Itu dia punyalah lawak Hujah dari pakar ekonomi Kelantan. Husam Musa
Sebelum kita sambung lebih jauh mari kita lihat biodata kejayaan Husam Musa:
1: Lebuh Raya Percuma (Status GAGAL) Duit derma Lebuhraya hilang kemana
2: Projek Kereta Api Laju (Status GAGAL)
3: Ladang Kambing Kambiri (Status GAGAL)
4: Projek Stadium Tok Guru (Siap tapi setakat batu asas jer!!)
5: Projek Telaga Minyak (Telaga Minyak ghaib)
6: Dan projek itu ini entah berapa banyak lagi...
Inilah kelayakan Husam Musa untuk memberi hujah yang melayu tidak ditindas DAP di Pulau Pinang. Alasan yang paling haru biru di beri Husam kenapa melayu mundur:
"Sebagai contoh, katanya, apabila kerajaan persekutuan tidak membayar RM800 juta setahun royalti kepada kerajaan negeri Kelantan walaupun kebanyakan penduduknya adalah orang Melayu, dasar bumiputra telah bertukar kepada kronisme."
Itulah kepandaian Husam hanya pandai mencari alasan untuk perjatuhkan orang lain. Tetapi bagaimana dengan kes Ladang Rakyat Kelantan. Siapa yang mendapat mamfaat selain tokey-tokey cina dan pekerja pendatang asing. Itu kita hendak lebel sebagai apa?
Bagaimana hasil balak di Kelantan siapa yang untung? Berapa juta hasilnya? Adakah hasil tersebut membantu membasmi kemunduran rakyat Kelantan? Langsung tidak berubah bukan.
Yang Husam Musa pun satu dalam kerakusan DAP memperjatuhkan Haji Hadi dia tampil membela gerakan DAP menarik melayu masuk DAP dengan hujah-hujah dangkal di atas. Apa ini masa Husam untuk pusing cari peluang dengan bantuan DAP seperti sama keuntungan Maat Sabu bersama DAP?
Politik ahli-ahli PAS bakal bertuankan DAP dah tak lama lagi dah!! Sebab itulah Husam Musa Membela DAP Sayang Melayu seolah-olah Melebihi Melayu Sayangkan Melayu
No comments:
Post a Comment
Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.