurlah beliau dengan sendiri tersedar ada kecenderungan lain disebalik topeng DAP. 

Wujud unsur manipulasi meraih keuntungan demi kepentingan DAP yang rasis pada ketuanannya semata-mata. Tetapi baut remaja sekarang mereka mudah dipengaruhi berbanding Tungku Aziz.

Manakala bagi Dyana Sofea yang mendapat pendedahan membesar dari keluarga UMNO dan menyertai Perkasa, juga boleh terjebak hanya dengan habuan dan ganjaran, malah DAP dapat bonus point, menarik seluruh keluarga Dyana bersama DAP. Tidak mustahil kaedah ini juga akan dipergunakan untuk sasaran seterusnya.

Sekarang apa lagi yang DAP akan cuba gunakan untuk remaja-remaja melayu seterusnya? Adakah Dyana dan berberapa ikon melayu lain, akan terus diperalatkan sebagai ikon memikat remaja melayu. Bermula dari remaja berpendidikan dan seterusnya dapat pikat keluarga mereka?

Ini kaedah terbaik buat DAP setelah sedar dengan PAS yang tidak mungkin dapat membantu DAP untuk mendapat sokongan melayu. Kerana PAS telah terikat dengan identiti memperjuangkan Hudud yang tidak mungkin DAP dapat berdolak-dalih, bertarik-tali untuk berberapa tahun lagi. Lama-kelamaan membuatkan DAP akan hilangan sokongan kaum cina.

Manakala PKR sekarang diambang kehancuran dengan susun atur pentabiran parti itu sendiri. PKR sukar untuk dipulihkan apabila ahli akar umbi hingga pemimpin level tertinggi lebih suka berperang dari menerima kenyataan yang bertolak ansur.

Oleh itu hanya satu sahaja cara yang terbaik untuk DAP untuk terus berdiri sebagai parti pelbagai kaum, iaitu mendekati remaja-remaja melayu melalui ikon melayu yang mempunyai wajah berkarisma dari luar dan didalamnya boleh diwayang-kulitkan DAP.

Kesimpulan yang perlu kita amati sehalus-halusnya bagaimana untuk mengekangkan kemaraan DAP sebelum telewat. Persoalanya adakah kedudukan kita cukup bersedia untuk memerangi DAP?

2 comments:

  1. Aku tengok anak-anak jantan ni, gatai-KEJADAH semacam - TERLOLONG-mcm-siBANGANG dgn. BETINAJALANG DAPBANGKAI tu! Betul ke mereka pelajat GiatMara - tak dak pelajaran agamakah kat situ?!

    Ini disyaki semacam anak muda yg. tak cukup didikan agama dan telah dirosakkan budaya si KAPIRDAJAL Barat-ZIONIS-CELAKA dan ejen-ejen mereka dr. DAPBANGKAI/PKRSODOM, terutamanya melalui internet - terutamanya budaya SODOM dan ketagihan dadah/pelacuran/pornografi! Tengoklah kes rogol terbaru yg. melibatkan sampai 38 org. sekali, di K'tan, termasuk seorg. bapa-KEJADAH dgn. dua ekoq anaknya!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
  2. DAP akan cari lebih ramai perempuan melayu muda yang cantik untuk jadi calon mereka kerana melayu sememangnya mudah tertipu.

    Dengan calon sebegini maka ramai anak muda akan tergila-gila mengejar dan mengundi mereka.

    Lihat gambar tu, lelaki-lelaki tu tak lepas memandang Diyana dengan penuh minat!

    musykil.

    ReplyDelete

Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.