Masa makin suntuk, makin suntuk Anwar makin gabra semua semakin tidak menjadi. Rakyat makin benci makin muak Izzah pula pandai menambah-nambah sehingga di hanjingkan rakyat. Kalau dipusing-pusing auta Izzah belum tentu Anwar selamat. Kat Wan pula lagi terdesak masa nak cari RM 2juta beb. Sekarang yang benar-benar sudah muak...
LENSA ANAK MUDA MALAYSIA (LENSA)
KENYATAAN MEDIA: 17 OKTOBER 2014
SURAT UNTUK ANWAR IBRAHIM
“BERSARALAH ANWAR IBRAHIM, RAKYAT NAMPAKNYA SUDAH LETIH”
28 dan 29 Oktober ini merupakan tarikh yang amat penting untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim. Iaitu tarikh perbicaraan dan keputusan rayuan Kes Liwat II di Mahkamah Persekutuan Putrajaya. Hanya ada dua kemungkinan untuk Datuk Seri. Samada Datuk Seri dibebaskan sama seperti 901, atau didapati bersalah dan dihumban sekali lagi ke dalam penjara yang boleh mencecah 20 tahun.
Angkatan Muda Keadilan (AMK) di bawah pimpinan YB Nik Nazmi pada 14 Oktober lalu telah melancarkan kempen Rakyat Hakim Negara dengan tujuan ingin memobilisasi rakyat untuk bersolidariti di Mahkamah pada 28 dan 29 Oktober ini. Jelas sekali modus operandinya sama dan berulang seperti tahun tahun terdahulu. Setiap kali Datuk Seri akan disumbat ke dalam Penjara, maka setiap kali itulah rakyat akan diheret ke jalan raya.
Datuk Seri, sampai bila rakyat akan terus terheret dalam semua ini?. Berhimpun, berkumpul, bersorak melaung-laungkan nama Datuk Seri. Sampai bila Datuk Seri ingin melihat rakyat berpanas, berkeringat di bawah panas matahari, hanya kerana bersolidariti bersama Datuk Seri.
Kerana Datuk Seri masih di sini, musuh-musuh Datuk Seri terus merancang strategi untuk menghambat Datuk Seri. Kerana Datuk Seri masih di sini, segala kekuatan rejim diperalatkan untuk membunuh perjuangan politik Datuk Seri. Andai kata Liwat II ini berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Datuk Seri, maka mungkin akan hadir pula Liwat III, LIwat IV, Liwat V yang akhirnya akan menyebabkan rakyat menjadi mangsa, terus terheret dalam kancah politik kotor.
Kenapa Datuk Seri tidak terima sahaja pelawaan pihak dari ‘sebelah sana’ yang menawarkan Datuk Seri jawatan Timbalan Perdana Menteri di bawah nama Konsensus Nasional?. Kenapa Datuk Seri menolak pelawaan tersebut? Sedangkan jika Datuk Seri menerima idea itu, sudah pasti segalanya akan berakhir, dan Datuk Seri tidak perlu lagi mengheret rakyat dalam isu ini.
Kenapa Datuk Seri tidak menerima sahaja pelawaan dari Turki, yang menawarkan posisi tertentu untuk Datuk Seri menetap di sana? Bukankah lebih baik Datuk Seri berhijrah ke Turki daripada terus berhadapan dengan kerakusan rejim yang tidak akan berpuas hati sehinggalah Datuk Seri tunduk pada mereka.
Andai kata Datuk Seri dipenjara lagi, apakah Datuk Seri mengjangkakan kami akan bersolidariti di hadapan penjara? Apakah Datuk Seri menjangkakan kami akan memenuhi jalanraya dengan laungan reformasi? Apakah Datuk Seri menjangkakan kami akan bangkit merempuh rejim?
Tidak Datuk Seri. Ini bukan lagi tahun 1998 atau 1999. Kami memiliki jalan perjuangan tersendiri. Datuk Seri pada era 60an memilih untuk memimpin Gerakan Mahasiswa sehingga disumbat ke dalam ISA. Datuk Seri pada 1998 memilih untuk bertembung dengan Mahathir Muhammad sehingga sekali ditangkap bawah ISA dan terhumban ke penjara. Hari ini, Datuk Seri pada usia 60an sekali lagi memilih untuk ke penjara. Kami anggap itu pilihan Datuk Seri yang sengaja memilih jalan sengsara sedangkan ada jalan-jalan lain yang lebih mudah untuk Datuk Seri.
Apa yang amat kami harapkan ialah, demi rakyat, Datuk Seri bersaralah, berhijrahlah. Nyata semakin ramai yang tidak menggemari Datuk Seri. Bahkan dalam lingkungan rakan sendiri pun semakin ramai yang percaya pada istilah ‘Semua Salah Anwar’ sehingga ada yang tidak mahu lagi bersolidariti bersama Datuk Seri di Mahkamah pada 28 dan 29 Oktober ini. Seolah-olah mereka tidak lagi peduli pada kezaliman rejim yang ditimpakan ke atas Datuk Seri.
Maka apa lagi yang ingin Datuk Seri harapkan. Reformasi 98/99 tidak mungkin berulang. Mungkin sudah tiba masanya, Datuk Seri ambil masa untuk kehidupan peribadi Datuk Seri, setelah dari muda sehingga tua, Datuk Seri sia-siakan dengan perjuangan yang akhirnya membawa Datuk Seri ke penjara.
Sekian.
EKHSAN BUKHAREE
Kordinator Pusat
Lensa Anak Muda Malaysia (LENSA)
Awak ingat ini rejim Pol Pot kah. Awak tak kira berapa ramai malaun ni telah penanya orang lain termasuk rakan-rakan dia semenjak dalam ABIM dulu.
ReplyDeleteBagaimana dia tinggalkan mereka dan mamasuki UMNO hanya kerana untuk mencapai cita2nya dalam masa yang singkat.
Sungguh haloba dia untuk memegang kuasa sebagai Perdana Menteri. Inilah manusia yang sanggup melakukan apa sahaja. Dia sanggup mengkhinati orang yang telah meletakkannya ditahap yang tinggi dalam hiraki pemerintahan negara.
Namun orang ini telah hilang arah dalam perjalan hayatnya kerana wang, perempuan dan lelaki.
Dia berselindung di sebalik lidahnya yang berputar. Dia tak berani menyaman orang yang menuduhnya rana dia tahu orang2 ini tahu perkara sebenarnya dia tak saman Dato Eskay, Nalakaruppan dan beberapa yang lain.
Selain dari penyokong dia, kami tidak rasa negara ini diperintah oleh REJIM.
Yang ada rejim batang bengkok disebelah sana.. sendiri buat musibat..suruh rakyat tabggung..sepanjang jd yb apa yg si rejim batang bengkok ni bela rakyat? Asyik ceramah2 dan saman bila dah tenang batang bengkok ni sula pula china doll.. mana jam omega? Mana sumpah laknat..
ReplyDelete