Dalam kemelut Kajang Move memang semua orang sudah tahu dan diakui PAS Anwar lah yang semakin terdesak dihukum masa menuju ke penjara. Drama Anwar sudah sampai ke penghujung waktu dan menghantuinya saban hari.
Wan Azizah pula semakin hilang arah dengan identitinya entah mahu mengjaga cucu atau mengjaga nasib suami yang diambang gila akibat tergila-gila dengan angan-angan Mat Jeninnya. Tetapi sayang suntuk sesangat!
Dalam pada itu yang semakin hilang akal dan bakal terus gila adalah Rafizi yang yang mana banyaklah juga idea-ideanya tidak menjadi.
Tetapi semua orang tahu Rafizi cukup banyak merancang strategi memerangi BN. Persoalannya adakah semua strtaegi ini datng dari orang yang sama? Dari itu terlintaslah pelbagai persoalan yang mungkin anda boleh jawap?
- Siapakah pencetus idea menempatkan pro Anwar di dalam PAS ?
- Siapakah pencetus idea manifesto PKR untuk Selangor sehingga 2 penggal milik PKR tetapi janji-janjinya gagal ditunai hingga hampir-hampir memusnahkan PKR dengan saman?
- Siapakah perancang pengambil alihan syarikat pemungut sampah dan ditukar dengan konsesi lain akhir sampah-sampah terbiar tanpa diselengara dengan baik?
- Siapa perancang pembekalan air di Selangor, menghalang perjanjian Langat2 sehingga kemarau panjang tiba menyiksa rakyat ?
- Siapa yang merancang Black 505?
- Siapa yang mencadangkan Ku Li di lantik sebagai PM jika Pakatan menang PRU13 tetapi dimalukan Anwar Ibrahim sebagai idea bodoh ?
- Siapa yang merancangkan idea bangla ketika menjelang PRU13
- Siapakah punya idea undi popular hingga dimalukan kembali oleh negara besar dunia kepada PKR
- Siapa yang merancang Khalid Ibrahim diganti dan mula menyerang hendap tikam dari belakang demi mendesak berundur?
- Siapakah merancang idea #KajangMove dengan mendesak ADUN Kajang Lee Chin Cheh letak jawatan untuk membolehkan Anwar bertanding?
- Siapa punya idea berjaya memujuk Lee Chin Cheh dengan rela hati berundur dan cara apakah digunakan?
- Siapakah punya idea yang sampai tidak sedar masa ke penjara, memaksa Anwar berundur dari cita-cita menjadi MB Selangor?
- Siapa pemberi idea Wan Azizah yang lebab dicalonkan sabagai calon PRK Kajang kerana mengejar cita-cita Anwar terbengkalai sebagai MB Selangor
- Siapa pencetus idea menghalang Azmin mara sebagai calon MB Selangor?
- Siapakah pemberi idea merancang porak-peranda dalam pemilihan PKR hingga berlaku perang demo kerusi. Ini demi memastikan puak tertentu menang dan menapak ke kerusi MB Selangor?
- Siapakah pencetus idea dan perancangan utama Blackout demi sabotaj keputusan Khalid Ibrahim dalam pemilihan PKR?
- Siapah perancang utama mengerakan tindakan mengeluar surat sebab untuk Khalid Dipecat
- Siapakah merancang pendedahan pelbagai skandal kepada Khalid Ibrahim seperti yang digambarkan oleh Saifudin?
- Siapakah pencetus idea memerangi pelbagai lapisan tertinggi PAS untuk menyelamatkan Anwar dari sentuh?
- Siapakah perancang bajet dalam pelbagai aktiviti ini dan dari mana sumbernya? Yang pasti projek Kajang Move terlampau lama berlanjut dari tarikh sepatutnya
Andai kata idea-idea ini menjadi alamat ini bakal menaikan nama individu tersebut sebagai pakar strategi tetapi nampaknya semua idea ini macam sampah-sampah yang bersepah-sepah di Selangor, gagal dipungut hingga membusuk.
Atau lebih dekat dengan perempamaan air empangan Selangor semakin kering hingga rakyat Selangor terpaksa menghirup sisa takungan air lombong untuk terus mandi minum.
Persoalannya siapakah yang merancang semua strategi di atas sehingga PKR sekarang ibarat muka bumi penuh dengan kawah-kawah lombong baru akibat pasirnya habis dikaut untung?
Mungkin Rafizi dapat dedahkan. Mungkin ada kebaikan di situ, apatah situasi sekarang Rafizi lah yang paling terdesak, terasak diperbodoh dan dipersalahkan oleh pelbagai pihak samada dari luar dan dalam.
Dan andailah Anwar gagal kali ini alamat ramai beranggapan Rafizi bukan sekadar menggali kubur untuk keluarga Anwar tetapi dia menggali kuburnya termasuk DAP dan PAS sekali.
No comments:
Post a Comment
Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.