Apabila Azwan Bro dengan beraninya mendesak UMNO untuk tidak memberi lebih perhatian terhadap mana-mana kumpulan politik berhaluan kanan yang mendakwa memperjuangkan lebih kepada kepentingan kaum Melayu.
- Ini bermaksud kita perlu sisihkan sebagaian melayu yang menyokong UMNO,
- Sebagian besar dari atas pagar.
- Dan sebahagian lagi kalangan pembangkang.
Katanya Azwan lagi "Keikhlasan UMNO perlu diterjemah dengan pendekatan lebih sederhana dan tidak berlebih-lebihan kepada mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berhaluan kanan"
Adakah permahaman kesederhana Azwan Bro bermaksud melayu harus bersiap-sedia untuk korbankan sesuatu hak yang termaktub demi mencapai matlamat kesederhanaan?
Tentulah amat mengejutkan apabila Azwan Bro mewakili Pemuda UMNO Malaysia yang terletak di bawah parti UMNO dan umum mengetahui kewujudan utama UMNO adalah parti Melayu.
Bermaksud adalah wajib parti ini memperjuangkan dan mempertahankan hak-hak orang Melayu. Malah ini tidak boleh dianggap sebagai rasis. Kerana ini adalah parti satu-satunya yang bertanggungjawap mengjaga survival Melayu.
Mungkin tujuan sasaran Azwan Bro adalah untuk meminggirkan melayu yang terlampau pro melayu seperti PERKASA demi membawa melayu baru yang boleh mengjaga hati Barisan Nasional.
Persoalan disini adakah menjadi kesalahan buat PERKASA yang mahu mempertahankan hak-hak termaktub sehingga perlu dipinggirkan?
Mungkin Azwan Bro berpedapat ini adalah cara mudah UMNO menerajui kepercayaan Barisan Nasional yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama. Tetapi persoalanya lagi:
- Adakah UMNO parti yang paling lemah dalam Barisan Nasional hingga kalah teruk di PRU13? Sehingga perlu korbankan apa sahaja!!
- Adakah berbaloi dalam usaha memikat kepercayaan Barisan Nasional kita perlu meminggirkan sebahagian besar melayu yang menyokong UMNO?
Apakah tidak cukup dengan situasi Melayu berpecah:
- Satu golongan merasa terlampau islam sehingga yang lain di kafirkan
- Satu lagi mahu menyerap kehidupan yang lebih liberal.
- Sekarang kita hendak tambah lagi 2 pepercahan yang bersetuju dengan Azwan Bro
- Dan satu lagi perlu disisihkan kerana terlampau mempertahankan hak-hak termaktub dalam perlembagaan.
Apa hasilnya nanti! Adakah berbaloi menipiskan lagi sokongan melayu semata untuk memikat Barisan Nasional?
Kalau ini cara Azwan Bro mahu nampak sangat PUM sedang memilih jalan mudah untuk memikat Barisan Nasional, tetapi apa guna majoriti melayu semakin sempit walaupun berjaya menyatukan Barisan Nasional.
Akhirnya nanti dimana letaknya kekuatan melayu di dalam Barisan Nasional? Adakah terjamin melayu akan terus menerus menjadi tongak dalam BN?
Apa yang kita nampak ramai Pemuda dalam UMNO. Suka beraksi sebagai pahlawan melayu seperti Hang Tuah yang menghunus keris dengan penuh kegahannya!!
Merekalah pahlawan warisan bangsa tetapi sekarang sayang gahnya hanya pada aksi menghunus keris tetapi tidak berani memikul tanggungjawap memikul amanah agama bangsa dan negara dan negera.
Itukah saki baki Pemuda UMNO yang kita masih ada sekarang?
Bukankah sepatutnya Pemuda sanggup memikul cabaran menyatukan segenap lapisan melayu tanpa mengorbankan hak-haknya yang termaktub. sambil tampil menyeimbangan dengan kepelbagaian kehendak kaum dalam Barisan Nasional.
Bunyinya memang sukar bukan!!
Ini adalah satu cabaran! Bukan satu pilihan untuk diabaikan diantara salah satunya yang dianggap membebankan untuk dilaksanakan. Kalau tidak bukankah nanti boleh menyebabkan menang sorak kampung tergadai?
Ini satu amanah dan jika tidak mampu menyahut cabaran untuk dipikul adalah bagus berikan kepada orang lain yang mampu memikulnya.
Maaf apa yang PPM cakap ini kasar tetapi ini soal survival melayu tiada kompromi kerana apa yang kita cakap soal yang termaktub dalam perlembagaan sahaja. salahkah? dan rasiskah? kita berani mempertahankannya?
Adakah sudah tiba masa untuk Melayu liberalkan semua hak-hak termaktub dalam perlembagaan? Adakah perkataan Melayu itu sendiri kita sudah cuak mendengarnya?
Kalau itulah caranya kenapa kita perlu menyimpan parti UMNO!!
Bagus kita bubarkan sahaja!!Supaya kita hanya pergunakan Barisan Nasional sebagai perjuangan yang lebih memudahkan dan menyenangkan.
Kerana UMNO sekarang menjadi parti menyusahkan!! UMNO terpaksa mengjaga hak-hak melayu yang termaktub dalam perlembagaan, sehingga menggusarkan kawan-kawan dalam Barisan Nasional.
Fikir-fikirkan sejenak. Ini amanah!! Ini Amanah dan Ini amanah yang wajib kita mewarisi kepada generasi ke generasi yang mendatang!!
Sahutlah cabaran dengan bersemeja bersama melayu kita dan satukan mereka dan cuba cari titik yang boleh menyimbangkan dengan kehendak pelbagai kaum dalam Barisan Nasional. Bunyinya sukar tetapi bukan sebelum anda dilantik! Azwan Bro sudah bersumpah setia mahu memikul amanah agama bangsa dan negara? Kalau tidak salahlah Azwan Bro dipilih dan kalau betul tunaikanlah tanggungjawap anda.
PPM telintas kata-kata Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Ismail Sabri mengharapkan agar perbahasan kali ini akan dibahaskan dengan penuh terbuka, berani dan dapat membawa harapan serta suara akar umbi orang Melayu di negara ini. Oleh itu PPM harap ada pewakilan berani bangkit memperbetulkan demi Agama Bangsa dan Negara.
PPM telintas kata-kata Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Ismail Sabri mengharapkan agar perbahasan kali ini akan dibahaskan dengan penuh terbuka, berani dan dapat membawa harapan serta suara akar umbi orang Melayu di negara ini. Oleh itu PPM harap ada pewakilan berani bangkit memperbetulkan demi Agama Bangsa dan Negara.
Kalu lah KP UMNO n EXCO NYA ... KAKI KEPIT BETINA .. INI LAH JADINYA KEPADA PELAPIS UMNO .. BANYAK YANG SYOK SENDIRI ..
ReplyDeleteBERJUANG UNTUK KEPENTINGAN DIRI DAN KELUARGA SAHAJA..
MASAALAH RAKYAT MARHAEN TIDAK DIAMBIL PEDULI..
CUKUP CUKUP LAH .. KAKI BODEK ..