Tahniah Lim Guan Eng kerana mengutamakan terowong bawah laut dari mengutamakan keperluan perumahan rakyat terutama memenuhi keperluan rakyat melayu bumiputera Pulau Pinang. Yang kelakarnya Mendapat anugerah setelah menumpang glamer dari usaha kerajaan pusat.
KUALA LUMPUR 23 Okt – Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang 1 Datuk Seri Mohd Fairus Khairuddin percaya kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng tidak akan berani untuk memberikan pilihan kepada rakyat sama ada untuk memilih perumahan mampu milik atau projek pembinaan terowong dasar laut.
Ini kerana kata beliau rakyat sudah pasti dan sudah tentu akan memilih perumahan mampu milik daripada projek mega tersebut kerana rata-rata penduduk di negeri tersebut lebih memerlukan rumah untuk didiami.
“Malah jika ditanya kepada saya pun, saya konsisten dalam hal dan perkara ini bahawa yang perlu diutamakan adalah projek rumah mampu milik. Apa perlunya pembinaan projek terowong tersebut sedangkan jambatan kedua telah pun siap dan boleh dilalui.
Anugerah tumpang kerjayaan dari usaha gigih Kerajaan Pusat |
“Inilah masalahnya apabila kerajaan negeri tidak bijak menggunakan ‘priority’ kewangan untuk manfaat rakyat. Ini juga sekaligus menunjukkan kerajaan negeri yang selama ini melaung-laungkan kepentingan rakyat hanyalah sekadar laungan semata-mata. Tidak bijak membuat pilihan yang sebaik mungkin,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.
Projek pembinaan terowong dasar laut terus menerus menjadi tumpuan umum di Pulau Pinang apabila pembinaannya bakal menyaksikan kemusnahan alam sekitar yang besar di negeri ini terutama kerosakan kawasan pantai.
Kebimbangan itu sering kali dibangkitkan banyak pihak sebelum ini termasuk Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), sekaligus mendesak kerajaan negeri membatalkan projek berkenaan, malah Presidennya, S.M. Mohamed Idris turut menyifatkan projek terowong dasar laut itu hanya mendatangkan kerugian dalam jangka masa panjang, selain risiko terhadap keselamatan pengguna.
Sambil melahirkan melahirkan rasa kesal dan kecewa dengan perkembangan yang berlaku di negeri tersebut, Fairus seterusnya berharap kerajaan negeri membuka mata dan telinga untuk mendengar pandangan pelbagai pihak.
“Apa pun saya yakin kerajaan negeri tidak berani untuk membuka ruang kepada rakyat menyatakan pendapat mereka dalam soal sedemikian kerana saya penuh percaya perumahan mampu milik akan menjadi pilihan,”ujarnya. -MediaUMNO
No comments:
Post a Comment
Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.